Thursday, January 1, 2009

Grand Palace, Bangkok


Foto atas : Pemandangan Grand Palace, Bangkok.
Bawah : Senibina yang menakjubkan di mana batu-batu 'permata' pelbagai warna menghiasi corak pada dinding. Tatkala disimbah cahaya terik mentari, semuanya nampak berkilau-kilauan bagaikan jutaan bintang bergemerlapan.

Grand Palace dibina pada 1782. Selama 150 tahun ia menjadi istana Raja Thai dan tempat bersemayam kaum kerabat. Sebahagiannya merupakan bangunan pentadbiran kerajaan. Senibina mengagumkan dan halusnya ukiran melambangkan kreativiti dan kemahiran ahli pertukangan Thai. Hari ini ia menjadi pusat tumpuan pelancong di samping tempat diadakan beberapa upacara rasmi melibatkan keluarga diRaja Thai. Terdapat juga Temple of the Emerald Buddha yang dikatakan dibina sejak kurun ke-14. Ada sebanyak 17 istana Raja di Bangkok, sebahagiannya dijadikan hospital, muzium dan universiti.

Mungkinkah di dalam kawasan asal Istana Siam ini, berabad yang lalu...telah melangkah pembesar dan pahlawan Melayu, membawa kiriman bunga emas daripada Sultan Melaka serta Raja-raja negeri lain? Maka kenapakah Kerajaan Siam begitu kuat sehingga tiada penjajah yang dapat menawannya?

Foto Ehsan : Shali

Tuesday, December 30, 2008

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

KUALA PILAH: Tunku Besar Seri Menanti, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, 60, dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 menggantikan Almarhum Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, yang mangkat Sabtu lalu.

Pemasyhuran Tuanku Muhriz yang juga anakanda saudara Almarhum Tuanku Ja'afar, diisytiharkan oleh Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Klana Petra Mubarak Dohak, pada istiadat yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini, kira-kira jam 3.45 petang semalam.

Tuanku Muhriz adalah putera tunggal kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-9, Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman.

Ketika kemangkatan ayahandanya pada 1967, Tuanku Muhriz turut dicalonkan sebagai pengganti, tetapi Dewan Keadilan dan Undang memilih ayahanda saudaranya, Tuanku Ja'afar kerana baginda masih muda, iaitu 18 tahun.

Dalam titah ucapan baginda, Tuanku Muhriz berjanji menjalankan pemerintahan yang adil dan saksama seperti yang ditunjukkan oleh Almarhum Tuanku Ja'afar, yang memerintah selama 41 tahun.

"Beta akan menjalankan keadilan dan keselamatan sekalian hamba rakyat serta mereka di seluruh alam Negeri Sembilan," titah baginda.

Sejurus selesai bertitah, Datuk Undang Yang Empat mengadap Tuanku Muhriz disusuli penghulu Luak Tanah Mengandung, sebelum Datuk Undang Luak Sungai Ujong menyembahkan Mas Manah atau surat pemasyhuran kepada baginda. Serentak itu tembakan meriam 21 das bergema di luar Balairong Seri.

Selepas istiadat pemasyhuran yang berakhir kira-kira jam 4.15 petang, Tuanku Muhriz menziarahi jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar sebelum memperkenankan istiadat pemakaman di Makam Diraja Seri Menanti, kira-kira satu kilometer daripada Istana Besar.


PROFIL: Tuanku Muhriz

  • Diputerakan pada 14 Januari 1948

  • Menerima pendidikan rendah di King George V, Seremban

  • Melanjutkan pelajaran di Aldenham School, United Kingdom dan University College of Wales, Aberystwyth dalam bidang undang-undang.

  • Ahli perniagaan dan pengarah Bangkok Bank.

  • Berkahwin dengan Tengku Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dari Terengganu

  • Dikurniakan tiga putera, Tunku Ali Redhauddin, 31, Tunku Zain Al-'Abidin, 26, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, 23.


  • Wednesday, December 10, 2008

    Refer Fatwa to Rulers

    Wednesday December 10, 2008 The Star

    IPOH: The Regent of Perak Raja Dr Nazrin Shah has again reminded the National Fatwa Council that its primary role is to decide and issue a fatwa or edicts after referring them to the Con­ference of Rulers.

    He also reminded the Mentri Besar, state Religion, Islamic Education, Women and Wel­fare Committee chairman, directors and staff of the state Religious Department to refer any matter to the state Islamic Religious and Malay Customs Council before making statements.

    Speaking after chairing the Malay Customs Council meeting, Raja Nazrin said the National Fatwa Council should have referred the matter of Muslims taking up yoga to the Conference of Rulers.

    He said if the matter was not corrected now, it would lead to confusion later.

    Raja Nazrin also reminded the Department of Islamic Development (Jakim) that it did not have the legal power to give instructions to states on Islamic religious management.

    He noted that to ensure a harmonious relationship, the National Fatwa Council and Jakim should understand and respect the status, right, advantage, sovereignty and power of the Ruler as enshrined in the Federal Constitution and state constitution.

    Monday, November 17, 2008

    Dinasti Terakhir China

    Asas Dinasti Ching adalah di Utara China iaitu Manchuria. Jadi, Dinasti Qing bermula dari 56 Kumpulan Etnik Minoriti, sama seperti Yuan Dinasti (terdahulu). Dinasti Yuan berasal dari Kumpulan Nomad Mongolia (disatukan oleh Genghis Khan). Dinasti Ming yang menghapuskan Yuan adalah berasal dari Dinasti Han.


    Manchu Ching yang menggulingkan Han Ming adalah orang-orang Tungusic yang menguasai seluruh Negara China serta mewarisi budayanya. Sebagaimana sejarah China, pemerintah akan mengambil alih sebahagian besar wilayah. Kemudian, dari situ, akan cuba menakluk seluruh negara China. Begitu jugalah yang dilakukan oleh Putera-putera Ching dari Utara.


    Mula-mula menguasai ibu negara di Shenyang (Manchuria), mereka menakluk Shandong dan bahagian pedalaman Mongolia. Setelah menakluk Utara China dan menewaskan Dinasti Ming yang semakin lemah, peluang terakhir Ching tiba bila Maharaja Ming yang terakhir, Chong Zhen membunuh dirinya di Jingshan. Bila negara dalam kacau bilau, orang-orang Manchurian merampas kuasa untuk mewujudkan empayar yang bertahan sehingga 455 tahun (sebanyak 11 Maharaja).


    Dinasti Ching berakhir dengan Revolusi 1911-12 dan penubuhan Republik China diketuai oleh Dr. Sun Yat Sen. Beliau memberikan beberapa keistimewaan kepada Maharaja terakhir Ching, Pu Yi. Antaranya, baginda masih boleh tinggal di Istana Imperial (Gugong) selama hayatnya. Pegawai Republik China akan tinggal di bahagian hadapan istana tersebut.


    Maharaja Pu Yi tinggal di istana tersebut sehingga 1926, dengan harapan dapat mengembalikan Dinasti Ching kepada zaman kegemilangannya. Namun baginda hidup dalam keadaan tertekan dan ketakutan sekiranya dibunuh oleh general republik. Baginda meninggalkan istana pada 1924 dan berlindung di Kedutaan Jepun (berhampiran Qianmen) kerana tiada kedutaan yang mahu menerima baginda.


    Sejak itu baginda menjadi tawanan Jepun (secara paksa). Baginda dijanjikan oleh Jepun untuk ditabalkan di Utara China. (Pemerintah yang sedia ada diculik oleh Jepun). Namun begitu, Pu Yi tidak ditabalkan tetapi menjadi Presiden Republik Manchukuo (hanya sebagai boneka, tanpa kuasa sehingga akhir Perang Dunia 2).


    Selepas kekalahan Jepun, Pu Yi ditangkap oleh askar Rusia di Shenyang semasa melarikan diri ke Korea. Selepas beberapa tahun dipenjarakan di Rusia, Pu Yi dihantar semula ke China pada 1950 dan dijatuhkan hukuman kerana kekejaman ketika menjadi ‘boneka’ Jepun. Selepas pengakuan terhadap semua Jenayah Peperangan, Pu Yi akhirnya dibebaskan oleh Kongres Parti Komunis pada 1965.


    Baginda menjadi rakyat biasa tetapi berkahwin (kali ini atas dasar cinta). Baginda tidak mempunyai anak lelaki dan kematiannya pada 16 Oktober 1967 mengakhiri Dinasti Ching. Namun begitu baginda sempat merekodkan pengalaman perihal Dinasti Ching (Pencapaian Seni, Sastera dan Budaya).


    Foto: Maharaja Pu Yi berusia 8 atau 9 tahun
    Dipetik dari:
    http://drben.net/ChinaReport/Sources?history/Qing/Descendancy_
    Summary_Qing_Dynasty_1644-1911AD.html


     
    Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez