Tuesday, March 4, 2008

Perihal Sultan Brunei ke-28

Al-Marhum Sultan Sir Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien III, GCVO KCMG (September 23, 1914September 7, 1986) dilahirkan di Istana Kota, Kampong Sultan Lama, Bandar Seri Begawan. Baginda anakanda ke-7 Sultan Muhammad Jamalul Alam II dan Raja Isteri Fatimah dan merupakan putera kedua.

Pengiran Muda Omar Ali Saifuddien belajar di
Malay College Kuala Kangsar di Perak dari 1932 hingga 1936. Baginda dikurniakan gelaran Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara oleh kekanda, Sultan Ahmad Tajuddin pada 15 Julai 1947. Setelah kemangkatan kekanda baginda tanpa meninggalkan putera, baginda dilantik menjadi Sultan pada 6 Jun 1950.

Pandangan sisi Istana Kota, Bandar Seri Begawan

Pelawat tiada dibenarkan masuk...[Mac 2008]

Kemudian, pada 1951,baginda mencadangkan rancangan perpindahan bagi penduduk Kampong Ayer ke tanah darat dan Lagu Kebangsaan Brunei 'Allah Peliharakan Sultan' diakui secara rasmi. Pada 1953,baginda mula merundingkan Perlembagaan Bertulis bagi Negeri Brunei dan mula menubuhkan Sekolah Inggeris Kerajaan dan membina Masjid Besar di Bandar Brunei yang siap dalam pada 1958 dan dinamakan Masjid Omar Ali Saifuddien. Baginda terkenal dengan nama dengan nama 'Arkitek Brunei Moden'.

Selepas memerintah selama 17 tahun, pada 4 Oktober 1967, Sultan Omar Ali Saifuddien menurunkan diri dari Takhta Kerajaan. Pengganti baginda adalah Sultan Haji Hassanal Bolkiah Al-Mu'izzaddin Waddaulah.

Masjid Sultan Omar 'Ali Saifuddien

Friday, February 22, 2008

Siapa Raja Chulan?

Raja Chulan dari Perak
(Y.A.M. Raja Sir Chulan ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibullah) (Julai 1, 1869 - April 10, 1933) adalah kerabat DiRaja Perak. Baginda mendapat pendidikan Inggeris di Malay College Kuala Kangsar. Baginda bersama British, dan Sultan2 Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang membentuk Negeri2 Melayu Bersekutu (Federated Malay States, pada Julai 1, 1896). Baginda kemudian menjadi Ahli Federal Law Committee pada 1924. Raja Chulan menggesa British agar memperbaiki kedudukan ekonomi orang2 Melayu dan kemasukan mereka ke perkhidmatan awam. Baginda juga menulis buku Misa Melayu (Siri Warisan Sastera Klasik) menggunakan nama Chulan ibni Raja Hamid. Pada 1982, Weld Road di Kuala Lumpur diubah nama menjadi Jalan Raja Chulan.

Raja Chulan dari India
Baginda adalah Maharaja India. Baginda sangat berkuasa dan ramai pemerintah tunduk di bawah kekuasaan baginda kecuali Maharaja China. Jadi, baginda hendak melanggar China dengan angkatan peperangan yg paling besar dalam sejarah. Tanpa peta, baginda menyusuri pantai dengan harapan dapat tiba ke China.


Kedatangannya diketahui oleh Maharaja China. Jadi, untuk memperdayakan Raja Chulan, atas cadangan pembesar, Maharaja China menitahkan agar sebuah jongkong lama disediakan dengan orang2 tua tiada bergigi, pasu2 berisi pokok yg sudah berbuah dan jarum peniti. Jongkong ini belayar hingga ke Temasek di mana mereka bertemu dengan Raja Chulan.

Kata orang2 Cina itu, mereka masih kanak2 ketika bertolak dari China, pokok itu pula dari anak benih dan jarum peniti dari paku yg besar. Mereka memberitahu Raja Chulan bahawa Negara China sangat jauh. Kesimpulannya orang2 Cina berjaya dengan tipu helah itu dan negara mereka terselamat. Akhirnya Raja Chulan berpatah balik ke negara baginda.
~ Versi ini dikisahkan oleh Tun Seri Lanang di dalam buku Sejarah Melayu.

Wednesday, February 20, 2008

Jawapan utk AMG

(1) Apakah kaitan Sultan Kedah dengan Siam?

Kerajaan Ayuthia adalah sebuah kerajaan Islam, negeri Siam adalah sebuah negeri islam sebelum ia diserang dan ditawan oleh tentera Buddha Alaungphaya dalam tahun 1767. Mereka mendedahkan bahawa waris Raja Besar, Empayar Benua Islam Siam Kedah masih ada hingga ke hari ini (walau keturunannya cuba dihapuskan dahulu) bernama Tuanku Nai Long Kassim untuk meriwayatkan apa yang berlaku melalui wasiat yang diterimanya hampir 60 tahun yang lalu. Adalah dinyatakan bahawa bangsa Thai adalah penjajah negeri Siam Islam bermula dengan Raja Rama I yang beragama Buddha. Mereka kemudiannya menukar nama negeri Siam kepada Thailand sempena nama bangsa raja mereka, Sukhothai. (Ruj: sini)

Merong Mahawangsa atau dikenali sebagai Maharaja Durbar Raja adalah Raja Kedah yang pertama. Berasal dari Tanah Besar Parsi.Menurut sumber yang dipetik dari Hikayat Merong Mahawangsa dan Al-Tarikh Salasiah Negeri Kedah, telah dinyatakan bahawa Islam tiba di Kedah pada zaman pemerintahan raja yang seterusnya. Raja tersebut dikenali dengan nama Phra Ong Mahawangsa. Baginda merupakan raja Tanah Melayu yang pertama memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah (1136-79).

700 tahun kemudian....
Sultan Jaafar Madzam Shah @ Tuanku Nai Long Jaafar (1862-76) melantik Ngah Ibrahim menjadi menteri di Larut menggantikan tempat baginda. Adinda baginda, Sultan Tunku Abu Toha menjadi Raja Bagan Serai Perak (dibunuh oleh Inggeris pada 1876). Sultan Jaafar pula dibunuh penjajah Inggeris dan Thai pada 1876 di Gurun. Setelah itu bermulalah penjajahan Kedah oleh Thai (1876-1891). Pihak Thai merampas harta peninggalan yg ada seperti peralatan Istana, bukti2 bertulis dan merobohkan 15 Istana Maharaja Benua Islam Siam sepanjang 5 tahun menjajah Kedah.

Rakyat hidup dalam ketakutan. Pangkat dan nama dibuang kerana mereka pasti dibunuh jika ditangkap Thai. Tuanku Nai Long Hj Yassin ibni Tuanku Nai Long Jaafar menguruskan perniagaan ternakan (identiti disembunyikan). Tuanku Nai Long Hj Mahmud ibni Tuanku Nai Long Hj Yassin bersahabat baik dengan Sultan Badlishah sejak kecil setelah disisihkan oleh Sultan Abdul Hamid (menantu Chulalongkorn, Sultan Kedah ke-28) ke Kg.Titi Haji Idris.

Tuanku Nai Long Hj Mahmud berani bersemuka dengan baginda dan memperkenalkan dirinya sebagai cucu Tuanku Long Jaafar (walau parang diletakkan di lehernya). Sultan Abdul Hamid kesal dan melantiknya sebagai Ketua Penghulu Negeri Kedah. Namun perlantikan ditarik balik bila Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri (ibu Tunku berketurunan Siam).

(2) Siapakah Marhum Mangkat di Sekudai?
Pada 1876, Sultan Ismail (bekas Sultan Perak) yg telah menentang British dalam masa Perang Perak (berkaitan dengan pembunuhan Residen J.W.Birch) telah menyerah diri kepada British. Baginda (Raja Ismail) dibawa ke Singapura sebelum dihantar kepada Maharaja Johor pada Mac tahun yg sama. Setelah orang2 yg terbabit dalam pembunuhan itu disiasat dan dibicarakan, mulai 1877 Raja Ismail dihukum oleh British buang negeri ke Sekudai, Johor. Pada 4 Sept 1889, Raja Ismail mangkat dan dimakamkan di Bukit Mahmudiah, Johor Bharu dan disebut Marhum Mangkat di Sekudai.

Monday, February 18, 2008

Parameswara

Wajah Parameswara yg memakai gelaran Sultan Megat Iskandar Shah, lahir pada 1344 di Srivijaya, Malayu, Palembang. Baginda membuka Melaka pada 1400. Pernah melawat Ming China ditemani Hajji Mahmud Zheng He dan dikurniakan oleh Maharaja China, payung kebesaran, jubah dll. Baginda ke China kali kedua (1411) bersama Permaisuri dan 540 org pengikut. Baginda mangkat pada 1424.


Raja Kassim
(Sultan Melaka ke-4) menaiki takhta pada tahun
1446 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Shah" (1446-1458). Baginda mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu. Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat serangan pertama (semuanya tiga kali dan tewas) ke atas Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewaskan tidak jauh dari Muar. Kami percaya banyak khazanah kesan pertempuran (paling akhir ketika Sultan Mahmud Shah & Raja Ahmad Shah memerangi Portugis) terdapat di dalam Sg.Muar tetapi tiada sesiapa yg pernah 'menggali' ke dasarnya.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez