Wednesday, January 21, 2009
Raja Noorjan Terima Anugerah DK
Raja Noorjan berkata, itu merupakan penganugerahan pertama yang diterimanya dari luar negara dari kerajaan Majapahit sesuai dengan warisan keturunan Sultan Melaka yang juga berasal daripada kerabat diraja Majapahit dan Temasek iaitu Raja Parameswara Iskandar Shah. Menurutnya, penganugerahan itu membuktikan bahawa 'Sultan Melaka' setaraf dengan raja-raja Melayu yang lain dan gelaran yang diterima itu bukan perkara yang kecil dan dianggap remeh.
Katanya, penganugerahan itu juga tidak sewenang-wenangnya diberikan kepada dirinya dan pihak berkenaan telah membuat kajian terlebih dahulu mengenai Kesultanan Melaka sebelum mengurniakan gelaran itu. "Ini pertama kali saya diberi penghargaan sedemikian dan penganugerahan uang diberikan adalah dari luar negara sekaligus membuktikan bahawa Sultan Melaka benar-benar wujud," katanya.
Raja Noorjan berkata, beliau mendahului penganugerahan itu daripada tujuh rakyat negara ini yang turut menerima anugerah bintang Setia Mangku (SM) Paku Buwono yang ke-12. Antara yang menerima penganugerahan bintang SM termasuk Datuk Paduka Zainal Muhammad, Datuk Abdul Latif Daud, Datuk Zainon, Datuk Yusof, Datuk Muhammad Amin, Datuk Faat Isral dan Datuk Nordin Hussin.
Katanya, beliau berkeyakinan penuh bahawa tuntutannya untuk menjadi Sultan Melaka ke-44 akan menjadi kenyataan meskipun berhadapan dengan perundangan yang getir. "Saya tuntut takhta kerana ada bukti dan bukannya dibuat-buat serta akan terus menuntut walaupun sehingga akhir zaman," katanya.
Menurutnya, beliau akan pulang ke Melaka tidak lama lagi dan mencari penempatan yang sesuai untuk dijadikan istana hinggap dan galeri bagi mempamerkan alat-alat kebesaran diraja termasuk keris taming sari, mahkota dan keris terpanjang di dunia kepada umum. Beliau turut akan mencari sebuah tapak kemungkinan besar banglo lama bagi merealisasikan impiannya untuk mewujudkan galeri bagi tatapan orang ramai.
"Saya akan pulang ke Melaka dan sekarang dalam proses mencari banglo lama untuk dijadikan istana hinggap dan galeri," katanya. Dalam masa yang sama beliau turut melahirkan rasa kesal kerana sehingga sekarang tidak ada pihak termasuk pengkaji-pengkaji sejarah yang tampil untuk mencari sejarah Sultan Melaka. "Sedangkan bukti dan kebenaran telah ada, namun sehingga kini belum ada yang tampil untuk mengkaji sejarah ini," katanya.
Oleh Nor Farhana Yaacob
Akhbar Sinar 20 Jan 09
Wednesday, January 14, 2009
Titah Ucapan
TITAH UCAPAN
YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA KELANTAN
TENGKU MOHAMMAD FARIS PETRA IBNI SULTAN ISMAIL PETRA
(D.K, S.P.M.K)
MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MEMBACA UMUL KITAB "AL-FATIHAH"
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
BISMILLAHIR RAHMANI RAHIM, ROBISROHLI SODERI WAYASIRLI AMRI WAHLUL UKHDATAN MINLISANI YAFKAHU KAULI. FIRMAN ALLAH SWT (QULLILHUMMA ... KADIR - SURAH ALI IMRAN AYAT 26).
SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA MILIK ALLAH, TUHAN SEMESTA ALAM; TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA ADIL LAGI MAHA KAYA MENYERU SUPAYA HAMBA-HAMBANYA MELAKSANAKAN KEADILAN DAN SAMA SEKALI MENJAUHI KEZALIMAN. SELAMAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W, AHLI KELUARGA SERTA SAHABAT BAGINDA, SEMOGA MEMPEROLEH EHSAN DIHARI KEBANGKITAN.
2. ALHAMDULILLAH SAYA BERSYUKUR KEHADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN IZIN DAN INAYAHNYA JUA, KITA DAPAT BERKUMPUL UNTUK MENZAHIRKAN UCAPAN DI MAJLIS PERHIMPUNAN PERPADUAN MELAYU PADA PAGI YANG MULIA INI. USAHA YANG DIRINTIS OLEH BARISAN BERTINDAK PERPADUAN MELAYU (BBPM) MENGANJURKAN PERHIMPUNAN INI AMATLAH SAYA HARGAI.
3. SAYA JUGA BERKENAN DENGAN MATLAMAT, MISI DAN OBJEKTIF BARISAN BERTINDAK PERPADUAN MELAYU (BBPM) KERANA PADA KETIKA INI KEDUDUKAN RAKYAT BETA DARI KALANGAN ORANG MELAYU ISLAM TERCABAR. PERPADUAN MELAYU WAJAR DIBERI KEUTAMAAN YANG TINGGI, LEBIH-LEBIH LAGI KETIKA KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA KE-12 (PRU 12) MENUNJUKKAN MASYARAKAT MELAYU BERPECAH BELAH MEREBUT KEKAYAAN DUNIA YANG BERSIFAT SEMENTARA DAN SEKALIGUS LUPA KEPADA AKHIRAT.
KEDAULATAN DAN KETUANAN MELAYU
4. MELIHATKAN TINDAK TANDUK DAN KARENAH MEREKA YANG MENANG DAN JUGA KALAH, MEMBERI PETUNJUK BAHAWA KEDAULATAN DAN KETUANAN MELAYU AMAT TERCABAR. MUNGKINKAH IANYA AKAN TERHAKIS ATAU HILANG TERUS.
5. RAKYAT MELAYU SEMAKIN KELIRU DI PENGARUHI LUMRAH DUNIA SEMASA. DIMANAKAH BENTENG KEKUATAN MELAYU UNTUK MEMPERTAHANKAN HAK-HAK ISLAM DAN KETUANAN MELAYU?
6. SAYA INGIN MENEGASKAN BAHAWA PERKARA UTAMA YANG HARUS DIKETAHUI DAN DIFAHAMI OLEH SEMUA ORANG IALAH PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN BAHAWA ORANG MELAYU ADALAH PENDUDUK ASAL NEGERI-NEGERI MELAYU YANG DIJAMIN HAK YANG ISTIMEWA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA. DISAMPING ITU PERKARA 153(1), PERKARA 160(2), PERKARA 3(1), PERKARA 152, PERKARA 32 DAN PERKARA 38(1), JADUAL KELIMA, BERKAITAN HAK DAN KETUANAN MELAYU MESTI DIPERTAHANKAN IAITU AGAMA ISLAM ADALAH AGAMA RASMI MALAYSIA, BAHASA MELAYU DIIKTIRAF SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN NEGARA MALAYSIA DAN RAJA-RAJA MELAYU ADALAH RAJA BERPELEMBAGAAN DAN JUGA KETUA AGAMA DI NEGERI-NEGERI YANG MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA MALAYSIA. PERKARA-PERKARA INI BUKAN SAHAJA PERLU DIPERTAHANKAN TETAPI JUGA DIJADIKAN TIANG SERI ATAU TONGGAK KEPADA KELANGSUNGAN KETUANAN MELAYU ISLAM.
ISU PERPADUAN MELAYU
7. ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB MELAYU ISLAM MEMASTIKAN PERKARA-PERKARA YANG SAYA SEBUTKAN TADI DIPELIHARA DAN DIPERTAHANKAN SEPANJANG MASA. JANGAN ADA MANA-MANA PIHAK YANG MENGGUGATNYA DENGAN MEMPERTIKAIKAN AL-QURAN DAN HADITH. ORANG-ORANG MELAYU PERLULAH MEMBULATKAN TEKAD BERSATU, JANGAN BERPECAH BELAH. ELAKKAN DARI BERPOLEMIK YANG BOLEH MENJARAKKAN PERSEFAHAMAN SESAMA SENDIRI. ISU-ISU IDEOLOGI REMEH TEMEH, TAFSIRAN PENDAPAT YANG PELBAGAI KESEMUANYA TIDAK MENYUMBANG KEPADA HARUS BERTELAGAH DAN TIDAK MAHU BERSATU SERTA BERFIKIR SECARA MATANG.
SEBENARNYA PADA PANDANGAN SAYA ORANG MEEAYU KINI TIDAK MAMPU LAGI DITIUP DENGAN SLOGAN DAN RETORIK. PESERTA-PESERTA PERHIMPUNAN HENDAKLAH MEMPUNYAI NIAT UNTUK MENYATUPADUKAN MELAYU SECARA JUJUR DAN IKHLAS TANPA MEMPUNYAI APA-APA AGENDA TERSEMBUNYI, TERMASUKLAH UNTUK MENAIKKAN ATAU MENJATUHKAN MANA-MANA PEMIMPIN. YANG TERPENTING SEKALI IALAH USAHA-USAHA MENYATUPADUKAN MELAYU MESTILAH BERTERASKAN KEPADA MATLAMAT UNTUK MENJAMIN HAK MELAYU TERPELIHARA DAN MASA DEPAN ANAK CUCU KITA TIDAK TERGADAI KERANA PEREBUTAN KUASA.
PERPADUAN MELAYU. MEMBINCANGKAN POLEMIK NEGARA ISLAM, NEGARA SEKULAR, NEGARA KEBAJIKAN, MENYEBABKAN RAKYAT MENJADI SEMAKIN KABUR. RAMAI YANG TERPESONG. AKIBAT DARIPADA KEKALUTAN INI, TIMBUL SATU SENARIO DI MANA ORANG-ORANG MELAYU SEMAKIN TERASTNG, MENJARAK DAN MENJAUH. KELEMAHAN ORANG MELAYU DISEBABKAN KELEMAHAN IMAN DAN AQIDAH.
8. SAYA AMAT SEDIH KERANA DALAM KEADAAN SEKARANG TIDAK ADA YANG BAIK DIKAITKAN DENGAN MELAYU. KITA MEMBIARKAN DIRI KITA DIDEDAHKAN, DIAIBKAN DAN DIMALUKAN. MALAH, NAMPAKNYA MENJADI SATU KEBANGGAAN SEKIRANYA KITA DAPAT MENUNJUKKAN KELEMAHAN BANGSA SENDIRI. SIAPA SAHAJA YANG BERJAYA MESTI DICARI CACAT CELANYA. TIDAK CUKUP DENGAN INTERNET DITAMBAH DENGAN KHIDMAT PESANAN RINGKAS (SMS). TEORI PROPAGANDA MENYEBUT, SEPULUH KEBOHONGAN AKAN MENJADI KEBENARAN, TEORI KOMUNIKASI MODEN PULA MENYEBUTKAN BAHAWA SETIAP E-MAIL DIANGGAP BENAR, SETIAP SMS DIANGGAP SAHIH.
BANYAK BERITA- BERITA DAN PERISTIWA-PERISTIWA NEGATIF YANG LAIN; YANG DITONJOLKAN IALAH MELAYU. SEOLAH-OLAH ORANG MELAYU MENJADI PUNCA SEGALA PENYAKIT MASYARAKAT SEPERTI KORUPSI, PENYALAHGUNAAN DADAH DAN SEBAGAINYA. ORANG LAIN DIAM MENYEMBUNYIKAN KEAIBAN BANGSA MEREKA, KITA YANG BERAGAMA ISLAM, MENJADIKAN KERJA MENGAIBKAN BANGSA SENDIRI SEBAGAI HOBI PERTAMA. SEBAB KITA TIDAK BERSATU DAN SUKA JAGA TEPI KAIN ORANG.
MELAYU : JIWA PENAKLUK
9. SAYA MEMBANGKITKAN PERKARA INI SEMUA ADALAH SEMATA-MATA UNTUK MENUNJUKKAN UMAT MELAYU AMAT RAPUH PERPADUANNYA. KEADAANNYA SEMAKIN HARI SEMAKIN BERTAMBAH PARAH. SAYA BERHARAP PERHIMPUNAN PADA PAGI INI MEMIKIRKAN BAGAIMANA HENDAK MENJADIKAN BANGSA MELAYU SEBAGAI BANGSA BERJIWA BESAR. KITA MESTI ADA JIWA PENAKLUK. TETAPI BOLEHKAH KITA MENJADI BANGSA YANG BERJIWA PENAKLUK? DENGAN SIKAP DAN PENDIRIAN YANG KITA PEGANG HARI INI, APAKAH KITA BERSEDIA DENGAN KEMAHIRAN DAN KEPANDAIAN SEPERTI BANGSA MAJU DI DUNIA?
10. BERJIWA PENAKLUK DISINI BUKAN BERMAKNA MENAKLUK BANGSA ATAU KAUM LAIN, BUKAN JUGA MENAKLUK NEGARA LAIN. MAKSUD SAYA IALAH MELAYU BERJIWA PENAKLUK ADALAH BANGSA YANG MENAKLUK KETINGGIAN ILMU, PENGUASAAN EKONOMI DAN TEKNOLOGI, KEUNGGULAN TAMADUN, KELUHURAN IMAN DAN TAKWA. KITA JUGA PERLU JADI BANGSA PENAKLUK YANG DAPAT TEWASKAN NAFSU BUAS DARI SEGALA ASPEK, RASA IRI HATI DAN HASAD DENGKI YANG MEMBUATKAN KITA LUPA DIRI APABILA BERKUASA.
CUKUP DENGAN FIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH YASSIN AYAT 83 "FASUBHAA NAL LAZI BIYADIHI MALAKUTU KULLI SYAI-IN WA-ILAHI TURJAUN" MAKSUDNYA "OLEH ITU AKUILAH KESUCIAN ALLAH YAKNI DENGAN MENGUCAP SUBHANALLAH TUHAN YANG MEMILIKI DAN MENGUASAI TIAP-TIAP SESUATU DAN KEPADANYA LAH KAMU SEMUA DIKEMBALIKAN"
11. SAYA INGIN MENYATAKAN BAHAWA PERPADUAN, KESEPAKATAN, PATRIOTISME, SAYANGKAN BANGSA DAN AGAMA, SEMUANYA DISATUKAN DALAM SATU IKATAN PERPADUAN UNTUK MENGANGKASAKAN MARTABAT BANGSA. SAYA BERHARAP MESEJ YANG SAYA SAMPAIKAN INI AKAN MENGUSIK JIWA ATAU FIKRAH KITA SEMUA UNTUK SAMA-SAMA MENGINSAFI BAHAWA IMEJ DAN MARUAH YANG TERCALAR ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB SEMUA TIDAK KIRA KEDUDUKAN, IDEOLOGI POLITIK, BANGSAWAN ATAU RAKYAT BIASA BERSAMA-SAMA BERTANGGUNGJAWAB MEMPERBAIKINYA.
PARA PESERTA PERHIMPUNAN SEKALIAN,
BERTINDAK UNTUK BERSATU
12. SEKARANG INI KITA SEMUA FAHAM KENAPA KITA PERLU BERSATU. SAYA TELAHPUN MENYEBUTKAN PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPERTAHANKAN YANG MENJADI HAK KETUANAN MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN. TETAPI PENYATUAN MELAYU LEBIH DARIPADA ITU, DARI SEGI MEMASTIKAN MELAYU TIDAK TERUS BERPECAH BELAH. MUNGKINKAH ORANG MELAYU TIDAK BIJAK BERPOLITIK MENYEBABKAN USAHA-USAHA MENYATUKAN ORANG MELAYU GAGAL DICAPAI? MUNGKIN RAMAI AKAN BERASA TIDAK SENANG DENGAN KENYATAAN SAYA, TETAPI IA ADALAH HAKIKAT. DEMI KEKUASAAN, ADA DIKALANGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU SANGGUP MENGENEPIKAN KEPENTINGAN ORANG MELAYU ITU SENDIRI. INI BERBEZA DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN KAUM LAIN YANG SANGGUP BERSATU BIARPUN BERBEZA FAHAMAN DEMI MEMPERTAHANKAN HAK MEREKA.
13. SAYA DAPATI RAKYAT MELAYU MASIH MENGAMALKAN SIKAP MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DI BAKAR ATAU MARAHKAN PEMIMPIN, MASA DEPAN ANAK CUCU DIGADAIKAN. YANG MENYEDIHKAN ADA PULA PALING TAKSUB HENDAKKAN KUASA SEHINGGA MEMBUJUR LALU, MELINTANG PATAH, ASAL DAPAT KUASA YANG MENJADI MATLAMAT TERAKHIR, SEHINGGA SANGGUP MENANG SORAK, KAMPUNG TERGADAI. SELAGI SIKAP INI TIDAK DIKIKIS, MAKA SELAGI ITULAH USAHA UNTUK MENYATUKAN MELAYU HANYA AKAN MENJADI SATU IMPIAN SEMATA-MATA.
14. SAYA BERPENDAPAT PERHIMPUNAN HARI INI HARUS MEMIKIRKAN DENGAN SEMASAK-MASAKNYA SAMPAI BILA ORANG KITA, MELAYU HARUS BERTELAGAH DAN TIDAK MAHU BERSATU SERTA BERFIKIR SECARA MATANG. SEBENARNYA PADA PANDANGAN SAYA ORANG MEEAYU KINI TIDAK MAMPU LAGI DITIUP DENGAN SLOGAN DAN RETORIK. PESERTA-PESERTA PERHIMPUNAN HENDAKLAH MEMPUNYAI NIAT UNTUK MENYATUPADUKAN MELAYU SECARA JUJUR DAN IKHLAS TANPA MEMPUNYAI APA-APA AGENDA TERSEMBUNYI, TERMASUKLAH UNTUK MENAIKKAN ATAU MENJATUHKAN MANA-MANA PEMIMPIN. YANG TERPENTING SEKALI IALAH USAHA-USAHA MENYATUPADUKAN MELAYU MESTILAH BERTERASKAN KEPADA MATLAMAT UNTUK MENJAMIN HAK MELAYU TERPELIHARA DAN MASA DEPAN ANAK CUCU KITA TIDAK TERGADAI KERANA PEREBUTAN KUASA.
15. WALAUPUN SAYA BANYAK MENEGASKAN PERPADUAN MELAYU, HAK-HAK MELAYU DAN KETUANAN MELAYU, TIDAK BERMAKNA BETA TIDAK MENGAMBIL KIRA KEPENTINGAN KAUM-KAUM LAIN YANG MERUPAKAN RAKYAT NEGARA INI. SEBENARNYA APABILA HAK-HAK DAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DIJAGA DAN DIPELIHARA SERTA TIDAK DIGANGGU GUGAT, AKAN MENJAMIN KEHARMONIAN NEGARA. INI BUKAN SAHAJA MENGUNTUNGKAN MELAYU TETAPI JUGA SEMUA KAUM TANPA MENGIRA AGAMA DAN BANGSA.
CABARAN MASYARAKAT MAJMUK
16. SAYA INGIN MENGINGATKAN BAHAWA DALAM KITA BERTINDAK MENYATUPADUKAN MELAYU, KITA HARUS AKUR BAHAWA DALAM MASYARAKAT MAJMUK SEPERTI MALAYSIA, HAK-HAK KAUM LAIN ADALAH SENTIASA TERJAMIN SEPERTI CONTOHNYA, MEREKA DIBENARKAN MENGAMAL KEPERCAYAAN ANUTAN MEREKA DENGAN AMAN IAITU PATUH KEPADA UNDANG-UNDANG DAN DAMAI IAITU TIDAK PROVOKATIF TERHADAP ISLAM. RAJA-RAJA MELAYU ADALAH KETUA AGAMA ISLAM DAN MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM BUKAN SEKULAR, ACUAN TERSENDIRI, BUKAN SEPERTI NEGARA-NEGARA LAIN.
17. TIDAK HARUS ADA APA-APA KEBIMBANGAN. RAJA-RAJA AKAN MENJADI PAYUNG KEPADA PERPADUAN DAN MENJADI SUMBER KETAATAN KEPADA SELURUH RAKYAT, SEBAGAIMANA YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN DAN RUKUN NEGARA. DENGAN DEMIKIAN, SEWAJARNYALAH SEMUA RAKYAT BERSATU DAN TIDAK HARUS ADA UNGKIT-MENGUNGKIT MENGENAI HAK DAN KEISTIMEWAAN ORANG-ORANG MELAYU KERANA IA ADALAH QUID PRO QUO SEBAGAI BALASAN KEPADA BERI-PAKSA KERAKYATAN KEPADA 2.7 JUTA KAUM LAIN YANG DATANG KE PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. MAKA MEMANGLAH TIDAK WAJAR SETELAH KAUM LAIN MENDAPAT KERAKYATAN, MEREKA MENUNTUT PULA KESAMAAN HAK DAN KEISTIMEWAAN.
18. SEKALI LAGI SAYA INGIN MENEGASKAN BAHAWA HAK DAN KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU ADALAH AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB YANG WAJAR DILINDUNGI DAN TANGGUNGJAWAB KEPADA GENERASI WARISAN KETURUNAN MELAYU, SAYA YAKIN KAUM-KAUM LAIN JUGA MAHU MELIHAT ORANG-ORANG MELAYU BERSATU KERANA JIKA ORANG-ORANG MELAYU BERGADUH SESAMA SENDIRI SUDAH PASTI KEAMANAN TERGUGAT.
PENUTUP
19. BERSEMPENA SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1429 H INI, MARILAH KITA SEMUA BERMUHASABAH, JANGAN BERDEGIL, MENOLAK PERPADUAN DISEBABKAN UNTUK MEMPERTAHANKAN IDEOLOGI ATAU FAHAMAN ATAU PERJUANGAN MASING-MASING. HAKIKATNYA MELAYU ADALAH ISLAM DAN ISLAM ITU BERKAIT RAPAT DENGAN ORANG MELAYU. SEMUA PIHAK MESTI BERFIKIR DENGAN SECARA BERHEMAH DAN PENUH SEMANGAT KETENANGAN DAN PERSAUDARAAN BAHAWA KITA BERHAK BERBEZA PENDAPAT TETAPI DALAM SOAL MEMPERTAHANKAN HAK MELAYU DAN ISLAM, KITA TIDAK ADA KOMPROMI. BEGITU JUGA KITA TIDAK BERKOMPROMI UNTUK MENENTANG SESIAPA YANG TIDAK BERLAKU ADIL DAN SAKSAMA KEPADA KAUM DAN AGAMA LAIN.
20. SAYA MENYERU KEPADA SEMUA YANG HADIR, KHUSUSNYA ORANG-ORANG MELAYU BERSATU PADU KERANA ITU JUGA TUNTUTAN DALAM ISLAM. HARI INI, KITA JANGAN BERCAKAP SAHAJA KITA MESTI BERTINDAK DAN MENUNJUKKAN HASIL TINDAKAN KITA BENAR-BENAR MENCAPAI MATLAMAT YANG KITA SASARKAN. SEKIRANYA INI DAPAT DICAPAI, SAYA AMAT BERSYUKUR, BERDOA SESUNGGUHNYA KEDAULATAN DAN KETUANAN MELAYU AKAN TERUS KUKUH DAN TERBILANG DENGAN INSTITUSI DI-RAJA MEMELIHARAINYA.
21. SESUNGGUHNYA SAYA MEMPUNYAI IMPIAN DAN HARAPAN UNTUK MELIHAT SUATU KEADAAN DI MANA PERBALAHAN DAN PERBEZAAN PENDAPAT DIANTARA SEMUA PEMIMPIN MELAYU ISLAM ITU DIRUNGKAIKAN MENERUSI SATU MUZAKARAH PEMIMPIN MELAYU ISLAM YANG DIADAKAN SECARA TERTUTUP, BERHEMAH DAN BIJAKSANA. SAYA BERHARAP SEGALA PERBEZAAN PENDAPAT DIKETEPIKAN. PERPADUAN UMMAH HARUS DIUTAMAKAN DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR. SAYA MOHON MAAF SEKALI SETAHUN SAHAJA SAYA MEMBERI UCAPAN, JADI YANG BURUK ADALAH DARI KELEMAHAN DIRI SAYA SENDIRI DAN YANG BAIK HANYA DARI ALLAH.
22. JUSTERU ITU SAYA BERDOA KEHADRAT SWT, SEMOGA PERHIMPUNAN INI DAPAT BERLANGSUNG DALAM SUASANA BERTERUS TERANG BERLANDASKAN SEMANGAT MAHU MEMBINA PERPADUAN BANGSA MELAYU YANG BERINTEGRITI TINGGI AGAR MELAYU ISLAM DIHORMATI DI NEGARA SENDIRI DAN DIPERINGKAT ANTARABANGSA. AKHIR KATA DENGAN MERENDAH DIRI ATAU TAWADUK ITULAH SEBENARNYA SENJATA MUKMIN DIIRINGI DENGAN HATI YANG MERENDAH DIRI DAN TIDAK SEKALI KALI RIAK ATAU MEMBANGGAKAN DIRI.
DENGAN INI, SAYA DENGAN KALIMAH BISMILLA-HIRRAHMA-NIRRAHIM, MERASMIKAN MAJLIS PERHIMPUNAN PERPADUAN MELAYU, SEMPENA DEKLARASI MAULIDUR RASUL 1429 H, ANJURAN BARISAN BERTINDAK PERPADUAN MELAYU (BBPM).
SEKIAN, WABILLAHI-TAUFIK WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.
URUSETIA BBPM
RUMAH GAPENA
JKR 734
JALAN DEWAN BAHASA
50460 KUALA LUMPUR
10 APRIL 2008
Sunday, January 4, 2009
Kesultanan Sulu
Thursday, January 1, 2009
Grand Palace, Bangkok
Foto atas : Pemandangan Grand Palace, Bangkok.
Bawah : Senibina yang menakjubkan di mana batu-batu 'permata' pelbagai warna menghiasi corak pada dinding. Tatkala disimbah cahaya terik mentari, semuanya nampak berkilau-kilauan bagaikan jutaan bintang bergemerlapan.
Grand Palace dibina pada 1782. Selama 150 tahun ia menjadi istana Raja Thai dan tempat bersemayam kaum kerabat. Sebahagiannya merupakan bangunan pentadbiran kerajaan. Senibina mengagumkan dan halusnya ukiran melambangkan kreativiti dan kemahiran ahli pertukangan Thai. Hari ini ia menjadi pusat tumpuan pelancong di samping tempat diadakan beberapa upacara rasmi melibatkan keluarga diRaja Thai. Terdapat juga Temple of the Emerald Buddha yang dikatakan dibina sejak kurun ke-14. Ada sebanyak 17 istana Raja di Bangkok, sebahagiannya dijadikan hospital, muzium dan universiti.
Mungkinkah di dalam kawasan asal Istana Siam ini, berabad yang lalu...telah melangkah pembesar dan pahlawan Melayu, membawa kiriman bunga emas daripada Sultan Melaka serta Raja-raja negeri lain? Maka kenapakah Kerajaan Siam begitu kuat sehingga tiada penjajah yang dapat menawannya?
Foto Ehsan : Shali