Sunday, December 19, 2010

Sentimen Anti-Monarki Meningkat di Thailand

Tuntutan bahawa majoriti anggota ‘baju merah’ mempunyai sikap anti-monarki dipersoalkan, kerana tiada bukti. Soalan-soalan yang lebih penting adalah, apakah menentang unsur-unsur anti-monarki, baik melalui prosedur undang-undang yang keras atau tindakan sosial kaku, adalah cara yang paling berkesan, terutama jika tujuan utama negara adalah untuk berdamai dengan lawan-lawannya.

Jika tujuan utama adalah rekonsiliasi, maka retribusi harus dielakkan. Jika badan-badan keselamatan nasional ingin menghilangkan unsur-unsur anti-monarki, pendekatan terbaik adalah untuk bertarung dengan mereka dalam rangka demokrasi.

Lebih daripada 30 tahun yang lalu, dalam menghadapi komunis, yang juga dianggap sebagai ancaman terhadap monarki Thailand, mereka dibenarkan untuk kembali ke masyarakat dan hidup normal tanpa memaksa mereka untuk meninggalkan keyakinan mereka melalui cara radikal. Faktor luaran juga memainkan peranan di sini: komunisme sebagai ideologi global sedang menurun. Komunisme tidak mampu menghalang perubahan sistem global.

Hari ini, wajah musuh mungkin telah berubah dari komunis ke anti-monarki, dan konteks politik amat berbeza. Namun pola perjuangan relatif tetap tidak berubah. Mereka menginginkan ruangan politik untuk mendedahkan fikiran tidak-konvensional mereka. Tetapi kerana itulah mereka dianggap ancaman bagi masyarakat. Mereka tidak diterima dan ini mencegah mereka daripada mempertahankan keyakinan mereka secara sah.

Walau pun ia boleh digunakan untuk membenarkan dasar tertentu kerajaan, ia juga mempunyai potensi untuk mencipta keretakan ideologi yang lebih luas di masyarakat. Menjadi kutukan dan terasing dari masyarakat, anti-monarki boleh menjadi lebih teguh dalam tindakan mereka. Bila Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva pernah mendakwa ada mereka yang anti-beraja dalam golongan ‘baju merah’. Pengesahannya memberikan lampu hijau untuk badan-badan keselamatan memburu mereka yang disyaki cenderung terhadap ‘republican’.
Menghapuskan mereka yang anti-monarki tidak akan menuju penyelesaian politik, atau demokrasi yang lebih baik. Masalah utama ialah demokrasi dan keadilan. Untuk pembangkang, masyarakat Thailand telah menjadi lebih demokratik dan tidak adil. Sesiapa pun yang memiliki kepercayaan berbeza dengan negara dianggap penjenayah masyarakat. Lebih buruk lagi, tidak ada ruang bagi pembangkang untuk mempertahankan kedudukan mereka, baik di khalayak umum atau di mahkamah.

Lazimnya wujud bahaya dalam menganggap keselamatan negara dan gerakan anti-monarki sebagai ancaman. Kebanyakan Thailand masih mencintai dan menghormati raja, hanya minoriti mungkin menyokong agenda anti-monarki untuk berbagai alasan peribadi. Dengan demikian, adalah tidak perlu bagi negara Thailand untuk terlalu memperbesarkan isu.

Atau mungkin ada manfaat politik yang jelas dalam usaha tersebut. Kes penghinaan terhadap pemerintah sering berlaku kebelakangan ini. Ia sewenang-wenangnya digunakan untuk melemahkan lawan politik. Mereka yang menggunakan undang-undang ini terhadap golongan anti-monarki ternyata diterima dalam konteks undang-undang. Tapi bagaimana Thailand yakin bahawa undang-undang yang ada tidak akan dipolitikkan oleh ahli-ahli berpengaruh tertentu dalam masyarakat?

Dalam wawancara baru-baru ini saya dengan seorang ahli eksekutif bekas Parti Rak Thai, saya diberitahu bahawa 35 hingga 55 peratus daripada ahli ‘baju-merah’ menyokong kegiatan gerakan pro-demokrasi baik di parlimen dan di jalanan. Mereka juga menyedari ada golongan anti-monarki yang cuba menyusup ke dalam gerakan. Dugaannya adalah untuk memisahkan diri daripada unsur-unsur radikal tersebut. Kegagalan bermakna mereka menghadapi risiko dianggap sebagai ancaman bagi bangsa Thailand.

Risikonya adalah tidak ada definisi yang jelas tentang apa yang merupakan anti-monarki. Adakah perdebatan umum monarki dianggap sebagai pelanggaran undang-undang jenayah kenegaraan? Sementara itu, adakah larangan itu dianggap sebagai penghalang untuk kebebasan bersuara? Keseimbangan harus dicapai, mengingatkan kita akan keperluan untuk membuktikan bahawa institusi kerajaan adalah serasi dengan demokrasi.

Pada hakikatnya, sementara badan-badan keselamatan nasional jelas tentang misi mereka untuk manghapuskan golongan anti-monarki, alasan di sebalik misi mereka tetap menjadi persoalan. Demi keadilan dan demokrasi, mereka harus membuka ruang bagi mereka yang berpandangan anti-monarki untuk memperjelas kedudukan mereka, atau bahkan mempertahankan kepercayaan mereka.

Walaupun dilanda krisis politik saat ini, Thailand telah berkembang sejak penghapusan monarki mutlak pada tahun 1932, dan kini melalui fasa ‘eksperimen’ baru perjuangan demokrasi. Dalam konteks ini, negara mungkin bertambah sukar untuk memaksa perubahan dalam pemikiran politik masyarakat; seperti ia tidak boleh memaksa kuning menjadi merah dan sebaliknya. Kesimpulannya terletak pada kemampuan negara untuk hidup seiringan dengan non-konformis dan untuk mencipta masyarakat yang menghormati kepelbagaian dan perbezaan.


Chachavalpongpun Pavin adalah Fellow di Singapura Institut Pengajian Asia Tenggara.
http://www.asiasentinel.com (Terjemahan)

Tuesday, December 14, 2010

Apabila ahli politik melebihi kuasa Raja

Apabila menghayati lafaz sumpah ini mungkin ada antara khalayak yang tertanya-tanya, apakah agaknya peranan Raja-Raja berkaitan Islam? Mungkin ada juga yang terfikir, adakah Raja-Raja sudah melaksanakan tanggungjawab menjaga Islam sepenuhnya?

Persoalan sebegini tidak boleh dielak dalam keadaan semasa. Khalayak ada kalanya mahukan sesuatu yang ‘tangible’, iaitu sesuatu yang dapat disentuh, atau dilihat dengan mata kasar. Keadaan ini menjadi cabaran kepada Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam. Saya fikir Raja-Raja sudah maklum mengenai cabaran ini.

Kita saksikan banyak perkara yang mencabar Islam dan kedudukannya di negara ini. Mungkin kita masih ingat beberapa kejadian yang menidakkan kuasa mufti dan mempersoalkan autoriti mufti dalam perkara berkaitan agama.

Cabaran memuncak dalam penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah sehingga ada golongan yang mahu undang-undang jenayah syariah dilupuskan semua sekali. Isu kalimah Allah menjadi kebimbangan ramai. Kontroversi wujud lagi dalam kejadian sosej babi. Semuanya ini mahukan Raja-Raja terbabit.
Bukan niat saya untuk membuka semula isu yang saya sebutkan dan mendebatkannya secara provokasi.

Apa yang ingin saya katakan ialah adakah masyarakat menyedari bahawa Raja-Raja Melayu sudah cuba melaksanakan tugas Perlembagaan yang diletakkan di atas bahu baginda. Kenyataan Raja-Raja berkaitan kedudukan agama Islam sering dilaporkan media selepas isu seumpama itu berlaku.

Masalahnya, ada ketika sebahagian khalayak enggan menghargai titah berkenaan. Atas apa alasan, saya tidak pasti. Ada yang enggan faham bahawa titah itu mempunyai sanksi Perlembagaan. Payahnya Perlembagaan bukan Kanun Keseksaan yang menyediakan hukuman sekiranya keingkaran berlaku.

Mungkin ada khalayak yang mahukan Raja-Raja Melayu berterusan membuat kenyataan akhbar atau membuat sidang media. Mungkin ini ada benarnya. Ramai yang mengharap Raja-Raja bertindak proaktif.

Namun, ada kalanya mungkin tidak adil bagi Raja-Raja. Sekiranya terlalu banyak membuat kenyataan akhbar ini akan meletakkan kedudukan Raja setaraf dengan ahli politik. Ini tidak harus terjadi kerana ia akan mendatangkan kesan buruk kepada kedudukan Raja-Raja itu sendiri.

Walaupun tiada publisiti meluas mengenai peranan yang sudah dilakukan oleh Raja-Raja Melayu dan Majlis Raja-Raja mengenai Islam di negara ini, khalayak harus tahu mengenai sumbangan Raja-Raja mengenai Islam. Sekiranya kita bandingkan kedudukan Islam sebelum merdeka dan kedudukannya pada hari ini, nampakkah kita akan jarak perbezaan?

Jangan kita menafikan perubahan ke arah kebaikan yang sudah negara lakukan kepada Islam. Kita juga harus melihat apa yang baik, bukan menonjolkan yang negatif saja. Itu tidak adil. Dalam aspek perundangan dan kehakiman Islam, banyak penambahbaikan yang dilakukan untuk memartabatkan perundangan Islam di negara ini. Keadaan fizikal dan tenaga manusia di Mahkamah Syariah, contohnya banyak berubah.

Khalayak tidak patut menafikan sumbangan Raja-Raja Melayu dalam penambahbaikan ini. Secara pentadbirannya, suatu polisi agensi kerajaan pusat mengenai Islam, seperti Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan hanya dilakukan jika ia mendapat lampu hijau daripada negeri. Negeri pula tidak memberikan lampu hijau sekiranya tidak diperkenan Raja.

Ada kalangan mereka yang enggan menghargai peranan Raja-Raja berkaitan Islam menghujah bahawa Kerajaan Pusat, menurut Perlembagaan Persekutuan tidak harus membuat urusan berkaitan Islam.

Hujah ini berlandaskan konsep pengasingan kuasa antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat. Disebabkan Islam adalah urusan negeri, maka ia menjadi sesuatu yang tidak berperlembagaan sekiranya Kerajaan Pusat menjalankan urusan Islam.
Maka penubuhan JKSM dan JAKIM sudah dipersoalkan keabsahannya dari sudut Perlembagaan.

Hujah ini amat simplistik. Ia tidak memberi penelitian yang baik terhadap peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan tidak memberi manfaat kepada sistem pentadbiran yang diamalkan. Saya ada menyatakan dalam ruangan ini dua minggu lalu bahawa, Perlembagaan Persekutuan memberi ruang kepada Parlimen untuk membuat undang-undang berkaitan perkara yang diletakkan di bawah bidang kuasa badan perundangan negeri sekiranya mendapat permintaan negeri. Pembaca boleh merujuk tulisan saya untuk ulasan yang lebih panjang.

Sekiranya kita hujahkan bahawa agensi berkaitan Islam harus diletakkan di bawah penyeliaan Majlis Raja-Raja, saya fikir ini idea yang baik. Tetapi kita harus mengamati sistem pentadbiran yang ada sekarang.

Adakah Majlis Raja-Raja mempunyai wadah atau infrastruktur selengkapnya untuk mengendali agensi seperti ini, jika bukan menerusi kementerian yang berkaitan.
Bukan saya menidakkan peruntukan Perlembagaan mengenai pengasingan kuasa yang disebut di atas. Tetapi kita harus sedar bahawa mekanisme pentadbiran sedia ada perlu diambil perhatian.

Walaupun agensi ini tidak secara perundangannya diletakkan di bawah Majlis Raja-Raja dalam pentadbirannya, kedudukan Raja-Raja sebagai Ketua Agama Islam di negeri tidak dipinggirkan. Ini ada kalanya dilakukan menerusi mekanisme Majlis Raja-Raja dan dalam banyak ketika Raja-Raja membuat keputusan bersendirian mengenai Islam di negeri masing-masing.

Apa yang kita harapkan daripada Raja-Raja Melayu ialah baginda sentiasa memayungi Islam di negara ini, sentiasa memberi perhatian kepada Islam, mendokong sumpah jawatan yang diambil dan sentiasa menghargai peruntukan Perlembagaan bahawa hak, tugas, kuasa dan tanggungjawab baginda berkaitan Islam adalah budi bicara sepenuhnya. Harapan kepada ahli politik, janganlah pula lebih sudu daripada kuah.

Oleh : Shamrahayu Abd Aziz, Penolong Profesor Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); sumber bharian.com.my

Thursday, December 9, 2010

Majlis Perajaan berkuasa tentukan Sultan

"Apabila mereka telah menentukan siapa yang menjadi raja, proses seterusnya ialah pemasyhuran, maknanya memaklumkan kepada rakyat.

"Justeru, kalau kita faham sistem ini, tidak ada ruang dan sebab mengapa pihak Kerajaan Pusat, mengapa kerajaan negeri dan mengapa rakyat perlu mempertikaikan apa yang berlaku di istana Kelantan itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai permintaan tokoh veteran UMNO yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, baru-baru ini yang meminta Majlis Raja-Raja, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap krisis istana di Kelantan yang berlanjutan bagi mengelakkan kegelisahan dan kekeliruan rakyat dengan situasi semasa di negeri itu.

Ketika membuat kenyataan itu, Tengku Razaleigh turut mengedarkan kenyataan yang dikeluarkan Sultan Ismail Petra yang tertulis bahawa baginda adalah Sultan Kelantan yang sah mengikut Perlembagaan.
"Ini hak mereka (pemasyhuran) dan tidak ada kena mengena dari segi mesti mendapat persetujuan, malahan pengiktirafan daripada Kerajaan Pusat pun tidak perlu kerana apa yang diputuskan oleh Majlis Perajaan itulah mesti diterima oleh semua," kata Mohamed Nazri.

Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei tahun lalu selepas ayahanda baginda menjalani rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu. Tuanku Ismail Petra mengalami ketidakupayaan sejak Mei tahun lalu.

Mohamed Nazri berkata, permintaan Tengku Razaleigh tidak perlu diberi perhatian kerana institusi beraja di Kelantan telah wujud sebelum kewujudan Kerajaan Pusat pada 1957 malah tidak pernah berlaku pemasyhuran sultan perlu membabitkan persetujuan Kerajaan Pusat ataupun kerajaan negeri. - BERNAMA

sumber : bharian.com.my

Majlis Perajaan berkuasa tentukan Sultan

"Apabila mereka telah menentukan siapa yang menjadi raja, proses seterusnya ialah pemasyhuran, maknanya memaklumkan kepada rakyat.

"Justeru, kalau kita faham sistem ini, tidak ada ruang dan sebab mengapa pihak Kerajaan Pusat, mengapa kerajaan negeri dan mengapa rakyat perlu mempertikaikan apa yang berlaku di istana Kelantan itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai permintaan tokoh veteran UMNO yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, baru-baru ini yang meminta Majlis Raja-Raja, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap krisis istana di Kelantan yang berlanjutan bagi mengelakkan kegelisahan dan kekeliruan rakyat dengan situasi semasa di negeri itu.

Ketika membuat kenyataan itu, Tengku Razaleigh turut mengedarkan kenyataan yang dikeluarkan Sultan Ismail Petra yang tertulis bahawa baginda adalah Sultan Kelantan yang sah mengikut Perlembagaan.
"Ini hak mereka (pemasyhuran) dan tidak ada kena mengena dari segi mesti mendapat persetujuan, malahan pengiktirafan daripada Kerajaan Pusat pun tidak perlu kerana apa yang diputuskan oleh Majlis Perajaan itulah mesti diterima oleh semua," kata Mohamed Nazri.

Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei tahun lalu selepas ayahanda baginda menjalani rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu. Tuanku Ismail Petra mengalami ketidakupayaan sejak Mei tahun lalu.

Mohamed Nazri berkata, permintaan Tengku Razaleigh tidak perlu diberi perhatian kerana institusi beraja di Kelantan telah wujud sebelum kewujudan Kerajaan Pusat pada 1957 malah tidak pernah berlaku pemasyhuran sultan perlu membabitkan persetujuan Kerajaan Pusat ataupun kerajaan negeri. - BERNAMA

sumber : bharian.com.my

Thursday, December 2, 2010

Buku 'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada'

Menurut Dato’ Haji Halim, buku ini merupakan hasil cetusan idea dan titah daripada KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in Billah. “Matlamat karya ini antara lain mengajak rakyat untuk mengenali sejarah susur galur Kesultanan Pahang yang merupakan kesinambungan kepada Kesultanan Melayu” katanya lagi.

Beliau menambah, “arus kemodenan masa kini telah menyaksikan keutuhan institusi beraja yang menjadi paksi kekuatan masyarakat Melayu sejak zaman-berzaman tersentak seketika tatkala masyarakat di peringkat nasional sejak kebelakangan ini mula mempersoalkan kedaulatan dan kredibiliti raja-raja Melayu sekarang. Justeru, buku ini merungkai secara terperinci bagaimana raja-raja keseluruhannya termasuk peranan Sultan Ahmad Shah yang berjaya menyatupadukan rakyat di negara ini”.

Secara keseluruhannya juga, kehidupan Sultan Ahmad Shah menjalani kehidupan sehari-harinya dan paparan gambar-gambar istimewa baginda diketengahkan untuk renungan generasi akan datang. Ia diharap akan menjadi suatu momen paling indah untuk ditatap. Karya ini juga secara tidak langsung akan mendedahkan formula di sebalik kemajuan yang dicapai olah Negeri Pahang Darul Makmur dan juga merungkai persepsi rakyat terhadap Raja Pemerintah dan persepsi daripada kaca mata Raja Pemerintah terhadap rakyatnya.

Beliau yang juga merupakan Presiden Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM) berharap, semoga buku ini kelak menjadi satu rujukan penting kepada masyarakat, tanpa mengira asal dan keturunan.

Turut berangkat ke majlis tersebut adalah KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta'in Billah, KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah binti Almarhum Sultan Iskandar, paduka-paduka anakanda dan juga Toh Puan Dato’ Seri Rosmah binti Mansor.

Monday, November 29, 2010

Intipati keputusan Mahkamah tolak kes bekas DYMM Sultan Kelantan

PUTRAJAYA: In a landmark ruling, the Federal Court held that the Regent has the exclusive power to carry out royal functions when a Sultan is incapacitated.

The apex court said this in dismissing two petitions filed by former Kelantan Ruler Tuanku Ismail Petra Sultan Yahya Petra who among others, sought its opinion over the meaning of the phrase "His Royal Highness".

In allowing the jurisdictional objection by then Kelantan Regent Tengku Muhammad Faris Petra (current Ruler Sultan Muhammad V) Friday, Federal Court judge Justice Zulkefli Ahmad Makinudin said the Kelantan Regent was vested with all the powers of "His Royal Highness" under various provisions in the Kelantan Constitution.

"It is our judgment having noted that the definition of "His Royal Highness" includes the Regent, it is therefore clear that the Kelantan Constitution had envisaged the Regent having all the powers to carry out the royal functions as the Sultan of Kelantan would have had his Royal Highness the Kelantan Sultan had not been incapacitated," he said in his 33-page judgment.

With him in the panel were Federal Court judges Justice Md Raus Sharif and Abdull Hamid Embong.

"We are of the view that there can be only one individual attending to affairs of the Kelantan State at any one time.

"In this instance, due to the incapacitation of the petitioner, the first respondent as the Regent of Kelantan and the acting Kelantan Ruler is the only person entitled to exercise the powers of "His Royal Highness" within the meaning of Kelantan Constitution," he said in reading out the unanimous decision.

In elaborating, Justice Zulkefli said the petitioner, being incapacitated, could not exercise such a power unless he had recovered from such incapacitation.

"It, therefore, follows that the petitioner has no locus (right) to refer a question of law to the Federal Court under Kelantan Constitution whilst the first respondent is the Regent, as the power to do so is vested solely in his (Tengku Muhammad Faris) hands until the Regency is brought to an end and the petitioner resumes his role as the Sultan of Kelantan," he said.

The Bench also ruled that there was no distinction between the powers exercised by Tengku Muhammad Faris when he was the Regent of Kelantan and the powers exercised by a reigning Sultan regardless of whether he (Tengku Muhammad Faris) was appointed by the Council of Succession or by the then Sultan of Kelantan.

Justice Zulkefli said it should be noted that there was no provision under the Kelantan Constitution which supported Tuanku Ismail's contention that the appointment of the Regent by the Council was of lesser effect than had the Sovereign appointed Tengku Muhammad Faris as the Regent.

"If the same Council of Succession has the power conferred by the Kelantan Constitution to choose and confirm the next Sovereign and determine the capacity of the Sultan of Kelantan himself, it would necessarily follow that a Regent appointed by the very same Council, as in this case, would have the same power to exercise the royal functions provided under the Kelantan Constitution," he said.

Tuanku Ismail filed petitions on May 5, June 22 and Sept 20 respectively asking the Federal Court to determine the meaning of the phrase "His Royal Highness" and the fundamental liberties of the Sultan. He named then Kelantan Regent Tengku Muhammad Faris and the Kelantan Government as respondents.

Justice Zulkefli said that the contention of the petitioner that different powers were vested in a Regent appointed by the Council and himself as a Sovereign was unsustainable in the circumstances of the case.

Justice Zulkefli also said that the Bench found that the distinction between these two words "Regent" and "Sovereign" (Sultan or Kelantan Ruler) did not have any effect on the royal prerogatives of Tengku Muhammad Faris to appoint or revoke the appointment of any members of the Council under the Kelantan Constitution.

The court did not made any order as to costs after the then Regent's lawyer Farah Shuhadah Razali said they did not receive instruction to apply for costs.

Lawyer Azhar Azizan @ Harun, who acted for Tuanku Ismail, said he would discuss with his client the next course of action regarding another petition on whether the Regent has the power to amend the Kelantan Constitution.


©The Star by M.MAGESWARI

Friday, November 26, 2010

Mahkamah Persekutuan tolak petisyen bekas Sultan Kelantan

"Kami berpendapat hanya seorang individu patut menguruskan hal ehwal Negeri Kelantan pada satu-satu masa," katanya. Oleh itu, Zulkefli berkata Tuanku Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra tidak mempunyai kedudukan daripada segi undang-undang untuk meminta Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tentang persoalan berkaitan kuasa dan kewibawaan Tengku Mahkota itu ketika Sultan mengalami ketidakupayaan.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Md Raus Sharif dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong, sebulat suara menolak petisyen Tuanku Ismail Petra setelah membenarkan bantahan awal peguam Tan Sri Cecil Abraham, yang mewakili responden, Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra), bahawa ayahanda baginda tidak mempunyai bidang kuasa untuk merujuk persoalan tersebut kepada mahkamah berkenaan.

Tuanku Ismail Petra yang memfailkan petisyen berkenaan pada 5 Mei dan 22 Jun lalu, menamakan Sultan Muhammad V dan Kerajaan Negeri Kelantan sebagai responden.

Dalam petisyen itu, Tuanku Ismail Petra memohon Mahkamah Persekutan membuat keputusan tentang beberapa persoalan undang-undang sama ada Sultan Muhammad V, yang memangku jawatan Tengku Mahkota ketika itu, mempunyai kuasa untuk memecat atau melantik anggota Majlis Perajaan.
Satu lagi persoalan yang Tuanku Ismail Petra minta Mahkamah Persekutuan pertimbangkan ialah sama ada Sultan Muhammad V yang menjadi Tengku Mahkota ketika itu, mempunyai kuasa untuk mengehadkan pergerakan Tuanku Ismail Petra hanya di dalam Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan.

Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 24 Mei tahun lalu oleh Majlis Perajaan atas alasan ayahanda baginda gering.

Pada 13 September, Sultan Muhammad V dilantik sebagai Sultan Kelantan oleh Majlis Perajaan. Tuanku Ismail Petra mengalami ketidakupayaan sejak Mei tahun lalu.

Dalam penghakiman setebal 33 muka surat, Zulkefli berkata Tuanku Ismail Petra tidak boleh melaksanakan kuasa sebagai Sultan mengikut Perlembagaan Negeri Kelantan, selagi Tengku Mahkota menyandang jawatan ketika baginda mengalami ketidakupayaan.

"Ini kerana disebabkan ketidakupayaan pemetisyen (Tuanku Ismail Petra) sebagai Sultan Kelantan ketika itu, Tengku Mahkota Kelantanlah dan hanya Tengku Mahkota Kelantan sahaja yang akan melaksanakan kuasa yang diberi kepada 'Sultan' mengikut Perlembagaan Negeri Kelantan," katanya.

Katanya, Tuanku Ismail Petra hanya boleh melaksanakan kuasa itu setelah kembali semula ke Kelantan dan menyandang jawatan sebagai Sultan Kelantan.

"Mengikut fakta yang ada di hadapan kami, pemetisyen tidak berbuat demikian sebaik saja pulang ke Kelantan pada atau kira-kira pada Mac 2010. Malah, pemetisyen terus berada dalam keadaan tidak berupaya, manakala responden pertama (Sultan Muhammad V) terus menjadi Tengku Mahkota Kelantaan.

"Berlandaskan alasan di atas, pemetisyen tidak boleh melaksanakan sebarang kuasa yang diperuntukkan kepada 'Sultan' selagi ada Tengku Mahkota.

"Pemetisyen yang mengalami ketidakupayaan, tidak boleh melaksanakan kuasa itu, melainkan beliau pulih daripada ketidakupayaan yang dialaminya," katanya.

Zulkefli berkata, tiada bezanya antara kuasa yang dilaksanakan Sultan Muhammad V ketika baginda menjadi Tengku Mahkota Kelantan dan kuasa yang dilaksanakan seorang Sultan yang memerintah tanpa mengira sama ada Sultan Muhammad V dilantik oleh Majlis Perajaan atau oleh Sultan Kelantan ketika itu, Tuanku Ismail Petra. - BERNAMA

www.bharian.com.my

Tuesday, November 23, 2010

'Pemerintahan raja berperlembagaan harus dipertahan'

Kita sudah membuktikan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen adalah sistem pemerintahan terbaik serta paling berkesan kerana ia mengadunkan warisan tradisi negara yang terbaik bersama-sama aspirasi rakyat.

Oleh demikian, rakyat perlu terus mempertahankan sistem ini dan tidak ada sebab untuk kita bersikap ibarat tikus membaiki labu, katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarkan buku Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada oleh Presiden Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan (MAKPEN), Datuk Halim Ibrahim di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, malam tadi.

Penerbitan buku itu bersempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-80 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Turut berangkat Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Sultan Iskandar dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Mengenai buku Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada, Najib berkata, penerbitan berkenaan membolehkan rakyat mengenali lebih dekat lagi hati budi Sultan Pahang yang terkenal dengan sifat peramah dan mudah mesra kerana ia dikarang individu yang akrab dengan baginda.

Oleh kerana buku ini adalah karya seorang individu yang akrab dengan baginda, maka sudah tentu memuatkan pelbagai peristiwa bersifat peribadi dan candid yang selama ini tersembunyi daripada umum, katanya.

Katanya, buku itu juga penting sebagai rekod sejarah yang boleh digunakan sebagai teladan serta panduan bagi generasi hari ini dan akan datang.

Sesungguhnya bangsa yang tidak tahu dan tidak berminat dengan sejarah warisan bangsanya sendiri adalah bangsa yang lemah serta miskin semangatnya, katanya.

www.bharian.com.my

Friday, November 12, 2010

Negara berasaskan sistem beraja

Tetapi antara banyak-banyak negara dalam Yunani purba itu, muncul sebuah kerajaan yang dianggap berada di pinggiran tamadunnya. Negara itu, Macedonia dipimpin oleh Raja Philip yang mempunyai putera bernama Iskandar. Baginda mengarahkan Iskandar belajar daripada Aristotle mengenai segala perkara yang diketahui.

Setelah kemangkatan Philip, baginda digantikan dengan Raja Iskandar. Baginda memimpin bala tenteranya menawan keseluruhan Yunani. Bukan itu saja, baginda merentas ke timur, menakluki Parsi dan terus hingga ke India. Maka wujudlah kerajaan besar Iskandar Agung yang wilayahnya merentas tiga benua, Asia, Eropah dan Afrika.

Baginda menubuhkan ibu kotanya di Babylon (sekarang Iraq) dan mengasaskan sebuah kota besar di Mesir purba yang dinamakan Iskandariah. Dalam bahasa Inggeris disebut Alexandria.

Pengaruh Iskandar Agung ini menyerap ke India yang seterusnya budaya serta pemikiran mengenai kerajaannya tentu akhirnya sampai juga ke Asia Tenggara.

Justeru apabila kitab Sejarah Melayu mengisahkan asal usul Raja-Raja Melayu, tentunya dirujukkan kepada Kesultanan Melaka yang mewarisi Kerajaan Seri Wijaya, ia mengisahkan betapa permulaan sistem Raja-Raja Melayu adalah di Bukit Siguntang di Sumatera, atau disebut juga sebagai Seri Andalas.

Maka disebut dalam Sejarah Melayu, asal-usul Raja-Raja Melayu apabila disusur galurkan yang dikisahkan melalui pelbagai mitos adalah daripada Iskandar Agung.

Dalam tradisi Melayu, Iskandar Agung ini juga disebut sebagai Iskandar Zulkarnain, walaupun terdapat pelbagai pertikaian oleh ahli sejarah dan ahli sastera tentang perbezaan antara Iskandar Zulkarnian dan Iskandar Agung.

Antara kisah dalam Sejarah Melayu ialah perjanjian antara Raja dan Datuk Bendahara yang mewakili rakyat. Dari sinilah keluar ungkapan 'Raja adil disembah, Raja zalim disanggah'.

Namun begitu, kerajaan Melayu bermula lebih awal daripada Seri Wijaya. Kerajaan awal muncul di Funan dan kemudian di Champa yang kesemuanya terletak di Indochina sekarang ini. Tamadun Melayu dikatakan bermula di wilayah itu dengan gendang Dongson yang berbentuk bintang berbucu banyak sebagai simbolnya.

Simbol bintang berbucu banyak ini kini dapat diabadikan dalam bendera Jalur Gemilang. MCA juga mengambil bintang berbucu banyak itu sebagai lambangnya.

Jadi ketika kerajaan-kerajaan Melayu itu muncul di wilayah Vietnam dan Kemboja sekarang, di manakah bangsa Vietnam berada? Manusia pelbagai etnik dan kaum bercampur baur baik melalui perkahwinan atau penaklukan dan menghasilkan bangsa baru yang lain.

Tetapi bangsa Vietnam purba pada asalnya hidup di China selatan. Ketika mereka menguasai bahagian dunia itu, China sebagai bangsa dan negara belum dimantapkan.

Maharaja Shih Huang Ti baru hendak menyatukan pelbagai bangsa dan etnik untuk dijadikan satu bangsa berasaskan negaranya sendiri yang bernama Chin. Dalam usahanya itu, baginda ditentang oleh kaum Vietnam purba yang berada di China selatan.

diperluaskan

Hanya setelah membina pelbagai terusan bagi membawa bekalan untuk bala tenteranya, maka China dapat diperluaskan dan menawan wilayah Vietnam purba. Bangsa Vietnam purba pula terdesak dan lari ke selatan membawa sekali kerajaan-kerajaan mereka.

Maka menghala ke selatan, sudah tentu mereka bertempur dan menakluki bangsa-bangsa Funan, Champa, Khmer dan lain-lain, termasuklah bangsa Melayu purba.

Kerajaan-kerajaan Melayu purba ini turut bergerak ke selatan memindahkan kerajaan-kerajaan mereka ke Kemboja, Vietnam Selatan hinggalah ke Pattani dan Semenanjung Melayu.

Di situ, mereka bertembung pula dengan kerajaan Ayuthaya yang sedang memantapkan kerajaan Siam di mana ia mahu menguasai keseluruhan semenanjung Asia Tenggara hingga ke selatan iaitu Temasik.

Kemunculan Parameswara sebagai pewaris kepada Seri Wijaya kemudian mengembalikan negeri-negeri Melayu, daripada Temasik hinggalah ke Pattani untuk berada di bawah Kesultanan Melaka. Pengaruh kesultanan ini juga sampai ke Brunei dan Sulu.

Keupayaan Kesultanan Melaka dapat menapak di mercu tertingginya berlaku semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah dengan Tun Perak menjadi Bendahara dan Hang Tuah sebagai Laksamana.

Kebijaksanaan diplomasi juga menyumbang kepada kejayaan ini apabila Melaka mengadakan hubungan persahabatan dengan China, pimpinan Dinasti Ming yang di dalamnya terdapat pengaruh Islam yang kuat.

Maka pada zaman itu, daripada Istanbul di Barat hinggalah ke Zaytun di Timur, baik melalui laluan sutera mahu pun bahtera, sebahagian besar dunia ditadbir dan dipimpin oleh kerajaan-kerajaan Islam dengan sokongan sekutu-sekutunya termasuk kerajaan China. Laksamana Cheng Ho memainkan peranan penting dalam mewujudkan tata kuasa dunia itu.

Tetapi tidak ada kerajaan yang dapat bertahan selama-lamanya. Dinasti Ming tumbang, begitu juga dengan Kesultanan Melaka, Kerajaan Moghul di India dan juga Khalifah Uthmaniah di Istanbul.

Kuasa-kuasa baru Eropah muncul dan yang terbesar datangnya dari England. Negara kecil ini mendapat manfaat daripada kesedaran tamadun yang dinamakan Enlightenment yang asalnya datang daripada Yunani melalui Renaissance di Itali yang muncul melalui kajian-kajian pemikiran Yunani tersimpan oleh para cendekiawan Islam.

Akhirnya Perang Salib membuka ruang pemikiran Yunani yang dikaji oleh cendekiawan Islam kepada orang Eropah. Antara pemikiran inilah yang membawa kebangkitan kaum bangsawan di England untuk mengehadkan kuasa raja melalui piagam yang disebut Magna Carta.

Daripada situ, idea sistem politik yang berasaskan rakyat berkembang. Fahaman demokrasi yang pernah dilaksanakan di Athens akhirnya dimunculkan semula dalam bentuk Raja Berperlembagaan Inggeris. Maka Parlimen England dikenali sebagai "ibu kepada parlimen".

Demokrasi moden mula berputik. House of Lords atau Dewan Bangsawan dan House of Commons atau Dewan Orang Ramai mula merintis kepada kaedah demokrasi moden.

Tentu pada awalnya, sistem Raja Berperlembagaan ini memperlihatkan kesukaran hubungan antara raja dengan Parlimen serta juga dengan Perdana Menteri yang dipilih Parlimen untuk menasihati raja.

Walaupun raja tidak mencampuri urusan politik dan pemerintahan, tetapi pengaruhnya tetap ada dan berbeza-beza mengikut personaliti dan zaman masing-masing.

Maka semasa pemerintahan Queen Victoria, baginda memperoleh pula seorang Perdana Menteri yang juga hebat, Benjamin Disraeli. Pada zaman ini, empayar British terbentang paling luas hinggakan Victoria diisytiharkan juga sebagai Maharani India.

Ternyata sistem raja-raja India sudah tumbang apabila negara itu dijajah sepenuhnya oleh British.

Di China pula, Dinasti Ching yang memerintah berada di penghujungnya. China sedang diancam oleh penjajah-penjajah, iaitu Rusia, Jepun, Jerman, Britain dan Perancis, masing-masing mahu membahagi-bahagikan negara itu.

Britain berjaya menguasai Hong Kong walaupun dalam bentuk pajakan dengan janji perlu dikembalikan pada tahun 1997. Keupayaan Britain memerintah empayarnya yang luas bertunggakkan pada pelabuhan-pelabuhan strategik yang dikuasai.

Dari London, Gibraltar, Port Said, Aden, Bombay, Colombo, Pulau Pinang, Singapura hinggalah Hong Kong berada di bawah kekuasaannya.

Pentadbiran India yang berpusat di Calcutta juga turut mentadbir Negeri-Negeri Selat di Pulau Pinang, Seberang Perai, Dinding, Melaka dan Singapura.

Walaupun Britain menguasai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu di Semenanjung Tanah Melayu, tetapi kedaulatan masih tetap dipegang oleh Raja-Raja Melayu.

berdaulat

Pada kurun ke-19, negeri-negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak dan Perlis masih berdaulat walaupun kekuasaan di luar daripada hal ehwal agama dan adat istiadat Melayu sudah berada di tangan Inggeris. Namun begitu, pengaruh Raja-Raja Melayu masih besar termasuk dalam soal tanah.

Maka dari satu segi, pada zaman penjajahan British, sistem beraja yang diamalkan di negeri-negeri Melayu bersifat Raja Berperlembagaan walaupun yang menguasai pemerintahan bukannya rakyat tetapi penjajah.

Perkara yang sama juga berlaku di banyak tempat di Hindia Timur Belanda yang kemudiannya menjadi Indonesia. Di Thailand pula, berlaku gerakan untuk mewujudkan Raja Berperlembagaan, tetapi ia tidak datang dari rakyat, tetapi pihak tentera.

Sementara di Jepun, maharajanya juga berdaulat tetapi kekuasaan sebenarnya terletak pada pihak yang menguasai tentera. Golongan tentera inilah kemudian merubah politik Asia termasuk Malaysia.

Dalam perang Dunia Kedua, Jepun berazam untuk menguasai keseluruhan Asia Timur melalui gagasan Kemakmuran Asia Timur Raya dengan Tokyo memerintah keseluruhan China, Asia Tenggara, India dan kepulauan Pasifik sehingga Australia.

Mereka gagal dan apabila Amerika Syarikat menakluk Jepun, mereka menimbangkan sama ada untuk menghapuskan institusi maharaja atau tidak. Akhirnya mereka membuat keputusan memperkenalkan sistem Raja Berperlembagaan dengan institusi maharaja dikekalkan.

Selepas Perang Dunia Kedua, Britain memberikan kemerdekaan kepada India dengan menggubal sebuah perlembagaan yang begitu kompleks.

Pada mulanya cadangan yang diutarakan ialah untuk menubuhkan sistem Raja Berperlembagaan di India dengan Ratu atau Raja England menjadi Maharaja India sebagai mewarisi Queen Victoria.

Sistemnya adalah seperti Australia dan Kanada di mana ketua negara dipegang oleh Raja England dengan diwakili oleh Gabenor-Jeneral. Tetapi kemudian perkara ini ditentang dan India menjadi republik dengan presiden tanpa kuasa eksekutif seperti Raja Berperlembagaan.

Di Tanah Melayu, pada mulanya dicadangkan penubuhan Malayan Union dengan menghapuskan sistem beraja. tetapi akibat bantahan orang Melayu dan ancaman komunis, Britain bersetuju menubuhkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen bagi Tanah Melayu.

Untuk menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, maka diambil perlembagaan India sebagai rujukan. Oleh kerana sudah ada sistem beraja di negara ini, maka dengan mudahnya diambil cadangan Tunku Abdul Rahman supaya sistem Raja Berperlembagaan yang unik di dunia, iaitu melalui Majlis Raja-raja.

Keindahan sistem Raja Berperlembagaan Malaysia ini diterima baik dan tidak pernah dipertikaikan, malah kedaulatannya diperluaskan kepada semua Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka yang sebelum itu tidak dinaungi oleh mana-mana raja.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Pinang dan Melaka. Bukan itu saja, semasa penubuhan awal Malaysia, dengan mudah sistem Raja Berperlembagaan ini dapat diterima oleh semua kaum di negara ini dan kedaulatannya meliputi Singapura, Sarawak dan Sabah.

Keagungan dan kejayaan sistem ini bergantung kepada rakyat negara ini sendiri. Ia merupakan sistem yang unik, penuh warisan dan berkesan. Tetapi untuk menjayakannya, rakyat tanpa mengira kaum wajar sama-sama berusaha untuk mendokongnya supaya negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dapat berfungsi dengan lebih baik. Ingatlah bahawa kehidupan bernegara memerlukan keseimbangan.

www.utusan.com.my

Tuesday, November 2, 2010

Fungsi Majlis Raja-Raja

Majlis Raja-Raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah perkara 153 (mengenai kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, bumiputera serta juga hak kaum-kaum lain).

Budi bicara Majlis Raja-Raja

Ahli-ahli Majlis Raja-Raja boleh bertindak mengikut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan tugas-tugas yang berikut, iaitu:

(a) memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya; atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan;

(b) memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan;

(c) mempersetujui atau tidak apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja;

(d) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan;

(e) pelantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau

(f) pemberian ampun, reprief dan respit, atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42.

Keahlian

Semua Raja dan Yang di-Pertua Negeri secara automatik menjadi Ahli Majlis Raja-Raja. Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, seorang ahli tidak dapat berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik mengikut peruntukan Undang-Undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu negeri itu.

Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi Ahli Majlis Raja-Raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan Raja-Raja.

Yang di-Pertuan Agong bukanlah Ahli Majlis Raja-Raja. Baginda berangkat menghadiri mesyuarat pada hari kedua sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Perdana Menteri sebagai penasihat baginda.

Apabila Majlis Raja-Raja menimbangkan perkara-perkara mengenai dasar negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai oleh Perdana Menteri. Raja-Raja yang lain dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar atau Ketua-Ketua Menteri mereka.

Tiada undang-undang yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Parti politik digesa hormati peringatan raja-raja Melayu

Hishammuddin diminta mengulas titah raja-raja Melayu kelmarin yang melahirkan rasa bimbang terhadap trend politik semasa dan isu-isu perkauman yang berlaku sejak kebelakangan ini yang seharusnya dipandang serius oleh semua pihak.

Beliau berkata, bagi UMNO, parti itu akan sentiasa mengambil perhatian titah raja-raja Melayu itu dan berusaha ke arah mengamalkan perjuangan politik yang bertepatan dengan matlamat parti.

"UMNO sememangnya sinonim dengan raja-raja Melayu. UMNO bukan dilahirkan di tepi jalan tetapi di istana, jadi apa yang disuarakan institusi raja di negara ini akan menjadi satu peringatan buat UMNO juga," katanya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, raja-raja Melayu berhak menyuarakan kebimbangan tentang isu perpaduan rakyat yang kini banyak didalangi unsur-unsur hasutan sedangkan tiada undang-undang tegas diambil.

Katanya, perbuatan itu bukan sahaja harus ditangani oleh pemimpin UMNO tetapi juga semua pemimpin di dalam BN.

"Kontrak sosial kita harus ditegakkan semula. Sebagai permulaan orang Melayu perlu bersatu hati semula dan menerima hakikat kekuatan bilangan mereka yang besar di negara ini," katanya

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, semua pihak wajar menjadikan nasihat raja-raja Melayu itu sebagai pengajaran dan panduan untuk memimpin masyarakat dan tidak tersasar daripada perjuangan yang sebenar..

"Semua pihak yang berkecimpung dalam dunia politik sama ada BN atau parti pembangkang seharusnya bersyukur dengan apa yang telah dicapai dan mengelakkan menyentuh isu-isu sensitif," katanya.

Katanya, UMNO dan semua parti komponen BN sentiasa bersedia bekerjasama untuk memastikan tiada pihak yang tidak bertanggungjawab membangkitkan isu sensitif di negara ini terutama tentang perkauman.

Naib Presiden MIC, Datuk Dr. S. Subramaniam pula berkata, parti-parti komponen BN tidak berhasrat untuk membangkitkan isu-isu sensitif demi kebaikan bersama.

Katanya, apa yang disuarakan oleh raja-raja Melayu itu seharusnya diberi perhatian mendalam oleh semua parti komponen BN dan juga rakyat Malaysia.

''Setiap kaum di negara ini mempunyai hak tersendiri dan setiap orang harus menghormatinya dan tidak perlu mempertikaikan hak kaum lain.

''Hanya langkah ini membantu masyarakat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan damai serta membantu mengukuhkan lagi semangat perpaduan di kalangan generasi muda akan datang,'' katanya

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong pula berkata, pandangan raja-raja Melayu tersebut seharusnya dipandang serius pihak parti politik di negara ini.

"Apa yang penting bagi kita semua adalah keharmonian kaum yang perlu dijaga sepanjang masa. Kita harus memandang serius apa yang diperkatakan dan peringatan oleh raja-raja Melayu itu," katanya.

Sumber: www.utusan.com.my

Sunday, October 31, 2010

EMPAT PUTERI SEJARAH PAHANG

Sewaktu Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam iaitu Sultan Acheh menakluki Pahang pada tahun 1600. Baginda telah membawa pulang 10,000 orang Pahang ke Acheh termasuk seorang puteri Pahang yang bernama Puteri Kamaliah. Tertarik dengan kecantikan dan kebijaksanaan Puteri Kamaliah maka Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah memperisterikannya.

Puteri Kamaliah sangat masyhur dan cerdas menasihat suaminya dalam pemerintahan. Rakyat Acheh memanggilnya Putroe Phang. Seperti kata pepatah Acheh:

Adat bak Poe Teumeureuhom
Hukom bak Syiah Kuala
Qanun bak Putroe Phang
Reusam bak Laksamana

Ertinya:

Adat pada Marhum Mahkota Alam
Hukum pada Syiah Kuala
Kanun pada Puteri Pahang
Resam pada Laksamana

Puteri Kamaliah selalu rindu pada negerinya Pahang. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah membina sebuah taman yang ada model banjaran gunung dipanggil Gunongan dan Putroe Phang suka dengan taman itu bermain-main dengan dayang-dayangnya memanjat Gunongan. Kalau anda pergi melawat Acheh, anda akan melihat taman itu masih ada dan dijaga rakyat Acheh. Taman itu dinamakan Taman Putroe Phang dan Gunongan.

Sumber : www.wzwh.blogspot.com

Sunday, April 11, 2010

Tujuh Wasiat Raja Raja Melayu

Teks titah Raja Muda Perak, RAJA DR. NAZRIN SHAH di Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran syed Hussein Alatas di Dewan Pemikiran Syed Hussein Alatas di Dewan Bahasa dan Pustaka (petikan Utusan Malaysia)

BETA bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat dari-Nya juga, Beta dapat berangkat untuk menzahirkan titah sempena Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas seterusnya menyempurnakan pelancaran karya-karya terpilih tulisan Allahyarham yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan dicetak buat kali ketiga.

Tiga karya tersebut adalah pemerhatian dan kupasan Allahyarham yang menyentuh Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun dan Rasuah, Sifat, Sebab dan Fungsi.

Seminar ini berlangsung dalam dua persekitaran yang sangat signifikan
Persekitaran pertama: Persekitaran masa bahawa seminar ini diadakan dalam suasana negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-52. "Kemerdekaan" itu mempunyai pelbagai erti dan terdedah kepada pelbagai fahaman.

Zurinah Hassan dalam puisi beliau berjudul Kemerdekaan mengingatkan bahawa 'kemerdekaan' bukan sekadar gegak gempita menurunkan Union Jack atau setiap 31 Ogos dengan perbarisan raksasa dan kibaran bendera pada tiang tertinggi di dunia.

`Kemerdekaan' itu sewajarya mengingatkan warga kepada nama-nama Dol Said, Maharaja Lela, Pandak Endut, Dato' Sagor, Ngah Jabur, Bahaman, Tuk Gajah, Mat Kilau, Tuk Janggut, Tunku Kudin dan ratusan patriot tak bernama, bermandi darah bergadai nyawa untuk membayar harga yang termahal, harga kemerdekaan negara.

`Kemerdekaan' itu sangat besar pengertiannya dalam pemikiran, pendirian dan amalan harian Syed Hussein Alatas kerana Syed Hussein itu sendiri adalah nama atas batang tubuh yang berumahkan jiwa merdeka.

Jiwa merdeka yang memiliki minda yang teguh berpegang kepada prinsip kebebasan berfikir. Prinsip kebebasan berfikir yang dijadikan kompas penting memandu arah kehidupan beliau di samping berusaha untuk menjadi nakhoda membantu pemikiran bangsanya dalam melayari lautan hidup yang penuh gelora.
Gelombang perjuangan kemerdekaan senantiasa berombak di dadanya, demi memastikan terbinanya warga merdeka -- bangsa merdeka di atas bumi yang telah diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka.

Jiwa merdeka dan minda merdekanya berlabuh dengan identiti bangsa -- bersauh dengan syariat agama, terus menuntut kepada keadilan sosial, supaya kemerdekaan itu dapat diterjemahkan kepada kemakmuran serta kebahagiaan agar bangsanya tidak tertindas lagi dalam bentuk perhambaan baru.
Dalam persekitaran menyambut ulang tahun kemerdekaan negara bangsa, sewajarnyalah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpadam daripada sejarah.

Sesungguhnya tarikh 5 Ogos yang berlalu semalam, tarikh berlangsungnya seminar ini adalah tarikh keramat, tarikh yang amat penting dalam sejarah kemerdekaan negara bangsa di tanah dan air yang bernama Tanah Melayu.

Hubaya-hubaya bangsa, bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-Duli Yang Maha Mulia sembilan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Pemerintah dari empat 'Negeri Melayu Bersekutu' dan lima 'Negeri Melayu Tidak Bersekutu' telah memberikan perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang berbunyi:

Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu adalah seperti berikut:

"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera."

TUJUH PERKARA ITU ADALAH:
Pertama:
Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

Kedua:
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIM-PANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga:
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat:
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima:
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan.

Keenam:
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh:
Kami amanahkan dan kami pertanggung-jawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara yang terletak kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat (consensus) melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu.

Fasal-fasal tersebut adalah perkara 3 (1), (2), (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12, Perkara 38 (5); Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181 (1). Fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan perlembagaan Parlimen dibenarkan berkuat kuasa.

Persekitaran kedua:
Persekitaran tempat bahawa Dewan Bahasa ini adalah antara gelanggang awal pemikiran Syed Hussein mengatur tapak seorang pendekar – memencak langkah seorang kesatria.


Bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka memiliki sejarah penting melaksanakan amanah memenuhi salah satu daripada tujuh wasiat Raja-Raja Melayu iaitu peranan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan. Dewan bahasa pernah merakamkan sejarah Peristiwa Keranda 152.

Di tapak bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka ini pada 3 Mac 1967, lebih 2,000 orang mewakili 120 pertubuhan Melayu berhimpun. Perhimpunan tersebut diingati sebagai peristiwa `api dan air mata', peristiwa yang merakamkan kemarahan dan kesedihan bangsa terhadap kurang ketegasan pimpinan politik negara untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan.

Dewan Bahasa dan Pustaka adalah institusi bangsa untuk menjamin kedaulatan bahasa. Semua Raja Melayu berangkat di Majlis Perasmian bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka melambangkan sokongan padu Duli-Duli Yang Maha Mulia itu kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar melaksanakan secara tegas salah satu daripada tujuh wasiat Baginda Raja-Raja Melayu.

Betapa kebetulannya acara untuk memperingati seorang tokoh yang telah mencipta sejarah ini berlangsung dalam dua persekitaran yang amat bersejarah, persekitaran masa dan persekitaran tempat. Demikian resam orang berjasa – kematiannya meninggalkan nama untuk terus dimuliakan.

Syed Hussein Alatas telah menghembuskan nafas terakhir untuk menyahut panggilan Ilahi pada hari Selasa, 23 Januari 2007 Masihi, bersamaan 5 Muharam 1428 Hijrah. Berlakulah satu perjalanan penghidupan dari satu perhentian yang meninggalkan dunia yang fana ini untuk berhijrah ke satu perhentian baru di alam baqa sementara menanti hari kebangkitan yang telah dijanjikan.

Padamlah satu kandil gemerlap – pelita di malam gelap. Telah tertutuplah mata yang sentiasa memerhatikan kenyataan dan telah kelulah lidah yang sering mengucapkan kebenarn.

Sepanjang hayat, Syed Hussein Alatas telah menyinarkan suria kepada bumi negaranya Sepanjang kehidupan, ia telah memancarkan cahaya penyuluh pemikiran bangsanya.

Telah dua tahun lapan bulan jasad Syed Hussein diistirehatkan di liang lahad, namun pemikirannya tidak dikuburkan bersama jasadnya. Malah pemikirannya terus hidup dan memberikan nafas kehidupan, pemikirannya terus menjadi bahan kajian, bahan renungan, bahan rujukan dan bahan sandaran. Kerana itu para sarjana menyambut seruan untuk hadir ke seminar ini.

Syed Hussein meninggalkan bangsanya – meninggalkan dunia ini, sedikit awal untuk membolehkannya menyaksikan krisis ekonomi dunia yang telah menderitakan kehidupan jutaan insan, dia telah menghembuskan nafas terakhir sedikit awal untuk menyaksikan harga politik yang perlu dibayar oleh bangsanya setelah berlangsungnya pilihan raya umum kedua belas.

Krisis ekonomi dunia berpunca daripada salah pengurusan kewangan dan senario politik domestik selepas pilihan raya umum kedua belas, adalah harga yang perlu dibayar oleh negara, beban yang perlu ditanggung oleh bangsa kerana terus melakukan perkara perkara yang telah lama diberikan peringatan oleh Syed Hussein dan kumpulan yang memiliki keselarian fikiran dengan Allahyarham.

Sepanjang hayat hidupnya, Syed Hussein terus menyuarakan betapa pentingnya diiktiraf pandangan kumpulan intelektual yang memiliki daya lihat dalam perspektif yang lebih luas lagi menyeluruh yang harus dibezakan dengan kumpulan inteligensia, beliau menganggap masalah umum yang keterbelakangan adalah berpunca daripada masalah pengagihan pendapatan dan pembangunan ekonomi.

Beliau menghuraikan kejijikan rasuah, kurang kemurnian mencantumkan perniagaan dan politik dan masalah yang dihadapi oleh kerajaan di Dunia Ketiga yang terlalu asyik mengamalkan rasuah hingga menghambat kemajuan.
Ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memerangi rasuah ada kalanya digemakan lebih nyaring daripada kalangan orang-orang yang tidak bebas daripada melakukannya lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepurapuraan.

Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur, rakyat melarat. Rasuah terus merebak baik di negara sedang membangun, di negara membangun dan tidak ketinggalan di negara maju.

la berlaku di dalam istana, di dalam sektor swam, di dalam sektor swasta, di dalam organisasi politik, di kalangan organisasi beruniform malah tidak terkecuali di dalam badan-badan agama.

Rasuah adalah candu yang amat mengasyikkan, lebih mengkhayalkan, kerana yang menanggung derita bukan di kalangan pengamal dan penerima rasuah. Rasuah menghidupkan semula budaya perhambaan, dilindungi kosmetik yang memberikan kecantikan dan keriangan palsu kepada pengamal.
Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram.

Rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watan merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya. Demikianlah kotor dan jijikinya rasuah, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya. Malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas daripada undang-undang dan hukum dunia.

Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan seminar "Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas" serta terus mengulangi penerbitan karya-karya Allahyarham adalah usaha yang layak diberikan penghargaan.

Dewan Bahasa dan Pustaka perlu meneruskan tanggungjawab dan memenuhi amanah untuk menyediakan santapan yang secukupnya untuk memastikan minda bangsa mendapat cukup bekalan bahan pemakanan intelek.

Dalam memastikan bangsa tidak terputus dengan akar sejarah, Beta suka menyarankan untuk Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan semula tulisan-tulisan yang telah dihasilkan di era pra dan pasca kemerdekaan yang telah berjaya menyuntik semangat kebangkitan bangsa.

Beta mendengar bahawa Ishak Haji Mohamad (Allahyarham) telah menghasilkan buku Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila, tetapi sehingga hari ini, Beta sendiri tidak berpeluang mendapatkan naskhah buku-buku tersebut.

Bahan-bahan bacaan seperti itu amat penting bukan sahaja diterbitkan semula tetapi dijadikan bahan ilmiah wajib di pusat-pusat pengajian supaya generasi muda tidak akan lupa sejarah dan salah silah bangsanya. Beta percaya negara memiliki himpunan khazanah sejarah yang hari ini tertimbus dan terkubur ditelan waktu.

Dalam hasrat membina model Satu Malaysia, usaha cari gali khazanah sejarah yang telah berperanan membina semangat kemerdekaan dan semangat penyatuan sama ada dalam bentuk buku, penulisan, memoir, catatan, ucapan, puisi dan prosa wajib dilakukan.

Hari ini, generasi selepas Beta, hanya mengenal nama-nama seperti Zaaba, Aminuddin Baki, Burhanuddin Al Helmy, Abu Bakar Al Baqir, Zulkifli Mohamad, Mohd. Asri Haji Muda, Dr. Ismail Abdul Rahman, Panglima Bukit Gantang Wahab, Abdul Rahman Yaacob, Ahmad Boestamam, Syed Jaafar Albar, Syed Nasir Ismail, Harun Idris dan ramai lagi nama nasionalis bangsa. Tetapi generasi Beta sendiri majoritinya tidak berpeluang untuk mengikuti, mendalami dan memahami asas pemikiran mereka kerana bahan-bahan bertulis dan cetak yang ada, begitu terbatas, hanya dapat diakses oleh para penyelidik yang melakukan kajian di peringkat pasca ijazah.

Maklumat tokoh-tokoh bangsa dan sumbangan pemikiran mereka hendaklah dijadikan bahan yang boleh sampai kepada massa yang lebih ramai.
Jika usaha-usaha tidak segera dirintis, akan terkuburlah khazanah bangsa yang sahih dan akan berlakulah pengubahsuaian terhadap fakta sejarah di kemudian hari menurut kesesuaian dan kehendak kumpulan politik yang memiliki kuasa ketika itu.

Kepada keluarga Syed Hussein Alatas, negara dan bangsa amat terhutang budi atas peranan sampingan mereka yang memberikan kekuatan kepada Syed Hussein untuk berjaya meninggalkan satu legasi.

Semoga segala jasa dan pengorbanan Syed Hussein diterima sebagai amal makruf, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat ditempatkan di kalangan para solehin. Sama-samalah kita bacakan surah AI-Fatihah dan sebarang ganjaran dari bacaan tersebut, semoga diterima Ilahi lalu disampaikan kepada roh Allahyarham Syed Hussein Alatas.


Akhbar Era Baru 21 Ogos 2009

7 WASIAT RAJA MELAYU

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

• Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
• Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
• Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
• Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
• Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
• Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
• Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).


Utusan Malaysia, 7 Ogos 2009

BUKTI RAJA BERPANDANGAN JAUH

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Tujuh wasiat raja Melayu membuktikan sikap bertanggungjawab dan berpandangan jauh institusi beraja dalam menjamin keutuhan dan keamanan negara terus berkekalan.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhamad Razak Idris berkata, wasiat itu juga bertujuan melindungi negara dalam menghadapi cabaran mendatang yang sukar untuk diramal.

"Ia adalah paksi yang perlu didokong dan dipertahankan oleh seluruh rakyat supaya perjuangan dan pencapaian negara selama ini tidak berkubur,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas peringatan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah kepada rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Presiden Pertubuhan Menjana Tindakan Pemikir (Mantap), Mohd. Saiful Adil Mohd. Daud pula berpendapat, peringatan tersebut memang sudah lama ditunggu dan rakyat perlu mematuhinya.

Beliau berkata, sesuatu yang malang jika orang Melayu terutamanya pihak pembangkang terus mempertikaikan wasiat yang digubal demi kesejahteraan rakyat dalam jangka panjang itu.

"Saya berharap tidak akan ada lagi pihak mempersoalkan institusi beraja serta perkara berkaitan selepas ini tetapi turut sama memelihara dan menjunjung kedaulatan institusi beraja,'' katanya.

Presiden Kebangsaan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay pula mengingatkan seluruh masyarakat memahami dan menghormati Perlembagaan Negara.

Katanya, setiap perkara yang termaktub dalam Perlembagaan tidak perlu dipersoalkan kerana ia telah dipersetujui oleh pemimpin terdahulu dan matlamatnya adalah untuk kepentingan negara.

"Peringatan tentang wasiat tersebut tidak harus dipertikaikan semata-mata kerana kepentingan politik. Ini kerana pembentukannya adalah untuk melindungi kepentingan semua kaum,'' jelasnya.

Utusan Malaysia, 8 Ogos 2009



AMARAN TERAKHIR KEPADA RAKYAT MALAYSIA - ZAHID

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusan9@utusan.com.my

SEREMBAN 7 Ogos - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, mesej yang disampaikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berhubung tujuh wasiat raja Melayu itu adalah amaran terakhir kepada seluruh rakyat negara ini.

Kata beliau, jaminan terhadap kesejahteraan, kedamaian dan keamanan wajar dijaga sebaik mungkin oleh seluruh rakyat negara ini dan tidak sesekali dicemari.

''Saya amat menghormati tujuh wasiat raja Melayu kepada orang Melayu dan seluruh rakyat negara ini. Wasiat ini mempunyai makna yang cukup mendalam.

''Ramai yang sudah terlupa mengenai wasiat ini dan hanya dijadikan bahan sejarah, tetapi Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah telah menjadikannya satu amaran, yang bukan sahaja untuk orang Melayu, tetapi bukan Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar Kecerdasan Emosi dan Spiritual (ESQ) kepada 300 pegawai kanan kementerian, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di sebuah hotel di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan menekankan, tujuh wasiat itu bukan sekadar berbentuk kontrak sosial, tetapi berupa amaran terakhir kepada seluruh rakyat.

''Wasiat itu menyebut penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan ia mempunyai makna tersendiri. Saya tidak bermaksud untuk membangkitkan sebarang isu perkauman, tetapi sekadar menyebut apa yang dilontarkan oleh Raja Muda Perak," ujar beliau.

Utusan Malaysia muka hadapan hari ini memetik titah Raja Nazrin yang mengingatkan tentang tujuh wasiat raja Melayu semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

Wasiat berkenaan dihasilkan atas kehendak raja-raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu di negara ini.

Raja Nazrin bertitah, jika usaha tidak segera dirintis akan terkubur khazanah bangsa yang sahih dan berlaku pengubahsuaian terhadap fakta sejarah di kemudian hari menurut kesesuaian serta kehendak kumpulan politik yang memiliki kuasa ketika itu.

Utusan Malaysia, 8 Ogos 2009



ABADIKAN ‘7 WASIAT RAJA MELAYU’ SEBAGAI KHAZANAH NEGARA

SAYA terlebih dahulu menjunjung kasih kepada Raja Muda Perak, YAM Raja Dr. Nazrin Shah kerana telah membuka lipatan sejarah yang mengandungi ‘7 Wasiat Raja Melayu’ semasa menurunkan tandatangan Persetujuan Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

Sesungguhnya wasiat tersebut merupakan khazanah negara (national heritage) yang tidak ternilai dan perlu diketahui oleh seluruh bangsa Malaysia. Bagi saya, wasiat ini merupakan tunggak negara Malaysia yang perlu diketahui oleh generasi pelbagai kaum di negara ini agar mereka tidak mudah diperkotak-katik oleh mana-mana pihak.

Bagi saya, 7 Wasiat Raja Melayu ini telah memberi jawapan kepada beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh pihak tertentu di negara ini yang sejak kebelakangan ini sering mempersoalkan Perlembagaan Negara berkaitan isu-isu yang dinyatakan dalam 7 Wasiat Raja Melayu ini.

Cuma saya terkilan dan berasa hairan mengapa perkara ini hanya terpendam di dalam lipatan sejarah dan hanya didedahkan setelah dua tahun negara mencapai kemerdekaan. Atau mungkin perkara ini di luar pengetahuan saya yang telah berumur 62 tahun.

Oleh itu, jika 7 Wasiat Raja Melayu ini tidak pernah diisytiharkan secara rasmi pada masa lalu, saya menyarankan pihak istana, Pejabat Yang Dipertua Negeri, Parlimen, Dewan Negeri, Muzium Negara dan Muzium Negeri mengabadikan 7 Wasiat Raja Melayu itu dalam apa juga bentuk yang difikirkan wajar untuk tatapan rakyat dan generasi akan datang.

Jika pihak Muzium Negara melakarkan ukiran Panglima Hang Tuah dengan ungkapan ‘Tidak Hilang Melayu Di Dunia’, senarai 7 Wasiat Raja Melayu itu hendaklah dilakarkan sewajarnya di premis yang saya cadangkan itu. Daulat Tuanku.

Utusan Malaysia, 10 Ogos 2009

BANGKITLAH MELAYU...

SEJAK beberapa bulan kebelakangan ini, Raja-raja Melayu tidak berhenti bersuara dalam hal melibatkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan.

Terbaru Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan tentang tujuh wasiat Raja Melayu. Ia diikuti Sultan Kedah yang mahu kontrak sosial dipertahankan bagi mengelakkan negara ditimpa huru- hara. Beberapa hari selepas itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terpaksa campur tangan menolak cadangan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu mahu menggunakan wang zakat untuk tujuan pembangunan semua kaum.

Seingat Awang, semua Raja Melayu dari Perlis hingga ke Johor telah melahirkan pandangan dan penegasan agar rakyat tidak meruntuhkan asas kenegaraan yang berpaksikan sejarah, tamadun dan masyarakat Melayu itu sendiri.

Malah sebahagian raja Melayu makin lantang mempertahankan kepentingan Melayu. Belum pernah berlaku dalam sejarah Raja-raja Melayu ke hadapan dan secara konsisten menjadi benteng melindungi perlembagaan. Ini semua berlaku kerana sesungguhnya juga belum pernah berlaku kedudukan Melayu, agama Islam dan institusi raja dicabar sebegini dahsyat oleh pergerakan politik bukan Melayu tertentu dengan dibantu oleh pengkhianat Melayu yang mahu berkuasa.

Kebiadapan terhadap Islam, raja dan Melayu makin menjadi-jadi yang tidak boleh dibiarkan. Setakat ini tiada seorang pun pemimpin pembangkang yang tampil memohon maaf terhadap banyak penderhakaan yang turut mereka cetuskan sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Bibit-bibit ke arah negara republik sudah bermula.

Maka apa yang disuarakan oleh Raja-raja Melayu mempunyai mesej tersendiri bahawa Melayu perlu bangkit bersatu dan lebih yakin dalam menghadapi persekitaran politik yang makin membahayakan. Awang sudah lama bangkit...

Utusan Malaysia, 23 Ogos 2009
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez