Friday, February 22, 2008

Siapa Raja Chulan?

Raja Chulan dari Perak
(Y.A.M. Raja Sir Chulan ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibullah) (Julai 1, 1869 - April 10, 1933) adalah kerabat DiRaja Perak. Baginda mendapat pendidikan Inggeris di Malay College Kuala Kangsar. Baginda bersama British, dan Sultan2 Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang membentuk Negeri2 Melayu Bersekutu (Federated Malay States, pada Julai 1, 1896). Baginda kemudian menjadi Ahli Federal Law Committee pada 1924. Raja Chulan menggesa British agar memperbaiki kedudukan ekonomi orang2 Melayu dan kemasukan mereka ke perkhidmatan awam. Baginda juga menulis buku Misa Melayu (Siri Warisan Sastera Klasik) menggunakan nama Chulan ibni Raja Hamid. Pada 1982, Weld Road di Kuala Lumpur diubah nama menjadi Jalan Raja Chulan.

Raja Chulan dari India
Baginda adalah Maharaja India. Baginda sangat berkuasa dan ramai pemerintah tunduk di bawah kekuasaan baginda kecuali Maharaja China. Jadi, baginda hendak melanggar China dengan angkatan peperangan yg paling besar dalam sejarah. Tanpa peta, baginda menyusuri pantai dengan harapan dapat tiba ke China.


Kedatangannya diketahui oleh Maharaja China. Jadi, untuk memperdayakan Raja Chulan, atas cadangan pembesar, Maharaja China menitahkan agar sebuah jongkong lama disediakan dengan orang2 tua tiada bergigi, pasu2 berisi pokok yg sudah berbuah dan jarum peniti. Jongkong ini belayar hingga ke Temasek di mana mereka bertemu dengan Raja Chulan.

Kata orang2 Cina itu, mereka masih kanak2 ketika bertolak dari China, pokok itu pula dari anak benih dan jarum peniti dari paku yg besar. Mereka memberitahu Raja Chulan bahawa Negara China sangat jauh. Kesimpulannya orang2 Cina berjaya dengan tipu helah itu dan negara mereka terselamat. Akhirnya Raja Chulan berpatah balik ke negara baginda.
~ Versi ini dikisahkan oleh Tun Seri Lanang di dalam buku Sejarah Melayu.

Wednesday, February 20, 2008

Jawapan utk AMG

(1) Apakah kaitan Sultan Kedah dengan Siam?

Kerajaan Ayuthia adalah sebuah kerajaan Islam, negeri Siam adalah sebuah negeri islam sebelum ia diserang dan ditawan oleh tentera Buddha Alaungphaya dalam tahun 1767. Mereka mendedahkan bahawa waris Raja Besar, Empayar Benua Islam Siam Kedah masih ada hingga ke hari ini (walau keturunannya cuba dihapuskan dahulu) bernama Tuanku Nai Long Kassim untuk meriwayatkan apa yang berlaku melalui wasiat yang diterimanya hampir 60 tahun yang lalu. Adalah dinyatakan bahawa bangsa Thai adalah penjajah negeri Siam Islam bermula dengan Raja Rama I yang beragama Buddha. Mereka kemudiannya menukar nama negeri Siam kepada Thailand sempena nama bangsa raja mereka, Sukhothai. (Ruj: sini)

Merong Mahawangsa atau dikenali sebagai Maharaja Durbar Raja adalah Raja Kedah yang pertama. Berasal dari Tanah Besar Parsi.Menurut sumber yang dipetik dari Hikayat Merong Mahawangsa dan Al-Tarikh Salasiah Negeri Kedah, telah dinyatakan bahawa Islam tiba di Kedah pada zaman pemerintahan raja yang seterusnya. Raja tersebut dikenali dengan nama Phra Ong Mahawangsa. Baginda merupakan raja Tanah Melayu yang pertama memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah (1136-79).

700 tahun kemudian....
Sultan Jaafar Madzam Shah @ Tuanku Nai Long Jaafar (1862-76) melantik Ngah Ibrahim menjadi menteri di Larut menggantikan tempat baginda. Adinda baginda, Sultan Tunku Abu Toha menjadi Raja Bagan Serai Perak (dibunuh oleh Inggeris pada 1876). Sultan Jaafar pula dibunuh penjajah Inggeris dan Thai pada 1876 di Gurun. Setelah itu bermulalah penjajahan Kedah oleh Thai (1876-1891). Pihak Thai merampas harta peninggalan yg ada seperti peralatan Istana, bukti2 bertulis dan merobohkan 15 Istana Maharaja Benua Islam Siam sepanjang 5 tahun menjajah Kedah.

Rakyat hidup dalam ketakutan. Pangkat dan nama dibuang kerana mereka pasti dibunuh jika ditangkap Thai. Tuanku Nai Long Hj Yassin ibni Tuanku Nai Long Jaafar menguruskan perniagaan ternakan (identiti disembunyikan). Tuanku Nai Long Hj Mahmud ibni Tuanku Nai Long Hj Yassin bersahabat baik dengan Sultan Badlishah sejak kecil setelah disisihkan oleh Sultan Abdul Hamid (menantu Chulalongkorn, Sultan Kedah ke-28) ke Kg.Titi Haji Idris.

Tuanku Nai Long Hj Mahmud berani bersemuka dengan baginda dan memperkenalkan dirinya sebagai cucu Tuanku Long Jaafar (walau parang diletakkan di lehernya). Sultan Abdul Hamid kesal dan melantiknya sebagai Ketua Penghulu Negeri Kedah. Namun perlantikan ditarik balik bila Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri (ibu Tunku berketurunan Siam).

(2) Siapakah Marhum Mangkat di Sekudai?
Pada 1876, Sultan Ismail (bekas Sultan Perak) yg telah menentang British dalam masa Perang Perak (berkaitan dengan pembunuhan Residen J.W.Birch) telah menyerah diri kepada British. Baginda (Raja Ismail) dibawa ke Singapura sebelum dihantar kepada Maharaja Johor pada Mac tahun yg sama. Setelah orang2 yg terbabit dalam pembunuhan itu disiasat dan dibicarakan, mulai 1877 Raja Ismail dihukum oleh British buang negeri ke Sekudai, Johor. Pada 4 Sept 1889, Raja Ismail mangkat dan dimakamkan di Bukit Mahmudiah, Johor Bharu dan disebut Marhum Mangkat di Sekudai.

Monday, February 18, 2008

Parameswara

Wajah Parameswara yg memakai gelaran Sultan Megat Iskandar Shah, lahir pada 1344 di Srivijaya, Malayu, Palembang. Baginda membuka Melaka pada 1400. Pernah melawat Ming China ditemani Hajji Mahmud Zheng He dan dikurniakan oleh Maharaja China, payung kebesaran, jubah dll. Baginda ke China kali kedua (1411) bersama Permaisuri dan 540 org pengikut. Baginda mangkat pada 1424.


Raja Kassim
(Sultan Melaka ke-4) menaiki takhta pada tahun
1446 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Shah" (1446-1458). Baginda mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu. Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat serangan pertama (semuanya tiga kali dan tewas) ke atas Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewaskan tidak jauh dari Muar. Kami percaya banyak khazanah kesan pertempuran (paling akhir ketika Sultan Mahmud Shah & Raja Ahmad Shah memerangi Portugis) terdapat di dalam Sg.Muar tetapi tiada sesiapa yg pernah 'menggali' ke dasarnya.

Sunday, February 17, 2008

Sultan Abu Syahid (1444)


Tahukah anda Sultan Abu Syahid Shah menjadi Sultan Melaka dari tahun1444 ke 1446. Walaupun Melaka adalah negeri Islam yang agak muda masa itu, baginda dikhabarkan masih kuat berpegang dengan amalan dan pengaruh agama Hindu (bayangkan budaya amalan di Bali, Indonesia kini). Baginda memakai gelaran Raja Sri Parameswara Dewa Shah. Sultan Syahid Shah selepas hanya 17 bulan memerintah Melaka mangkat dibunuh oleh satu konspirasi istana oleh kumpulan India Muslim Bendahara di kepalai oleh Tun Ali.

Penggantinya, adalah Raja Kassim. Baginda memakai gelaran Sultan Muzaffar Shah.

Sunday, February 10, 2008

Durbar Pertama

Foto Durbar (Persidangan Raja-raja Melayu) yg pertama di Istana Perak, Kuala Kangsar pada 14-17 Julai 1897. Duduk (kiri ke kanan): Hugh Clifford (Residen Pahang), J.P.Rodger (Residen Selangor), Sir Frank Swettenham (Residen-Jeneral), Sultan Ahmad (Pahang), Sultan Abdul Samad (Selangor), Sir Charles Mitchell, Sultan Idris (Perak), Tuanku Muhammad (Yg diPertuan Besar Negeri Sembilan) & W.H.Treacher (Residen Perak).

Persidangan Raja-raja terus berlangsung sehingga kini. Ia sebuah lambang keutuhan untuk negara yg berinstitusi Raja, sebuah keunikan yg sesungguhnya hebat pada abad ke-21 ini. Di Persidangan inilah semua Sultan-sultan (atau wakil) dapat duduk semeja bagi berbincang segala hal-ehwal berkaitan negara (di mana mereka ada kuasa untuk membuat keputusan).

Majlis Raja-Raja Melayu

Durbar pertama pada zaman gambar hitam puteh berlangsung di Kuala Kangsar pada tahun 1897 tetapi itu adalah satu mesyuarat Raja-Raja di bawah order naungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (bermakna hanya 4 orang Raja yang hadir) daripada negeri-negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Boleh dikatakan Durbar tersebut tidak sama (dari segi keahlian) dengan Majlis Raja-raja pada hari ini, yang PERTAMA KALINYA di adakan pada 31hb Ogos dan 1 September 1948. Inilah mesyuarat yang pertama.

Apabila UMNO melaungkan "Melayu mesti bersatu" ini bermakna Sultan-sultan ketika itu tidak bersatu, lantas negeri-negeri Melayu (sejak hampir 450 tahun) pada kali pertamanya menunjukkan 'sikap mula hendak bersatu'. Bersatu apa benda? Bersatu dibawah naungan sebuah persekutuan, sebuah negara dan sebuah Kerajaan besar yang kongsi pentadbiran dengan "negara-negara" berikut:

1. "negara" Negeri-negeri Selat (yakni Melaka dan Penang , tak termasuk Singapura)
2. negeri-negeri Melayu Bersekutu
3. negeri -negeri Melayu tidak bersekutu
(ingatlah tiap negeri beraja di tanah Melayu adalah 'completely independent by itself dan dikira 'sovereign' dibawah undang-undang Inggeris)

(Dalam tahun 1963 - "negeri Borneo Utara" masuk kedalam persekutuan (sabah/Serawak)

Amat jelas Raja-Raja Melayu sebelum 1948, mahu meneruskan pemerintahan dan ketuanan Raja Melayu berterusan (sejak dan seperti kerajaan Sultan Melaka dahulu). Ada kes-kes yg menunjukkan Raja-Raja 'tak biasa" dengan sistem British. Ketuanan Raja-Raja Melayu inilah yang sebenarnya menjadi tunjang laungan ketuanan Melayu yg sibuk kita dengar hari ini (more on this later).

Jadi, kita tahu sekarang Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama diadakan ialah pada 3
Ogos dan 1 September 1948. Mesyuarat ini buat pertama kali dihadiri oleh semua sembilan orang Raja-Raja Melayu, sehinggalah ke hari ini.

Kita boleh lihat sendiri apakah fungsi/kuasa Majlis Raja-Raja dalam perlembagaan Malaysia (boleh beli - Harga RM14.50)

Lihat dibawah ini, dan tanyakan solan ini:
DIMANAKAH KUASA MELANTIK ATAU MENABALKAN ATAU MENGIKTIRAF SULTAN? JAWAPAN - TIADA (more on this later).

BUDI BICARA MAJLIS RAJA-RAJA

Ahli-ahli Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan tugas-tugas yang berikut, iaitu:

(a) memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya; atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan;
(b) memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan;
(c) mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja;
(d) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan;
(e) perlantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau
(f) pemberian ampun, reprief dan respit, atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman [YG DIJATUHKAN OLEH MAHKAMAH].

TIDAK MENCECEH,
OLEH SHALI
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez