Pengiran Muda Omar Ali Saifuddien belajar di Malay College Kuala Kangsar di Perak dari 1932 hingga 1936. Baginda dikurniakan gelaran Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara oleh kekanda, Sultan Ahmad Tajuddin pada 15 Julai 1947. Setelah kemangkatan kekanda baginda tanpa meninggalkan putera, baginda dilantik menjadi Sultan pada 6 Jun 1950.
Kemudian, pada 1951,baginda mencadangkan rancangan perpindahan bagi penduduk Kampong Ayer ke tanah darat dan Lagu Kebangsaan Brunei 'Allah Peliharakan Sultan' diakui secara rasmi. Pada 1953,baginda mula merundingkan Perlembagaan Bertulis bagi Negeri Brunei dan mula menubuhkan Sekolah Inggeris Kerajaan dan membina Masjid Besar di Bandar Brunei yang siap dalam pada 1958 dan dinamakan Masjid Omar Ali Saifuddien. Baginda terkenal dengan nama dengan nama 'Arkitek Brunei Moden'.
Selepas memerintah selama 17 tahun, pada 4 Oktober 1967, Sultan Omar Ali Saifuddien menurunkan diri dari Takhta Kerajaan. Pengganti baginda adalah Sultan Haji Hassanal Bolkiah Al-Mu'izzaddin Waddaulah.
No comments:
Post a Comment