Sunday, January 4, 2009

Kesultanan Sulu

Saya terlihat website anda, dan dengan ini ingin memberikan sedikit maklumat tentang Kesultanan Sulu, terutama berkenaan Sistem Protokol Kesultanan Sulu or Tartib of Sulu Sultanate dalam menyelesaikan sebarang Pemilihan seseorang Sultan Sulu.
Semenjak kewafatan Sultan Jamalul-Kiram-II pada 1936, selepas itu terlalu ramai pihak atau individu-individu tertentu cuba melantik begitu banyak "Sultan-Sultan Sulu" sehingga kini. Kekeliruan dalam memilih terlalu banyak "Waris-waris Sultan Sulu" ini menaiki takhta Sulu terjadi adalah kerana kurangnya pemahaman mendalam ke atas Sistem Protokol atau Tartib Kesultanan Sulu. Sistem atau Tartib Kesultanan Sulu ini ada dinyatakan dengan jelas oleh Cesar Adib Majul dalam bukunya "Muslims in the Philippines" , Mukasurat 398-399, dari hasil kajiannya dari "Buku Kitab Tartib Sulu" yang disimpan oleh Keluarga Penjaga Tartib Kesultanan Sulu di Dungun, Tawi-Tawi.
Kalau kebanyakan Sistem Kesultanan Melayu, seseorang Sultan akan menurunkan takhtanya kepada Putera Sulung baginda, akan tetapi di Kesuiltanan Sulu, takhta harus digilirkan diantara 2 Waris Kesultanan Sulu, iaitu;
1). Keluarga Pewaris Pertama (First heir-apparent-dilambangkan dengan Keris Panjang Sundang Sulu dalam Bendera Kesultanan Sulu) yang merupakan waris-waris dari Sultan Azimuddin/Alimuddin-I/Fernando de Alimuddin ibni Sultan Badaruddin-I, yang kini adalah dari Keluarga Kiram & Shakiraullah di Sulu.
2) Keluarga Pewaris Raja Kedua (Second heir-apparent-dilambangkan dengan lambang Bujak/Tombak dalam Bendera Kesultanan Sulu) yang merupakan waris dari Sultan Bantilan Muizzuddin ibni Sultan Badaruddin-I, yang kini dikenali sebagai Keluarga Maharajah Adinda yang kini kebanyakannya telah lama menetap di Sabah.
Maka jika mengikut Tartib atau Protokol Kesultanan Sulu, kini Keluarga Pewaris Kedua adalah lebih "Layak" menduduki takhta Sulu berbanding Keluarga Pewaris Pertama Kesultanan Sulu. Dengan itu juga Keluarga Pewaris Kedua ini lebih berhak dalam menyelesaikan sebarang isu-isu berkaitan Kesultanan Sulu.
Sebagai Bukti jelas "Kesahihan" Keluarga Pewaris Raja Kedua ini ke atas Kesultanan Sulu, Pewaris Kedua ini adalah waris yang telah diamanahkan untuk menyimpan "Lambang Bukti Persaudaraan Kesultanan Sulu & Kesultanan Brunei" iaitu Benda yang dipanggil "Pulau Janggi atau Sepong Janggi". Benda ini telah diberikan oleh Sultan Muhammad Hassan (Sultan Brunei ke-9) kepada Putera Bongsunya yang bernama Pangeran Shahbandar Maharajalela, yang dihantar ke Sulu untuk menaiki takhta Sulu sekitar tahun 1610. Benda ini juga adalah bukti bahawa waris-waris Kesultanan Sulu kini adalah SEZURIAT dengan waris-waris Kesultanan Brunei kini.
Benda Pulau janggi ini telah diserahkan oleh Waris Keluarga Maharajah Adinda (YM. Datu Aliuddin Haddis Pabila Bin Datu Mohammad Sheikh/Sie/Seh ibni Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan/Adanan Puyo bin Raja Muda Datu Bantilan @ Datu Badaruddin ibni Sultan Azimuddin/Alimuddin-II ibni Sultan MUizzuddin ibni Sultan Badaruddin-I ibni Sultan Salahuddin-Karamat ibni Sultan Mawalil-Wasit @ Raja Bongsu-I @ Pangeran Shahbandar Maharajalela ibni Sultan Muhammad Hassan) ke Muzium Brunei untuk DISIMPAN pada tahun 1978.
Jika dirujuk ke Muzium Brunei & Pusat Sejarah Brunei, Rekod menyatakan hanya Keluarga Maharajah Adinda yang telah menyerahkan Benda tersebut ke sana bukannya pihak-pihak lain yang mendakwa juga ada memegang Pulau Janggi tersebut.
DYTM Raja Bongsu-II

12 comments:

Anonymous said...

is this a real comment from a real raja? kalau ye, memang hebat!

RAJA BONGSU II said...

Di Sulu & Brunei, Gelaran "RAJA" biasanya digunakan oleh Anak-anak Sultan atau para pewarisnya. Gelaran "RAJA BONGSU-II" diambil sebagai gelaran dari "RAJA BONGSU-I @ PANGIRAN SHAHBANDAR MAHARAJALELA @ SULTAN MAWALIL-WASIT-I IBNI SULTAN HASSAN (Sultan Brunei Ke-9). RAJA BONGSU-II adalah zuriat keturunan terus "Direct" dari RAJA BONGSU-I (Keluarga Maharajah Adinda). UNtuk keterangan lanjut sila Rujuk Buku;

1. RAJA BONGSU OF SULU (Robert NIcholl) &
2. TAUSUG & THE SULU SULTANATE (Asreemoro)- Edaran SABA ISLAMIC MEDIA.

RAJA BONGSU II said...

Sila Rujuk; http://geraksejati.com/salasilah/nusantara.html

Untuk Susur-galur Raja Bongs-I & Raja Bongsu-II.

RAJA BONGSU II said...

Sila Rujuk; http://geraksejati.com/salasilah/nusantara.html

Untuk Susur-galur Raja Bongs-I & Raja Bongsu-II.

RAJA BONGSU II said...

Baru baru ini (19.03.2009) telah berlaku satu Perlantikan seorang Sultan Sulu yang baru (Sultan Bantilan Muizzuddin II) yang didokong oleh Kumpulan United Tausug Citizens(UTC). Individu yang dilantik menjadi "Sultan" ini sebenarnya hanyalah seorang "Utusan" dari Keluarga Maharajah Adinda (Pewaris Kedua Kesultanan Sulu), yang datang ke Sulu bagi memaklumkkan kepada Rakyat Sulu tentang HAK & Kelayakan keluarga Maharajah Adinda menuntut Hak ke atas Kesultanan Sulu. Dan tanpa diduga, utusan ini telah mengambil kesempatan meminta sokongan UTC untuk melantiknya menjadi "Sultan" di Sulu dengan menggunakan "Dokumen Fotokopi" sahaja yang diberikan oleh Keluarga Maharajah Adinda kepada beliau.

Yang dipertikaikan oleh Keluarga Maharajah Adinda, "Mengapa beliau tergamak "Melangkau" Sistem Protokol Keluarga Maharajah Adinda, sedangkan masih banyak lagi "Waris2 dari Keluarga Maharajah Adinda" yang masih hidup & lebih layak untuk dilantik menjadi "Sultan Sulu" dari Keluarga Maharajah Adinda??!". Protokol Kesultanan Sulu & Protokol Keluarga Diraja perlu DIIKUTI & DIPATUHI oleh para pewarisnya. Kerana apalah nilainya suatu Kesultanan itu, jika Protokol Asas nya tidak diikuti atau dipatuhi.

Mulai 1978, Keluarga Maharaajah Adinda telah diketuai oleh YM. DATU ALIUDDIN BIN DATU MOHAMMAD SEH (*Orang yang telah menghantar benda bukti lambang Persaudaraan Kesultanan Sulu & Kesultanan Brunei, iaitu PULAU JANGGI atau SEPOH/SEPONG JANGGI ke Muzium Brunei Pada tahun 1978. Beliau telah dilantik Sultan oleh Rumah Bicara Sulu pada 17.12.2004 sebagai Sultan Aliuddin Haddis Pabila). Dan dengan kewafatan baginda pada 30.06.2007, maka mengikut "Ranking" keluarga Hak tersebut akan diturunkan samada kepada;

(Saudara2 seayah baginda)
1. Datu Atik Bin Datu Mohammad Seh,
2. Datu Saripul Bin Datu Mohammad Seh,

atau kepada
(Sepupu2 baginda)
1. Datu Amir Bahar Bin Datu Amirul
2. Datu Laja Bassal Bin Datu Laja

ataupun kepada
(Putera2 Baginda sendiri)
1. Datu Zainal Ali
2. Datu Jaafar @ Jamalaul Ali
3. Datu Raja Bongsu-II (Penyimpan semua Dokumen Original Keluarga Maharajah Adinda).

Datu Lajamura (yang kini bergelar Sultan Bantilan Muizzuddin-II) adalah masih terlalu jauh dalam "Ranking Keluarga" untuk beliau boleh menempatkan diri beliau untuk dilantik sebagai "Sultan" dari Keluarga Maharajah Adinda.Beliau hanyalah merupakan "Anak-saudara" kepada YM. DATU ALIUDDIN BIN DATU MOHAMMAD SEH. Maka dengan tindakan beliau yang membelakangi Sistem Protokol Keluarga Maharajah Adinda, maka itu kebanyakan dari Keluarga Maharajah Adinda si Sulu & di Sabah adalah TIDAK MENGIKHTIRAF perlantikan beliau tersebut sebagai "Sultan Sulu" dari Keluarga Maharajah Adinda.

PERHATIAN: MAKA SEBARANG TINDAKAN BELIAU & KUMPULAN UNITED TAUSUG CITIZENS YANG MENDOKONG BELIAU, KELUARGA MAHARAJAH ADINDA ADALAH TIDAK TERLIBAT SAMA SEKALI.

P/s: United Tausug Citizens (UTC) bukan lah badan Diraja Sulu yang berhak melantik seseorang untuk menaiki Takhta Kesultanan Sulu. Badan yang bertanggung jawab untuk Memilih & Melantik seseorang Sultan Sulu adalah RUMAH BICARA atau MAJLIS DIRAJA SULU. Maka perlantikan Sultan Bantilan Muizzuddin-II tidaklah boleh diikhtiraf oleh Sistem Protokol Kesultanan Sulu.

Kesah Keturunan Tajul Muluk said...

"Bismillahirrahmanirrahim"
Assalamualaikum dan salam sejahtera!
terima kasih kepada saudara-saudara yang sudi atau terlihat web.http:/kesah keturunantajulmuluk.blogspot.com yang hilang.sebenarnya keturunan ini adalah terawal berhijrah ke negeri sabah dan cucu-cucu sultan tajul muluk yang hilang sekitar tahun 1920an,sebenarnya mereka melarikan diri ke north borneo detik jam 12.00 tengah malam.
ia itu negara Malaysia belum wujud lagi dan kini status mereka adalah warganegara Malaysia dan bumiputera.setaraf dengan suku-suku lain di sabah seperti kadazan,dusun,murut dan sebagainya.
sebenarnya keturunan ini telah lama melupakan soal kedudukan,takhta,adab,tertib malah soal kedudukan sebagai raja dan sebagainya.soal siapa layak duduk ditakhta kesultanan sulu,sebenarnya salah satu sebabnya mereka lari kerana tidak mahu duduk di takhta,maknanya keturunan ini sudah tidak berminat.selain daripada pewaris-pewaris kiram sebenarnya>Datu Punjungan Bin Datu Sambutuh,Datu Sambutuh bin Datu Panglima Laja,Datu Panglima laja adalah cucu pertama sultan tajul muluk yang hilang,sementara ibunda Datu Punjungan ialah Dayang Sitti Najila binti Datu Dakula,dan ramai lagi yang layak,tetapi mereka tidak berminat.Dalam isu pewaris yang layak adalah lebih baik saudara-saudara mengkaji tentang kedudukan Sultan Tajul Muluk siapa sebenarnya,saya fikir ini boleh menjawab segala kemuskilan tentang kedudukan kesultanan sulu,samada dari pewaris pertama dan kedua,setahu saya adat dan protokol itu telah terputus oleh Tajul Muluk,melalui perkahwinan,dimana cucu sultan Jamalul Kiram ke 1. telah kahwin dengan cucu sultan Sakirullah maknanya sesiapa sahaja di antara mereka adalah layak.soal penetapan kedudukan kesultanan sulu,initerpulang pada sesebuah kerajaan,siapa yang dia mahu.dan setahu saya kalau di Filipina Preseden Emanuelpernah mengisthiarkan bahawa sultan sulu yang diiktiraf ialah Sultan Jamalul Kiram ke ll,selepas itu tidak ada lagi sultan di sulu sepatutnya,sebab negara Filipina telah mardeka dan telah menjadi sebuah negara republik,dimana ketua negaranya adalah Preseden sama dengan Indonesia.dan soal kedudukan sultan adalah terpulang pada kehendak sesebuah negara dan bukan sesebuah kumpulan.
kalau kita meminta duduk di takhta sesebuah negeri atau negara berdasarkan darah,keturunan dan adat,tetapi kita tidak boleh menuntut hak dan warisan kita buat apa ! lebih baik kita menjadi orang biasa ! bebas dan releks lagi.
Sepertimana telah dinyatakan bahawa keturunan ini telah lama melupakan kedudukannya sebagai raja,malah mereka sanggup lari dan bersembunyi,kali terakhir Datu Panglima Laja dengan adek-adeknya diminta duduk ditakhta kerajaan negeri sabah pada tahun 1973,tetapi mereka menolak juga,sebab Tun Mustapha Tahu siapa yang paling layak pada masa itu,mewarisi dan mewakili tandatangan ayahendanya Sultan Hj.Muhammad Jamalul Kiram ll.sebab sudah lagi adeknya Datu Panglima Juani kahwin kali ke dua dengan kakak sepupu Tun Mustapha iaitu Dayang Maagunna.kakak Datu Hj.Sahirani.
Maka itu dengan kehadiran kami sekarang ini setelah 74 tahun lebih mendiamkan diri,(no issue about male until 1936)adalah atas kesedaran dan rasa tanggungjawab pada kerajaan Malaysia,dan negeri sabah,untuk tausug,untuk saudara-saudara yang mahu mencari dan mahu menuntut hak,terutama aset Sultan Jamalul Kiram ke ll di luar negara, sehingga kini tidak ada satupun yang layak dan berjaya.
kerajaan Malaysia telah pun memaklumkan bahawa negeri Sabah hanya keturunan Jamalul Kiram ll atau Tajul Muluk sahaja yang boleh.sebab itu adalah lebih baik saudara-saudara membantu, orang-orang tausug berjaya dan mardeka.bersambung di web sendiri................sekian wassallam.!!!!!!!

Kesah Keturunan Tajul Muluk said...

"Bismillahirrahmanirrahim"!
"assalamualaikum dan salam sejahtera!,
Berhubung dengan isu :siapa pewaris kesultanan sulu sebenarnya" mengikut sistem protokol dan tertib kesultanan sulu,samada melalui atau kepada pewaris raja pertama atau kedua,kalau kita kaji pewaris yang duduk sehingga kini adalah pewaris kedua,kecuali Mualil Wasit bukan anak Muluk,sebab kalau kita kaji tentang Muluk maka kita tahu darimana sebenarnya yang duduk ditakhta kesultanan sulu hingga kini,sepatutnya keluarga kiram dan pewaris raja pertama yang menuntut ini,daripada anak Sultan Muhammad Pognay Pulalun iaitu"Datu Amirbahar dan Datu Daniel.sebab mereka tidak dapat duduk,yang duduk selepas itu ialah "Maharaja Adinda Adanan/Aranan Puyo,(Sultan Aranan Puyo.1863.) selama 40 hari sahaja,maka itu beliau digelar "Sultan raih-raih",yang bermaksud sekejap sahaja,baginda ditugaskan melantik pengganti kepada Muhammad Pulalun,dan calon-calonnya ialah; Datu AmirBahar,Datu Daniel dan Datu Jamalul
Alam.@Muluk Mandarasa.Datu AmirBahar dan Datu Daniel adalah anak Muhammad Pulalun dan Muluk adalah anak menantu.
kebetulan yang memilih ini ialah Sultan Aranan Puyo,pakcik kepada Muluk,yang akhirnya Muluk Mandarasa yang naik kebetulan mendapat banyak sokongan,beliau bergelar Sultan Jamalul Alam @ Azam.1863 hingga 1881,Muluk adalah suami kepada kakak Datu AmirBahar dan Datu Daniel,anak menantu Muhammad Pulalun.sebab itu mengikut kajian tentang Muluk,beliau bukannya sultan,bukaan anak sultan,tetapi anak menantu kepada sultan,"he is a screatery general to the Sultanete",yang akhirnya menjadi sultan.sebab itu yang duduk ditakhta sehingga Sultan Badaruddin ll .1881-1884,dan Sultan Jamalul Kiram ll.1884-1936. adalah keluarga daripada Maharaja adinda,dan antara pewaris kesultanan sulu yang layak sehingga kini ialah"daripada cucu-cucu Sultan Tajul Muluk,yang hilang detik jam 12.00.tengah malam itu,sekitar tahun 1920an,mereka tidak mati ketika itu,tetapi mereka melarikan diri ke north borneo dengan menggunakan sampan/bot lepa-lepa, dan terus ke Tong Si Ambo-Ambo/kg.Pantau-Pantau Pulau Bum-Bum Semporna,mereka ialah 1.Datu Panglima Laja,2.Datu Panglima Juani(Joney,3.Datu Panglima Mambang,4.Dayang Lubaini,5.Dayang Jumdaini,6.Dayang Bulaini.Anak-anak,cucu keturunannya hidup sehingga kini,lahir di Sabah berstatus bumiputera sama dengan suku-suku etnik yang lain seperti kadazan,dusun,murut dan lain-lain.Cucu-Cucu Sultan Tajul Muluk yang hilang itu adalah anak-anak Sultan Jamalul Kiram ll.Dalam beberapa maklumat yang menmgatakan bahawa Sultan Jamalul Kiram ll,itu tidak ada anak,mandul,tidak ada zuriat,"no issue about male,until 1936, yang di tulis oleh beberapa orang,seperti Nicorlas Tarling dan lain-lain adalah tidak betul tuan, yang betul beliau ada anak.
buktinya pada keluarga ini sendiri,cuma mereka tidak keluar selama ini,dan kalau kaji tentang kedudukan Muluk.sebab itu waris-waris kesultanan sulu,inilah paling layak,dan kalau pewaris pertama menuntut, ada juga yang sudah kahwin dengan keluarga ini.sebab itu adab tertib dan protokol mesti melalui ini.
mereka berada dalam kumpulan "Keturunan Sultan Tajul Muluk"( @ Sultan Jamalul Kiram ll ibni al-marhum Sultan Jamalul Alam@Azam.)soal tuntutan dan hak ke atas negeri Sabah,merekalah juga paling layak.
sekian ...... "wabillahitaufik wal hidayah assalamualaikum warahmatullahi wal barakatuh !!!!!jumpa lagi.
http:/www.Keturunantajulmuluk.blogspot.com.

Ismail Jagat said...

Kalau sultan ladjamura jauh dan kurang layak..seluruh keturunan aranan pun sebenar tidak layak..masanya sdh expired..sokonglah yang ada..

RangeRimba said...

Assalamu'alaikum...
Keliru dan bingung???Kenapa para Pewaris-Pewaris kedua keturunan tidak boleh bersatu?Tidakkah para Pewaris Kesuktanan Sulu sedih melihat kepayahan rakyat yang berpanjangan.?Beratus tahun...bukan puluhan tahun...entah sudah berapa generasi...begini terus.

khilul said...

Dusta besar lagi muncul

Anonymous said...

Waris kesultanan Sulu berada di Sabah banyak cucu2 cicit2

Unknown said...

Adakah Anda memerlukan bantuan kewangan segera atau Pinjaman penyatuan hutang, Kami menawarkan pinjaman daripada minimum lima ribu dolar kepada jumlah maksimum lima belas juta dolar. hubungi kami hari ini.
EMEL: kabelofinance@aol.com
WhatsApp: +16282720841

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez