Thursday, February 12, 2009

Waris Sunan Kalijaga



KLANG, 14 Mac 2005 -- Waris Kesultanan Raja Jawa atau Kerajaan Islam Demak yang melarikan diri ke Semenanjung Malaysia akibat ancaman penjajah Belanda di Indonesia dipercayai menetap di Klang.

Sekumpulan 10 lelaki yang dikatakan daripada keluarga Bani Hashim dari tanah Arab dalam satu temubual eksklusif bersama Bernama berkata, waris Raja Jawa itu, yang dikenali sebagai Kanjeng Gusti Prabu Ageng Raja Masrek Syah berumur 65 tahun kini menetap di Kampung Jawa di sini.

Kumpulan itu berkata kenyataan itu adalah benar berdasarkan salasilah keturunan mereka sebagai penyebar agama Islam di nusantara termasuk di Indonesia sejak abad ke-11 dan hubungan mereka dengan Istana Jawa di Jogjakarta, Indonesia.

Jurucakap kumpulan itu, Ahmad Suffian Nordin berkata Raja Masrek Syah adalah daripada keturunan Raden Mas Said (Sunan Kalijaga), cucu kepada Raden Kormo Wijoyo dan anak kepada Raden Korto Joyo yang lahir daripada salasilah wali sembilan atau Wali Songo seperti yang dikenali oleh penduduk Jawa.

Terdapat kira-kira 400 ahli keluarga Bani Hashim yang aktif di Malaysia malah keturunan itu juga wujud di Singapura dan Indonesia dan sering mengadakan perjumpaan keluarga dan ada kalanya diberi liputan di dada akhbar dan majalah di negara ini.

"Tujuan kami mendedahkan perkara ini ialah bagi memaklumkan kepada orang ramai bahawa keturunan Raja Jawa ini masih wujud dan berada di Malaysia. Malah perkara ini diketahui oleh alim ulama dan pemerintah di Indonesia sendiri," katanya di sini baru-baru ini.

Beliau berkata kisah mengenai `Putera Raja Yang Hilang' bermula apabila bapa Raden Mas Said, Raden Kormo Wijoyo mengarahkan anaknya melarikan diri ke Tanah Melayu pada tahun 1900 untuk meneruskan kesinambungan keluarga Raden Kormo Wijoyo serta meneruskan amanat agung keluarga mereka.

Raden Kormo Wijoyo merantau ke beberapa negeri di Semenanjung iaitu Johor dan Perak sebelum menetap, berkahwin dan meninggal dunia di Selangor dengan hidup sebagai rakyat biasa tanpa menggunakan nama asal `Raden' tetapi nama lain iaitu Isa Abdul Salam dan Yushak Abdul Salam. Cucunya Raja Masrek Syah sendiri lahir di negara ini, katanya.

Antara bukti yang boleh menjadi sandaran terhadap dakwaan itu ialah Raja Masrek Syah masih menyimpan bukti-bukti lain sebagai tanda pewaris Kerajaan Islam Demak seperti Keris Sabuk Inten, Keris Nagasasro, Tombak Kyai Pelaret, Sapu Jagat dan lain-lain yang tidak mampu dimiliki manusia biasa.

Berdasarkan pengetahuan turun-temurun orang Jawa, raja ketujuh selepas Raden Mas Said ialah raja yang mampu memberi keamanan dan penyatuan di kalangan rakyat dan umat manusia sendiri tanpa mengira bangsa dan agama.

Pendedahan itu tertulis di kitab tua Jawa, Kitab Joyoboyo dari Ronggrowe.

Ahmad Suffian berkata kumpulan 40 orang daripada keluarga Bani Hashim yang membuat lawatan ke Jogjakarta dari 10 hingga 14 Dis 2002 terkejut apabila diberi penghormatan sebagai keluarga diraja.

"Kita diberi penginapan dan kemudahan kerana dipercayai pemangku raja Jawa sekarang, Sultan Hamengkubuwono ke-10 mengetahui kehadiran kami di sana.

"Raja Masrek Syah bersama isteri juga mengunjungi Sultan Hamengkubuwono di istananya," katanya sambil menunjukkan gambar kedua-dua pasangan itu semasa lawatan itu.

Selain pita video yang ditayangkan untuk Bernama, mereka juga memberi risalah-risalah, bendera sendiri selain mewujudkan laman web Banimasrek.com bertujuan memberi kefahaman yang lebih kepada masyarakat yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai perkara itu.

Sementara itu, seorang lagi anggota kumpulan itu Jamdali Yusoff berkata mereka bersedia berbincang dengan pihak lain sekiranya ada yang berminat atau mahu memastikan kebenaran mengenai pendedahan itu dengan menemui mereka sendiri.

Ahmad Suffian dan Jamdali boleh dihubungi di talian 019-3333834 atau 016-6293733.

- BERNAMA

Keterangan Foto : Lawatan Kanjeng Gusti Prabu Ageng Raja Masrek Shah (dua dari kiri) waris keluarga Bani Hashim yang mempunyai hubungan Kesultanan Raja Jawa atau Kerajaan Islam Demak bergambar dengan Pemangku Raja Jawa Raja Amengkubuwono ke-10 di Jogjakarta. Terdapat kira-kira 400 anggota keluarga Bani Hashim yang aktif di Malaysia malah keturunan itu juga wujud di Singapura dan Indonesia dan sering mengadakan perjumpaan keluarga.

45 comments:

Anonymous said...

Kesultanan Demak dan pembesar Demak(Wali songgo) adalah dua institusi yang berbeza. Sultan Demak bermula dengan Sutan Raden Patah - Sultan Trenggono. Manakala Wali Songgo adalah penyebar agama islam/pembesar yang mendapat tempat di Sultan Demak. Ini tidak bermakna mereka adalah keturunan Raja Demak itu sendiri. Sunan Kalijaga adalah Wali/pembesar yang mendapat tempat dihati Sultan Trenggono.
Semasa lari ke Malaysia dalam satu kumpulan besar mungkin terdapat waris sultan Demak bersama. Ini membolehkan segala alatan kesultanan Demak dibawa bersama oleh Keturunan Embah Sunan untuk menjaga waris tersebut. Sampai di Malaysia menjadi lebih rahsia hingga nama ditukar tanpa nama raden lagi. Dimanakan waris raja Demak tersebut? Boleh membantu tanya pada Embah Sunan Kalijadi yang lebih arif

Anonymous said...

Assalamualaikum...disini sy tidak memberi sebarang komen tetapi ada beberapa persoalan yg ingin sy kemukakn:

1.Benarkah waris anak raja jawa yg melarikan diri pd sekitar awal 1900dikatakn berada di Malaysia?

2.Apakah ciri2 nyata atau ghaib yg ada pd waris tersebut?

3.Benarkah terdapat usaha yg giat dijalankan oleh pelbagai pihak khususnya keraton disana untuk mencari waris ini?

4.Apakah kepentingan waris ini terhadap masyarakat jawa amnya dan negara indonesia itu sendiri khususnya?

5.Siapa yg akan mengesahkan kesahihan individu tersebut,adakah pemangku raja jawa sekarang?

6.Kenapa Sultan Hamengkubuwono digelar pemangku raja jawa?adakah kerana waris yg dicari ini adalah raja jawa yg sebenar?

Terima kasih kerana sudi membaca soalan2 sy...kepada mana2 individu yg dpt dapat membantu menjawab pertanyaan sy,jutaan terima kasih sy ucapkan...

BERSAMA MENCARI KEBENARAN

Email sy:aku_gemok77@yahoo.com

Anonymous said...

assalmualaikum,disini saya ingin memberikan komen dan beberapa soalan....
1)kenapa pencarian raja jawa yg sebenar tak didedahkan secara meluas melalui media dan dicatatkan di dalam sejarah negara indonesia agar pencarian raja jawa ini lebih mudah apatah lagi di zaman moden seperti skrg?
2)apa benar raja jawa ini adalah pemerintah yg dapat memakmurkan rakyat indonesia seperti diramal oleh RONGGOWARSITO sebagai pemerintah indonesia ke-7 iaitu selepas SOEKARNO,SUHARTO,BJ HABIBI,GUS DUR,MEGAWATI & SBY?sekaligus bangkitnya kerajaan majapahit-ii seperti yang diramal oleh RONGGOWARSITO?
3)raja yg melarikan diri ke malaysia itu berasal dari keraton mana?adakah dari keraton DEMAK,JOGJA,SOLO atau CIREBON?
4)Apa kah terdapat bukti2 nyata atau ghaib utk mengesahkan individu yg mengaku mereka keturunan raja jawa yg hilang?


-saya berharap keturunan ini cepat diketemukan dgn izin ALLAH.kepada mereka yg dipilih Allah,jalankan lah amanat ALLAH dengan adil lagi bijaksana...jagalah kebajikan rakyat bukannya utk kepentingan peribadi....
makmurkan negara indonesia dan rakyat yg menderita dibawah zaman pemerintahan presiden.....

SAYA BERHARAP ADA PIHAK SUDI MENJAWAB PERTANYAAN SAYA DI EMAIL :kamil_15@yahoo.com


-LILAKNO DARI KULO TIANG JOWO PENASARAN-

Anonymous said...

assalmualaikum,disini saya ingin memberikan komen dan beberapa soalan....
1)kenapa pencarian raja jawa yg sebenar tak didedahkan secara meluas melalui media dan dicatatkan di dalam sejarah negara indonesia agar pencarian raja jawa ini lebih mudah apatah lagi di zaman moden seperti skrg?
2)apa benar raja jawa ini adalah pemerintah yg dapat memakmurkan rakyat indonesia seperti diramal oleh RONGGOWARSITO sebagai pemerintah indonesia ke-7 iaitu selepas SOEKARNO,SUHARTO,BJ HABIBI,GUS DUR,MEGAWATI & SBY?sekaligus bangkitnya kerajaan majapahit-ii seperti yang diramal oleh RONGGOWARSITO?
3)raja yg melarikan diri ke malaysia itu berasal dari keraton mana?adakah dari keraton DEMAK,JOGJA,SOLO atau CIREBON?
4)Apa kah terdapat bukti2 nyata atau ghaib utk mengesahkan individu yg mengaku mereka keturunan raja jawa yg hilang?


-saya berharap keturunan ini cepat diketemukan dgn izin ALLAH.kepada mereka yg dipilih Allah,jalankan lah amanat ALLAH dengan adil lagi bijaksana...jagalah kebajikan rakyat bukannya utk kepentingan peribadi....
makmurkan negara indonesia dan rakyat yg menderita dibawah zaman pemerintahan presiden.....

SAYA BERHARAP ADA PIHAK SUDI MENJAWAB PERTANYAAN SAYA DI EMAIL :kamil_15@yahoo.com


-LILAKNO DARI KULO TIANG JOWO PENASARAN-

Anonymous said...

Menarik nyer kes ni......

Anonymous said...

Menarik nyer kes ni......

Anonymous said...

siapa dia puteri saadong? adakah beliau daripada keturunan raja jawa yang melarikan diri ke tanah melayu ekoran peperangan dengan belanda yang di bawa bersama abangnya .... oleh raja loyor ke kelantan dan dijadikan anak angkat kepada cik siti wan kembang.

Anonymous said...

Pada pendapat anda bagaimana rupa paras keturunan anak raja jawa yang dicari itu untuk ditabal menjadi raja jawa?

Anonymous said...

Salam,

Mengapa tidak keluarga ini pergi ke Demak dan pergi berbincang dengan waris yg tinggal disana?

Anonymous said...

Semua ini masih samar-samar lagi.kalo benar masih ada serpihan kerabat diraja jawa yang tinggal dimalaysia dan hidup seperti rakyat biasa,sebagai rakyat dan manusia saya rasa keluarga ini perlu dicari kerana sedikit sebanyak dapat menjernihkan keadaan kusut indonesia-malaysia

Anonymous said...

sesungguhnya sy percaya pencarian raja jawa ini bkn sesuatu yg mudah kerana ia melibatkn bnyk pihak dan akan timbul pelbagai isu...

biarlah Allah yg menentukn...

Anonymous said...

wahhhh....ada keluarga kat sini warisan kerabat diraja jawa ke???glamurnyer cite nih

idung kembang said...

aku tau..dia bukanlah waris betui2 tp jauh tu.. citernya jauh dari yg asal..mmg ada waris asal.that all

Hidup Malaysia..

NUSA ANTARA TIGA said...

Assalamualaikum, pemangku raja Jawa ni mungkin sapa sapa yang menyimpan keris naga sasra dan sabuk inten yang asli..agaknya lah

Keris tu kalau nak tau asli ke tidak apa ke tandanya. Pasal dah banyak tiruan di pasaran. Ada yg murah ada yang mahal.

Raja Jawa silap haribulan jadi pemuda bani tamim loh. Marah orang Arqam..Rufaqa..G.Ikhwan.

Anonymous said...

aku sokong nusa antara tiga...aku pun rasa sapa raja jawa asli dia pegang keris naga sasra dan sabuk inten..
nak tau asli ke tak sah2 dia punya keris tak nmpk secara nyata n org ghaib yang jaga..yang nmpk n dijual tu semua palsu la aku rasa...

Anonymous said...

menarik ar cite2 kat sini...tp nape raja menangis tak komen pe2 pun....takat copy paste je artikel2 yang ada..huhuhuhuhuhuhuh

Anonymous said...

assalamualikum.
bissmillahirahmanirahim.
'Dekat serata saraf jauh selagi ada nyawa' telah di beritakan pada tahun 2004,tsunami dan banjir besar johor .raja jumaat tempat uri,wilayah tempat berselindung,batang kali tempat bersemayam.tanah merah tempat mangkat,kota tinggi tempat mandi.kuala kubu nak amik lesen keta dan moto dulu.hilangkah bisa menyusuri akar?wasil akan balik asal jua.

wassalam.

tgh ting tong nih.

Anonymous said...

pe kes komen menda atas ni ..tin tong sungguh

Anonymous said...

biasanya waris yang kuat adalah yang sulong..... betul ker yg gambo kat atas tu waris yang sulong.....

minah bugis...

Anonymous said...

saya setuju!!! apa buktinya? minggu lepas keturunan kali jaga yg ke lima dah meningal saya yg ketujuh kalau betul kenapa muka mereka tak macam moyang saya sebenarnya jgn cari ke mashuran yg sudah tu sudah beserah je pada allah harta pusaka bukan keris atau apa hanya menjalankan jalan syahadah dan gerak kilat maaf kan saya sekali lagi

Anonymous said...

hi every person,

I identified rm-kisahistana.blogspot.com after previous months and I'm very excited much to commence participating. I are basically lurking for the last month but figured I would be joining and sign up.

I am from Spain so please forgave my speaking english[url=http://allearnnewthings.info/bookmarks].[/url][url=http://trendytopicsnd.info/forum].[/url][url=http://lelearnnewthings.info/].[/url]

Anonymous said...

Assalamualikum wbt. menarik cerita anak raja jawa yang menghilangkan diri membawa diri ke tanah Melayu ni. Pelariannya kita sendiri tidak tahu, apakah lari dari penjajah belanda atau masalah keluarga yang ketika itu kalut sangat sehingga anak raja jawa itu membuang diri dan menukar namanya kepad satu nama lain yang orang sendiri tidak tahu siapa dia sebenarnya ketika berada di tanah Melayu. Saya yakin anak raja itu sudah mangkat sekitar tahun 1939. Yang tinggal anak-anak dan cucunya yang tidak tahu mereka adlah keturunan raja demak kerana tidak diceritakan secara lengkap siapa datuk mereka sebenarnya. Cuma mereka diwatsiatkan jika dia mati, makamnya hendaklah dibina seperti MAKAM seorang raja. Lain=lain tu ada lagi, tapi biarlah rahsia ini akan tebongkar bila sampai masnya n anti. Soalanya jika ini terbongkar apakah pewaris ini akan mendapat haknya di Demak?
Nanti saya akan tuliskan lagi satu demi satu siapa saya dan hubungannya dengan kesultanan Demak.

Anonymous said...

salam, sebenarnya banyak persoalan perlu dijawab tentang waris kesultanan demak yang hilang itu. Saya percaya waris raja itu ada bukti-bukti nyata mahupun yang ghaib. kalau tak salah saya di dalam Masjid Agung Demak itu mungkin ada salasilah tentang anak raja yang hilang itu. Sejarah kesultanan demak agak susah hendak diceritakan kerana ada perkara yang masih perlu dirahsiakan. Satu persoalan yang saya sangat2 nak tahu. Istana Demak tu ada lagi ke? kerana berdasarkan pengetahuan saya istana demak itu duduk bersebelahan masjid agung demak aje, dan dalam pensejarahan kesultanan demak wali-walisongo memang terlibat dengan pembinaan masjid agung demak itu. Apa-apa pun tunggu sajalah semoga persoalan ini akan terjawab dengan izin Allah swt.

Anonymous said...

salam,sy mencari sesiapa berdarah Ningrat atau Kesultanan Demak.yang benar2 'kenal diri'nya shj,bkn was2..emel ke aepol@rocketmail.com

Anonymous said...

salam,sy mencari sesiapa berdarah Ningrat atau Kesultanan Demak.yang benar2 'kenal diri'nya shj,bkn was2..emel ke aepol@rocketmail.com

Anonymous said...

bg saya pengakuan diklang itu bukan pewaris sebenar tetapi 50 pembesar raja yang keluar untuk mencari raja yang hilang

Anonymous said...

saya bersetuju dengan seorang pengirim yang mengatakan pewaris kerajaan demak meninggal pada 1939 ketika pewaris berikutnya berusia 13 tahun.makamnya turut diketahui dimana cuma tidak didedahkan.tentang istana demak,ia memang berada dihadapan masjid agung demak tetapi telah dighaibkan atas sebab2 keselamatan.......................insyalla kebenaran akan kembali menyinar

Anonymous said...

ayuhh bangkit ketrunan raja demak

Anonymous said...

sunan kalijaga tu pemsebasr je..kira mcm menteri aje..

Anonymous said...

Betul ke sunan kalijaga tu pembesar je apa bukitinya.....?.

Anonymous said...

Siapa sebenarnya pemerintah kerajaan Demak pada waktu itu cuba buktikan.......

Anonymous said...

siapa le dan dimana le waris kerajaan demak tu sekarang ya...

Anonymous said...

saya dikhabarkan kami berketurunan Raja Jawa, namun dari keturunan yang mana saya tidak pasti. Diceritakan dari moyang saya kepada arwah opah, dan juga makcik-makcik saya (yang terpilih berkebolehan mempunyai RASA sahaja), adapun moyang saya (3 beradik) telah lari ketanah melayu bersama arwah bapanya (hanya berdua) ketika berlaku kekecohan/peperangan ditanah jawa sekitar tahun 1800 - 1900. sesampai sahaja mereka berdua telah menukar nama daripada Raden kepada nama seperti penduduk tanah melayu (nama asal dirahsiakan - hanya beberapa waris keluarga sahaja yang tahu, termasuklah saya).
kami telah diwariskan dengan beberapa perkara yang wajib dilakukan bagi mengekalkan kami berketurunan Raja Jawa dan ada diantara waris keturunan kami yang "berkebolehan". pada mulanya saya mempercayai dan hanya menganggapnya sebagai cerita-cerita orang tua, namun setelah mengalami sendiri beberapa perkara ketika kakak sulung saya ingin mendirikan rumahtangga pada tahun 2008, saya akui yang kami memang dari keturunan Raja Jawa.
Untuk mencari susurgalur keturunan agak susah kerana arwah moyang terlalu berahsia (seperti yg dikehendakkan oleh ayahnya) dan tiada fakta atau bukti nyata.. jadi saya berpendapat cuma kekalkan tradisi/kepercayaan sahaja.

ingin berkongsi maklumat: email nfs7979@gmail.com

Anak_melor said...

Puteri saadong bukan dari keturunan jawa tapi dari keturunan melayu asal pantai timur. Maaf. ditegaskan sekali lagi, Bukan dari tanah jawa. Beliau berketurunan jembal. Dan keturunan beliau sampai ke hari ini ramai di kelantan dan patani. Ramai yang memakai gelaran raja, tengku, nik, wan, tuan dan che. Malah ada pertubuhan yang sah iaitu Pertubuhan Kerabat diRaja Jembal dan diiktiraf oleh pihak istana Kelantan.
Puteri saadong tidak pernah berperang dengan belanda(mana anda dapat info tahyol ni?)

Anonymous said...

Assalamualaikum.Saya dan saudara mara saya menetap di Klang. Saya di pahamkan oleh mak saya yang saya ni keturunan Raja Jawa. Arwah moyang perempuan saya dulu keturunan bangsawan, melarikan diri dari Indonesia ke Semenanjung dengan moyang lelaki saya kerana merajuk. Perebutan kuasa katanya. Dulu masa saya kecil, ramai orang selalu datang ke rumah moyang saya dengan tujuan mengurut. Mujarab! Hehe. Tapi sayang,moyang saya hanya berceritakan semua ini ketika umurnya sudah mencecah 100 lebih tahun. Dulu masa di indonesia,makan pon pinggan pakai pinggan emas. Tapi sebelum moyang meninggal,ade keturunan dari jawa datang jumpa. Katenye die mencari2 dari dulu. Siap tunjuk gambar salasilah la ape lah. Tapi dah putus komunikasi. Dan yang tahu hanya moyang dan mak saya je. Mase mak saya remaja dulu pon ade orang ghaib jumpa dia. Kata dia keturunan raja semua dan mengajar cara tata tertib org d raja. Tapi dia xcerita pada siapa siapa sebab dia kate mane ade orang nak percaya semua ini. Saya pon tidak pasti kesahihannya. Saya perlukan kepastian dan mencari cari kalau kalau ade saudara saudara kami di luar sana..

Anonymous said...

knp waris ini di cari dan apa tujuan nya.. krn waris sebenar pasti tahu ada 2 wasiat yg sangat penting..kalau benar2 waris pasti dia akan tahu..dan sapa pun waris yg ada skg bagi pendapat sy biarlah allah sndiri yg membuka nya bila tiba masanya nanti..krn itu kuasa nya sapa yg dia akan pilih..mmg benar tampok itu ada di tanah serpihan dari tanah samudera.. rasullullah ada tinggalkan pesan di akhir zaman akan ada dari titisan darahku di satu kepulauan yg kecil yg akan menaikkan martabat islam dan panji2 hitam.. dan pulau kecil itu juga akan mentadbir satu dunia..wallahualam..

Aly Armani said...

Masa kecik2 dulu mak aku kata, dulu nenek aku pernah cerita yg keluarga aku ada kena mengena dgn raja jawa yg lari. Tapi bila aku dah besar, aku try nak ungkap sejarah tu, mak aku kata tak payah. Cerita tergantung... Nak cakap pun tak berani, takut malu nanti.

Aly Armani said...

Dulu masa kecik2 pun, aku pernah dgr yg aku ada darah raja jawa ni. Tapi cerita ni tak pastilah sahih atau tidak. Kalau betul pun macamana nak buktikan?

Aly Armani said...

Lagipun buat apa kejar tahta. Hidup orang biasa lagi selesa. Hahaa..

Eila Nasir said...

Salam.. arwah ayah suami, pernah ckp dia keturunan , Raden Kormo Wijoyo.. tp maaf ya x brpa tahu.. sb ayah nya sudah tiada lg.. jd pekara aneh pernah berlaku.. jd siapa2 y mahu tahu kisah nya. Bole email sy faster5718@gmail.com

Anonymous said...

aslmkom..saya shamsul baharin bin elias adalah dari keturunan raja solo asal johor.. keturanan saya juga bercampur dgn keturunan megat sri rama(sultan mahmood mangkat dijulang.. saya telah mndapat berita ghaib saya ini pewaris raja dari keturunan raja solo...dan juga pembebas sgla sumpahan...wallahualam bswb..

Anonymous said...

0173315715 no tepon saya...

Anonymous said...

saya shamsul baharin bin elias no tepon 017 331 5715 boleh dhubungi...boleh berjumpa...boleh di scan(melihat mlalui makhrifat..boleh diuji...utk mncari kebenaran asalkn tk mnyalahi hukum allah hukum dunia...

Anonymous said...

Assalamulaikum..pk cik sy ada brkta bhwa keluarga sy d keturunan diraja iaitu arwah atok sy p sy xthu kenyataan itu benar or x cz arwah atok sy x pnh bgithu psl keluarga cme pe yg sy thu dri crta ibu sy..asl arwah atok sy adlh dri indonesia..dy dtg ke malaysia n menetap ke malaysia..skrg sy ingin mencari salasilah keturunan keluarga arwah atok sy yg brda di indonesia..arwah atok sy brnama liwon bin keromowiro/udasantika..if sesiapa blh bantu sy reply chat sy..bantuan anda amat dihargai..sekian terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum.sy dapat tahu moyang sebelah ibu sebelah bapa ada keturunan wali songo..sy sendiri pernah didatangi seorang lelaki berserban sejak sy di sekolah lagi yang mengajar sy pelbagai ayat.
.lelaki berjubah memberitahu asal usul keturunan saya...sy terperanjat bila wajah lelaki tua itu mirip kepada sunan giri setelah saya melihat kesemua gambar sunan yg terdapat dirumah bapa saudara saya (yg sy lihat secara kebetulan)sy juga sering didatangi mimpi pelik dan kadang dapat alamat untuk apa yang akan berlaku akan dtng dan dpt melihat jika org terdekat mendpt gangguan contoh terkena buatan atai di sihir.

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez