Saturday, July 4, 2009

Sultan - keistimewaan Melayu disokong



Titah Sultan Perak mengenai keistimewaan Melayu disokong

12/06/2009

Tindakan mana-mana pihak yang mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu adalah perbuatan melampau yang tidak sepatutnya timbul selepas sekian lama negara mencapai kemerdekaan dan dinaungi Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, kata Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar.

Beliau berkata kedua-dua perlembagaan berkenaan mempunyai peruntukan yang jelas mengenai kedudukan orang Melayu dan Bumiputera.

“Mana boleh mana-mana pihak mempertikaikan kepentingan Melayu dan Bumiputera kerana perkara itu telah termaktub dalam perlembagaan, malah ia merupakan perkara asas dalam perlembagaan kita,” katanya ketika diminta mengulas titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah semalam bahawa sebarang gerakan mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera bukan sahaja melanggar peruntukan asas Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Hamdi berkata perlembagaan telah dibentuk hasil rundingan semua kaum ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan dan diputuskan secara bersama sebagai menghormati hak Melayu dan bumiputera.

(C) Bernama

1 comment:

Cahaya Kecil said...

Bandar Taiping terkenal dengan namanya sebagai Bandar Warisan manakala Kuala Kangsar pula diberi gelaran Bandar DiRaja dan kedua-duanya merupakan sebahagian daripada daerah bagi negeri Perak. Mengapakah Kuala Kangsar digelar sedemikian?

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez