
Raja Kassim (Sultan Melaka ke-4) menaiki takhta pada tahun 1446 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Shah" (1446-1458). Baginda mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu. Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat serangan pertama (semuanya tiga kali dan tewas) ke atas Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewaskan tidak jauh dari Muar. Kami percaya banyak khazanah kesan pertempuran (paling akhir ketika Sultan Mahmud Shah & Raja Ahmad Shah memerangi Portugis) terdapat di dalam Sg.Muar tetapi tiada sesiapa yg pernah 'menggali' ke dasarnya.
No comments:
Post a Comment