Wednesday, January 21, 2009

Raja Noorjan Terima Anugerah DK

Gombak - Lelaki yang pernah mendakwa dirinya sebagai waris Kesultanan Melayu Melaka dengan membawa gelaran Sultan Ahmad Shah, Raja Noorjan Shah Tuah dianugerahkan Darjah Kerabat (DK) di Kota Solo Surakarta, Indonesia. Pengurniaan DK itu telah dianugerahkan oleh Kesultanan Paku Buwono XIII, Surakarta Hadiningrat yang merupakan kerajaan awal di mana sebelum ini bernama Majapahit.

Raja Noorjan berkata, itu merupakan penganugerahan pertama yang diterimanya dari luar negara dari kerajaan Majapahit sesuai dengan warisan keturunan Sultan Melaka yang juga berasal daripada kerabat diraja Majapahit dan Temasek iaitu Raja Parameswara Iskandar Shah. Menurutnya, penganugerahan itu membuktikan bahawa 'Sultan Melaka' setaraf dengan raja-raja Melayu yang lain dan gelaran yang diterima itu bukan perkara yang kecil dan dianggap remeh.

Katanya, penganugerahan itu juga tidak sewenang-wenangnya diberikan kepada dirinya dan pihak berkenaan telah membuat kajian terlebih dahulu mengenai Kesultanan Melaka sebelum mengurniakan gelaran itu. "Ini pertama kali saya diberi penghargaan sedemikian dan penganugerahan uang diberikan adalah dari luar negara sekaligus membuktikan bahawa Sultan Melaka benar-benar wujud," katanya.

Raja Noorjan berkata, beliau mendahului penganugerahan itu daripada tujuh rakyat negara ini yang turut menerima anugerah bintang Setia Mangku (SM) Paku Buwono yang ke-12. Antara yang menerima penganugerahan bintang SM termasuk Datuk Paduka Zainal Muhammad, Datuk Abdul Latif Daud, Datuk Zainon, Datuk Yusof, Datuk Muhammad Amin, Datuk Faat Isral dan Datuk Nordin Hussin.

Katanya, beliau berkeyakinan penuh bahawa tuntutannya untuk menjadi Sultan Melaka ke-44 akan menjadi kenyataan meskipun berhadapan dengan perundangan yang getir. "Saya tuntut takhta kerana ada bukti dan bukannya dibuat-buat serta akan terus menuntut walaupun sehingga akhir zaman," katanya.

Menurutnya, beliau akan pulang ke Melaka tidak lama lagi dan mencari penempatan yang sesuai untuk dijadikan istana hinggap dan galeri bagi mempamerkan alat-alat kebesaran diraja termasuk keris taming sari, mahkota dan keris terpanjang di dunia kepada umum. Beliau turut akan mencari sebuah tapak kemungkinan besar banglo lama bagi merealisasikan impiannya untuk mewujudkan galeri bagi tatapan orang ramai.

"Saya akan pulang ke Melaka dan sekarang dalam proses mencari banglo lama untuk dijadikan istana hinggap dan galeri," katanya. Dalam masa yang sama beliau turut melahirkan rasa kesal kerana sehingga sekarang tidak ada pihak termasuk pengkaji-pengkaji sejarah yang tampil untuk mencari sejarah Sultan Melaka. "Sedangkan bukti dan kebenaran telah ada, namun sehingga kini belum ada yang tampil untuk mengkaji sejarah ini," katanya.

Oleh Nor Farhana Yaacob
Akhbar Sinar 20 Jan 09

3 comments:

rakyat kelantan said...

daulat tuanku!!!

rakyat kelantan said...

sirih akan pulang kegangang...keris akan pulang kesarungnya...tuanku pasti akan menaiki tahtha melaka bila tiba saatnya nnt...daulat tuanku...

Anonymous said...

wei bahalol....parameswara bkn berasal dari kesultanan majapahit...la banggang....parameswara dari kesultanan srivijaya la.....buta sejarah....mangkok tingkat...orang bodoh ja percaya semua nie...

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez