Friday, May 22, 2009

ADAT ISTIADAT MENYATUKAN KOMUNITI DAN BANGSA

Sesebuah bangsa yang mempunyai adat istiadat (ceremonial customs) adalah bangsa bertamadun. Ia adalah mekanisme yang menyatukan komuniti dan bangsa, kata Direktor Kementerian Penerangan kelmarin. Dr Hj Muhammad Hadi Muhammad Melayong menyatakan bahawa inilah kali pertama diadakan workshop adat istiadat yang menyaksikan 90 orang pegawai perhubungan awam, pegawai perhubungan media, media tempatan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Penerangan.

Adat istiadat adalah asas kebangsaan, melalui amalan yang berterusan dan sebagai bentuk warisan yang mencerminkan identiti bangsa, kata beliau. Itu adalah sebahagian daripada inisiatif jabatan untuk menjelaskan lagi kepada umum berkenaan budaya dan adat di dalam negara, termasuk juga dari segi sejarah.

Agensi yang bertanggungjawab menjelaskan dan ‘mengajar’ rakyat Brunei tentang adat istiadat menganjurkan itu bertepatan dengan perisytiharan 31 Mac sebagai Hari Adat Istiadat oleh HRH Sultan Brunei.

Kelmarin, para peserta diberikan taklimat tentang kedudukan (tempat duduk) di dalam majlis adat istiadat rasmi oleh Razali Hj Badar, pegawai protokol di Jabatan Adat Istiadat Kebangsaan. Tempat duduk atau “protokol” berdasarkan darjat tetamu, yang berpandukan keturunan, status atau pangkat seseorang individu. “Susunan tempat duduk yang ada sekarang berdasarkan adat istiadat Brunei yang diamalkan sejak bertahun yang lalu.”

Pg Seri Wijaya Pg Hj Ahmad Pg Mohd Yusof, pembantu (senior) ketua adat istiadat, juga menyampaikan kertas kerjanya yang memfokuskan tentang beberapa prinsip adat istiadat Brunei dan perbezaan di antara belia masakini dengan belia pada zaman beliau.

Kertas kerja Ketua Asisten Adat Istiadat Pg Dr Hidop Pg Hj Samsuddin bertajuk Terasul, Bahasa Pengganti Diri dan Kepentingan Bahasa Dalam, manakala Pg Seri Wijaya Pg Hj Ahmad akan berbicara tentang aspek formal di majlis adat istiadat. Peserta juga akan didedahkan kepada sejarah dengan lawatan ke Lapau dan Royal Regalia.

The Brunei Times

Konsep Melayu Islam Beraja

Konsep Melayu Islam Beraja (MIB) yang telah diterapkan di dalam budaya dan tradisi Brunei, telah membentuk cara hidup yang diamalkan di dalam negara ini sejak lama dulu dan terbukti sangat efektif dalam menentukan hala tuju negara dan asas kukuh dalam menentukan kebajikan, keamanan dan kesejahteraan bangsa.

Hal ini dinyatakan oleh HRH Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Hj Sufri Bolkiah di forum khas MIB kelmarin. “Konsep ini, sehingga ke hari ini, telah kekal walaupun melalui perubahan masa dan keadaan yang membawa pelbagai cabaran termasuklah perubahan cuaca, persekitaran sosio-politik dan ekonomi dunia,” kata baginda.

Baginda menitahkan bahawa forum berkenaan adalah usaha berterusan untuk meningkatkan dan melindungi status institusi beraja di negara ini dan merangsang diskusi serta pemikiran yang lebih mendalam dalam soal kecemerlangan konsep tersebut berdasarkan konsep yang diperturunkan oleh Allah (SWT).

Menurut baginda, sejak suku abad yang lalu rakyat Brunei bertambah percaya dan yakin terhadap institusi beraja yang telah lama wujud berpandukan ajaran Islam dan adat-istiadat Melayu Brunei. Beberapa ahli panel dari kementerian dan institusi pengajian tinggi memberikan maklumbalas dan informasi berkaitan aktiviti yang sedang dijalankan, projek dan program untuk mempromosi, melindungi dan mengutuhkan konsep tersebut di negara ini.

Ahli panel itu termasuklah setiausaha tetap Pejabat Perdana Menteri, Sa Bali Abas; setiausaha tetap Kementerian Pelajaran, Hj Daud Hj Mahmud; setiausaha tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Hj Jemat Ampal; setiausaha tetap Kementerian Dalam Negeri, Dato Paduka Serbini Hj Ali; naib-canselor Universiti Brunei Darussalam, Dr Hj Zulkarnain Hj Hanafi; rektor Sultan Sharif Ali Islamic University (Unissa), Dr Hj Mohd Yusop Hj Damit; dan ra'es Seri Begawan Religious Teachers University College (KUPU SB), Dr Hjh Masnon Hj Ibrahim.

Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Hj Hazair Hj Abdullah, salah seorang panel menekankan bahawa pentadbiran terbaik di sektor awam adalah perlu bagi memastikan kesinambungan konsep dan memperkukuhkan nilai MIB. Beliau menyatakan kepentingan dan kaedah efektif serta keseragaman semua kementerian demi memastikan dan melindungi falsafah MIB dan nilai jatidiri di kalangan kakitangan awam dan negara amnya.

Bertepatan dengan Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan, forum khas telah dianjurkan buat kali kedua oleh mereka yang telah dikurniakan gelaran, dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi, Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Hj Abu Bakar Hj Apong. Panel terdiri daripada Professor Madya Dr Hj Hashim Hj Abd Hamid, Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Hj Yahya Hj Ibrahim, Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr Ustaz Hj Md Zain Hj Serudin dan Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Paduka Hj Hazair Hj Abdullah.

Hadir sama ialah HRH Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam diiringi HRH Prince Hj Al-Muhtadee Billah, Putera Mahkota dan Senior Minister di Pejabat Perdana Menteri; HRH Prince Mohamed Bolkiah, Menteri Luar Negara dan Perdagangan; HRH Prince 'Abdul 'Azim dan His Royal Highness Prince 'Abdul Malik. Turut hadir, Pehin Pehin Cheterias, menteri kabinet, diplomat, pegawai kerajaan (senior), direktor dan ketua jabatan kementerian dan jabatan kerajaan.

Fitri Shahminan (The Brunei Times)
Rabu, Mei 20, 2009

RAJA MENANGIS MENDOAKAN TUANKU SULTAN KELANTAN

Sultan Kelantan dimasukkan hospital

KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, dekat sini, hari ini kerana dipercayai serangan lelah. Baginda yang berumur 59 tahun dimasukkan ke HUSM kira-kira jam 3 petang.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menziarahi baginda di HUSM jam 4 petang dengan ditemani beberapa Exco negeri. Ketika ditemui pemberita di HUSM selepas itu, Nik Abdul Aziz berkata, Sultan berada dalam keadaan stabil.
"Saya minta rakyat Kelantan mendoakan kesihatan baginda semoga baginda cepat sembuh," katanya.

Sehingga kini Istana Kelantan belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai punca sakit baginda. Timbalan Pengarah Kanan Klinikal HUSM, Dr Rosdi Abdul Rahman berkata keadaan Sultan kembali stabil tetapi enggan mendedahkan punca penyakit baginda.
Menurut sumber Istana, Sultan Kelantan diserang penyakit lelah dan terjatuh sebelum dimasukkan ke hospital. - Bernama
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez