Sunday, October 2, 2011

SEBAK SEORANG RAJA

Awang sangat setuju dengan pandangan baginda bahawa kemusnahan ummah kini akibat pencerobohan baru, berbeza ketika zaman lampau angkara pencerobohan Alfonso di Albuquerque, Stamford Raffles, Francis Light mahupun Yamashita.

Pencerobohan baru meliputi perlanggaran kalimah suci Allah sehinggalah kepada manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara.

Teks ucapan Raja Nazrin pada kongres tersebut perlu dijadikan simpanan untuk bacaan dan rujukan setiap orang Islam. Pada Awang, ia adalah dokumen ilmiah terbaik berhubung cabaran sebenar umat Islam ketika ini yang disampaikan dalam bahasa mudah. Renungkan dan kajilah sedalam-dalamnya hujah-hujah baginda sambil kita semua memeriksa diri.

Awang menjunjung kasih ke atas Tuanku Mizan, raja-raja Melayu, begitu juga Raja Nazrin kerana komitmen kental untuk terus mempertahankan asas kenegaraan dan perlembagaan.

Lebih-lebih lagi ketika negara kini berdepan dengan pelbagai asakan dalaman sama ada secara terbuka mahupun halus. Segala-galanya mahu diubah kononnya atas nama demokrasi, keterbukaan, liberalisme dan pluralisme.

Persoalannya apakah yang perlu dilakukan selepas ini? Realiti cabaran yang dihadapi oleh umat Islam bukan di dalam dewan besar, moden dan serba dingin tetapi di luar sana - seluruh pelosok tanah air. Cabaran umat Islam begitu kritikal. Ekonomi orang Islam yang merupakan golongan majoriti masih terkebelakang, kemiskinan terus menghantui, perpecahan menjadi-jadi dan kuasa politik di hujung tanduk. Maka kongres itu menuntut lebih banyak gerakan susulan untuk mencetuskan gelombang kesedaran baru.

Kekuatan dan perpaduan umat Islam akan melimpahkan faedah besar buat kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. Kedaulatan Islam adalah center of gravity dalam konteks keselamatan nasional.

Pada akhir titah, Raja Nazrin sebak selepas menitipkan doa. Awang turut terharu sambil mengenangkan kian banyak pencerobohan baru, serta apa kesudahan nasib umat Islam di tanah air ini nanti.

sumber : utusan.com.my
baca lagi di sini

Monday, September 12, 2011

KUASA NEGERI TERHADAP ISLAM

Hubungan antara persekutuan dan negeri dalam Malaysia dinyatakan secara khusus dalam Bahagian VI Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Parlimen mempunyai kuasa menggubal undang-undang dalam perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan iaitu Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Manakala DUN pula mempunyai kuasa menggubal undang-undang dalam perkara yang dinyatakan dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Dalam hal yang demikian kuasa kedua-dua badan itu digariskan. Mereka seharusnya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Namun penulis tidak berhasrat membincangkan isu Perlembagaan ini. Cukup sekadar menyatakan bahawa antara perkara yang wujud dalam Senarai Negeri adalah hal ehwal berkaitan dengan agama Islam bagi negeri-negeri selain Wilayah Persekutuan.

Fokus penulisan pada kali ini adalah tentang kuasa perundangan Islam di dalam konteks Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Perlembagaan Persekutuan hal ehwal Islam diletakkan di bawah bidang kuasa negeri. Hal yang demikian dapatlah difahami kerana Sultan adalah Ketua Agama bagi negerinya. Keharmonian ini ditambah lagi apabila setiap Sultan atau Raja yang menaiki takhta Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya, baginda perlulah bersumpah akan memelihara Islam pada setiap masa sebagaimana yang tersurat dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

Kedudukan istimewa Islam ini bukan hanya tradisi yang berlaku selepas negara mencapai kemerdekaan. Malah, sejak kedatangan Islam ke nusantara. Undang-undang adat juga membuat penyesuaian dalam suasana dan persekitaran Islam secara berperingkat.

Adat Melayu dan aturan Islam begitu bertaut dalam landskap pemerintahan Raja Melayu seperti pepatah Melayu yang menyatakan 'adat bersendikan syarak, syarak bersendikan kitab Allah, syarak mengata adat memakai, cermin yang tidak kabur, pelita yang tidak padam'.

Malah sejak sebelum penjajahan lagi, Islam memainkan peranan utama dalam masyarakat Melayu Nusantara. Tatkala penjajah datang kedudukan agama Islam, terutama dalam undang-undang keluarga Islam tidak diusik penjajah.

Undang-Undang 99 Perak umpamanya mengusir orang yang tidak berpandukan al-Quran dan sunnah ke dalam hutan. Pemimpin yang tidak mempercayai al-Quran dan sunnah juga tidak layak menerajui kepemimpinan negeri.

Raja Melayu pula mempunyai kuasa yang besar dalam hal ehwal Islam. Kuasa Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam ketika penjajahan juga tidak disentuh.

Dari sudut hukum syarak pula Raja-Raja berperanan besar dalam menegakkan syariat Islam. Umpamanya, Ibn Naqib al Misri di dalam bukunya Al umdat wa al salik menyatakan fungsi Raja adalah menjaga hal ehwal umat Islam:

l Memastikan kedaulatan agama Islam terpelihara

l Memastikan syariat Allah ditegakkan

l Memastikan umat Islam belajar hukum hakam agama

l Mengembangkan syiar Islam melalui dakwah dan penaklukan

l Mempertahankan negara Islam daripada pencerobohan kuasa kuffar

l Memudahkan dan memberi khidmat kepada jemaah haji

l Mengimami solat Jumaat secara sendiri atau wakil dan

l Menjadi wali hakim.

Berbalik kepada hal ehwal Islam yang terletak dalam bidang kuasa negeri, sudah tentulah perkara yang sedikit ini menjadi autonomi kepada negeri dalam menegakkan syiar Islam selain di Wilayah Persekutuan.

Ini termasuk penubuhan majlis agama negeri, mufti, mahkamah syariah dan jabatan agama. Hal ehwal Islam sebagai perkara negeri ini bukanlah hanya berbentuk dekorasi sahaja. Ia mempunyai kesan perundangan dan implikasi yang besar terhadap hubungan antara Persekutuan dan negeri.

Apatah lagi undang-undang Islam mempunyai falsafah atau jurisprudennya tersendiri yang kadangkala tidak difahami orang yang tidak mendalami undang-undang Islam.

Dalam erti kata lain Kerajaan Persekutuan tidak boleh mencampuri urusan agama Islam kerana ia adalah urusan negeri yang diketuai Ketua Agama melainkan mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.

Tidaklah keterlaluan jika dikatakan negeri mempunyai kuasa penuh di dalam hal ehwal Islam. Begitu juga sebaliknya kerajaan negeri tidak boleh mencampuri urusan Persekutuan seperti imigresen, pertahanan dan ketenteraman awam.

Oleh yang demikian kedua-dua badan perundangan, eksekutif di peringkat Persekutuan dan negeri perlulah menghormati kedudukan ini dan tidak melewati sempadan yang diperuntukkan itu. Mencampuri urusan badan yang lain hanya akan menggugat konsep federalisme ini.

Kesannya, kedua-dua badan perundangan ini akan hilang identitinya dan bertindak di luar batasan yang diberikan. Ketidakharmonian ini akan menyebabkan perjalanan urusan negara menjadi tergendala.

www.utusan.com.my

Monday, August 1, 2011

JADILAH PAHLAWAN

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Tuanku Mizan juga meminta rakyat tanpa mengira keturunan dan agama bersatu dan bersama-sama memberi penghargaan, sokongan dan bantuan sewajarnya kepada wira negara serta waris mereka.

“Beta bersyukur kerana kerajaan tidak pernah melupakan pengorbanan dan kesetiaan pahlawan. Sebagai mengiktiraf jasa dan pengorbanan pahlawan negara, pelbagai penghargaan dan pingat kebesaran serta keberanian dianugerah kepada mereka,” titah baginda.
Yang di-Pertuan Agong juga berharap wira dan pahlawan yang masih menjalankan tugas meneruskan khidmat bakti murni kerana harapan masyarakat terhadap mereka amat tinggi.

"Sebagai perisai dan pedang negara, tunaikan amanah dan tanggungjawab terbaik, sesuai dengan semangat sumpah ikrar saudara dan saudari sekalian.

“Beta juga berharap anggota keselamatan dapat meneruskan perjuangan memelihara keamanan dunia yang menjadi prasyarat utama kepada kestabilan dan kemakmuran negara. Malaysia sebagai negara Islam unik dengan sifatnya berbilang kaum, mampu memainkan peranan sebagai pemangkin keamanan dunia," katanya.

Sambutan Hari Pahlawan disambut pada 31 Julai setiap tahun dan istiadat bermula dengan pemeriksaan barisan kawalan kehormat membabitkan anggota semua cabang pasukan keselamatan serta bekas anggota oleh Tuanku Mizan selaku Ketua Turus pasukan keselamatan negara. Acara diteruskan dengan deklamasi sajak, persembahan pantomin oleh 200 anggota polis, koir dan Paluan Fajar.

www.bharian.com.my

Wednesday, July 27, 2011

Hak Raja Berperlembagaan

Sembilan Raja Melayu bersemayam di takhta pemerintahan di sembilan negeri berdaulat sebelum terbinanya sebuah Persekutuan. Persekutuan Tanah Melayu, adalah gabungan sembilan negeri berdaulat dengan dua Negeri Selat, dilahirkan setelah mendapat perkenan sembilan Raja Melayu, diperluaskan kemudiannya dengan penyertaan Sabah dan Sarawak untuk membentuk negara Malaysia.

Perpaduan dimulakan dari puncak takhta pemerintahan, di antara Raja dengan pembesar negeri, di antara pembesar negeri sesama pembesar negeri, di antara rakyat sesama rakyat dan yang lebih utama di antara Raja dengan rakyat. Terungkap kata-kata kesetiaan, 'Bahawa Raja dan rakyat berpisah tiada'. Betapa pentingnya ikatan Raja dan rakyat itu terkandung dalam titah amanat Sultan Alauddin kepada anakanda Baginda,

Islam, adat dan muafakat merupakan serapah sakti dalam menggariskan tatanegara sosial dan sivil hingga berjaya mendaulatkan pemerintahan Raja Melayu serta berperanan sebagai perekat sosial terselindung, berupaya menyatupadukan warga; dan betapa dalam budaya Kerajaan Kesultanan Melayu, tiga elemen utama tersebut berjaya disepadukan, berperanan sebagai instrumen berkesan, membendung sebarang kemungkinan yang boleh mencetuskan persengketaan.

Memupuk perpaduan adalah impian besar, adalah hasrat besar - adalah tugas besar. Impian, hasrat dan tugas besar tidak mungkin dicapai melalui formula yang terlalu simplistic. Ia tidak dapat dicapai melalui sambutan berunsur perayaan - melalui pesta - melalui jamuan - melalui perhimpunan.

Ia tidak dapat dicapai melalui slogan, melalui nyanyian, melalui adukan pelbagai tarian dalam irama yang satu, melalui pakaian batik yang seragam. Ia tidak dapat dicapai melalui program politik yang berpihak - melalui program agama yang berpuak - melalui program berbentuk kosmetik.

Usaha memupuk perpaduan memerlukan ramuan yang lebih kreatif, pendekatan yang lebih efektif, pelaksanaan yang lebih konsisten, minda yang lebih terbuka, Lebih dari itu ia menuntut kepada perekayasaan dasar, menuntut kepada program bertindak yang realistik lagi produktif, lahir dari ketulusan hati - dicetus dari kejujuran niat; dibeningkan dengan sifat rendah diri - diheningkan dengan sifat yang tidak angkuh.

Ia memerlukan pelaksanaan yang bersungguh oleh individu - oleh organisasi - oleh institusi yang benar-benar komited; hingga gerak kerja dan pendekatannya benar-benar menyentuh sanubari warga - dihayati warga; hingga memberikan keyakinan kepada warga akan hasil dan nikmat dari kejayaan pelaksanaannya.

Peristiwa tertentu yang berlaku di dalam negara kebelakangan ini semakin bercanggah dengan semangat perpaduan. Ia lebih berbentuk menongkah arus. Ia lebih menjurus kepada perpecahan. Suhu politik negara semakin panas. Gendang politik semakin dipalu, suhu politik semakin membara, mendidihkan lava-lava persengketaan, menanti masa untuk meluap. Suara perpaduan semakin jauh dibawa angin.

Suasana politik semasa semakin mencalarkan nama negara. Negara sedang menghadapi ujian berbentuk krisis persepsi, akibat dari pertentangan politik yang semakin memisahkan. Sentimen dan emosi semakin menguasai pemikiran warga, fakta dan kenyataan semakin kehilangan kekuatan.

Semangat berunding - semangat bersefahaman - semangat saling menghormati bagai tidak diperlukan lagi. Senario ini menuntut negara - menuntut warga melakukan pemeriksaan semula asas-asas andaian sedia ada dalam menghadapi era perubahan dan dalam menghadapi tuntutan kepada perubahan yang berlaku pada kadar terlalu pantas.

Ada asasnya kepada tafsiran bahawa faktor agama, faktor kaum, faktor budaya dan faktor bahasa menjadi penyebab kepada perselisihan; sama ada dicetuskan dari penggunaan kalimah Allah atau dicetuskan dari penggunaan perkataan tertentu di dalam sebuah novel. Benar, peristiwa 13 Mei 1969 adalah peristiwa pahit yang tercetus di antara Melayu dan bukan Melayu, tetapi kita juga harus bertanya sama ada perselisihan kaum itu semata-mata berpunca dari rasa allergy dan tiada toleransi di antara Melayu dengan bukan Melayu.

Hakikat yang ditemui kemudiannya, memperlihatkan terdapat banyak elemen lain, yang sedikit demi sedikit menyemaikan benih-benih keresahan. Sentimen perkauman hanya dijadikan kuda tunggangan apabila keresahan sudah tidak dapat dibendung lagi.

Apabila pemimpin menyedari kesilapan, bersedia mengakui kelemahan, insaf dan memilih untuk bermuhasabah, maka akan dilimpahkan rahmat oleh Ilahi; dan Allah Yang Maha Berkuasa akan membimbing umat-Nya menemui jalan yang diredai.

Hari ini tidak bijak, jika negara dan warga memilih untuk menafikan realiti hingga kabur pandangan kepada sebab musabab sebenar yang menjadi punca menjejaskan perpaduan. Adalah benar, persaingan politik semakin sengit; adalah benar isu agama dan isu kaum amat sensitif.

Namun persaingan politik hanyalah mengambil kesempatan memperjudikan isu agama dan isu kaum, untuk mengeksploitasi sentimen ketidakpuasan hati warga yang lebih rencam; menyentuh integriti, rasuah, penyalahgunaan kuasa, agihan kekayaan, sistem penyampaian, pengangguran, perumahan, inflasi, pendatang asing, kebebasan media dan bermacam-macam lagi, perkara-perkara yang menyentuh kehidupan harian rakyat, perkara yang generasi muda terpelajar menuntut kepada pembaharuan. Keresahan-keresahan warga kini semakin menyalakan sekam kemarahan.

Bagaimanakah Raja dapat berperanan secara bermakna, sekiranya Raja senantiasa dilukiskan dengan sebaik-baik gambaran. Ia bukan sahaja melukiskan gambaran palsu tetapi telah tidak bersifat adil kepada Raja; menidakkan hak Raja menyempurnakan tanggung jawab secara saksama untuk membolehkan peranan Raja diterima baik oleh warga. Malah dibimbangkan perbuatan melindungi Raja dari kebenaran akan semakin memisahkan Raja dengan warga.

Amat sulit untuk membicarakan soal integriti, soal kenegaraan, soal kesetiaan dan soal perpaduan kepada warga yang sedang mengharungi tekanan hidup. Amat mudah sentimen warga dieksploitasi dan amat mudah untuk mereka termakan janji. Preskripsi yang menyembuhkan hanya dapat diberikan jika sindrom yang sebenar dikenal pasti; lalu membawa ingatan Beta kepada dialog di antara Bendahara Paduka Raja dengan Sultan 'Alauddin ketika Baginda menziarahi Bendahara Paduka Raja yang sedang tenat sakit. Bendahara Paduka Raja secara tegas berdatang sembah dengan kata-kata berikut:

"Hendaklah jangan tuanku dengar-dengaran akan sembah orang yang tiada sebenarnya, jikalau tuanku dengarkan sembah orang yang sedemikian itu akibatnya tuanku menyesal. Yang kehendak nafsu jangan tuanku turutkan, karena banyak raja-raja yang dibinasakan Allah Taala kerajaannya sebab menurut hawa nafsunya."

- Petikan dari Sulalat-al Salatin

Berpandukan petikan tersebut amatlah penting untuk Raja tidak dilindungi dari kebenaran. Raja perlu disembah maklumkan secara berterus terang cerita sebenar. Raja jangan sama sekali dipagari oleh mereka yang berkepentingan diri hingga Raja tergamak diperalatkan.

Di sebaliknya Raja wajib memiliki kumpulan penasihat yang jujur lagi ikhlas, kumpulan penasihat yang peka kepada denyut jantung dan denyut nadi warga, kumpulan penasihat yang tegas lagi berani menyatakan yang benar. Raja sendiri hendaklah bersedia menerima hakikat dan kenyataan, betapa pahit dan berat sekalipun kerana keadilan tidak mungkin dapat ditegakkan tanpa kebenaran.

Istana mungkin dilindungi pagar tinggi secara fizikal, namun ia tidak menghalang kepada berita dan peristiwa menembusi jendela - menembusi pintu istana. Kerana Raja bukan monumen hiasan yang kaku - tanpa nyawa - tanpa jiwa, sekadar pelengkap, memenuhi adat rakyat beraja - negeri bersultan, sekadar simbol untuk menyempurnakan tugas-tugas keraian, sekadar hadir memenuhi acara dan istiadat.

Segala yang berlaku adalah dalam ruang penglihatan, ruang pendengaran dan ruang pertuturan Raja. Segala yang berlaku diikuti oleh istana secara dekat, diteliti dan dihalusi, ditimbangkan cerita, diimbangkan berita.

Hikmah dan kebijaksanaan amat penting untuk mentafsir secara saksama akan situasi rumit yang sedang berlegar dalam orbit negara ketika ini. Dalam setiap perselisihan dan dalam segala perbalahan, tidak mungkin satu pihak betul semua dan tidak mungkin satu pihak salah semua; tetapi kaedah mencari kemenangan mutlak dan kaedah mahu menjatuhkan lawan telah mengetepikan elemen adab, elemen adat, elemen moral dan elemen agama. Jika suhu politik semakin panas, dikhuatirkan impian untuk membina perpaduan mungkin akan menemui mimpi ngeri yang sangat menakutkan.

Oleh itu perlu ada institusi yang credible untuk menurunkan suhu yang semakin panas; perlu ada institusi yang kekal berkecuali; institusi yang dapat diterima untuk membantu menenangkan suasana. Untuk itu amatlah penting dipastikan Raja kekal dalam disiplin yang berada di atas segala polemik politik.

Tetapi Raja juga ada amanah - ada tanggung jawab untuk memastikan negara aman dan warga hidup secara rukun - secara damai. Raja perlu menggunakan kebijaksanaan akal bicara, memilih sebaik ketika dalam ruang kuasa yang diperuntukkan untuk menenangkan situasi. Namun Raja tidak ada lampu ajaib mengupayakan Raja memupuk perpaduan dalam sekelip mata - dengan sebaris kata, jika suasana sudah terlalu berkecamuk.

Sebaik peranan kepada Raja adalah untuk memberikan nasihat secara tertutup kepada pelbagai instrumen negara akan tanggung jawab masing-masing supaya Raja tidak disalah tafsir mahu mencerobohi sempadan dengan mencampuri secara langsung urus tadbir negara.

Bahawa Raja Berperlembagaan turut memiliki tiga hak untuk memenuhi peranannya, iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan dan hak untuk memberi peringatan dan teguran yang boleh dilaksanakan secara bijaksana lagi berhemah.

Secara umum, peranan Raja terbatas bertindak atas nasihat pimpinan kerajaan pilihan rakyat. Namun Raja juga tidak harus sama sekali tertekan dan tidak semestinya memberi perkenan, jika nasihat yang disembahkan amat bercanggah dengan semangat Perlembagaan, amat bertentangan dengan keluhuran undang-undang serta amat melanggar prinsip keadilan sejagat.

Tugas lebih langsung terletak di bahu pelbagai instrumen negara. Kredibiliti beberapa instrumen negara memerlukan usaha pemulihan persepsi dan ada yang memerlukan penambahbaikan selaras dengan dinamik dunia semasa dalam hasrat mengembalikan keyakinan warga.

Senario politik negara selepas Pilihan Raya kedua belas sangat berbeza . Perpaduan tidak akan berjaya dipupuk dalam situasi politik yang tidak stabil dan tidak matang. Perlu ada penerimaan kepada realiti. Perlu ada fahaman bahawa tuntutan melakukan perubahan kepada yang lebih baik adalah lumrah alam. Perlu ada kematangan dalam menyampaikan teguran - perlu ada etika ketika menyuarakan kritikan.

Teguran dan kritikan untuk penambahbaikan, positif nadanya dan positif penerimaannya; tetapi teguran dan kritikan dengan tujuan mendatangkan keaiban peribadi dan merendahkan lawan politik, negatif coraknya dan negatif hasilnya. Perlu diterima hakikat menang kalah dalam demokrasi. Perpaduan memerlukan kesediaan melakukan pengorbanan, menerima kekalahan dengan reda dan merayakan kemenangan dengan keinsafan.

Ketika kesetiaan warga kepada negeri masing-masing begitu mendalam - ketika warga memiliki kebanggaan terhadap warisan, adat dan tradisi setempat, Raja-Raja Melayu telah mempamerkan jiwa besar memberi perkenan menyerahkan kedaulatan negeri masing-masing untuk membolehkan penubuhan sebuah Persekutuan, sebuah negara bangsa yang lebih besar dan lebih agung.

Sesungguhnya Sembilan Raja Melayu pada hakikatnya telah membuktikan sebaik contoh semangat perpaduan dengan kerelaan menyerahkan kedaulatan negeri masing-masing untuk membolehkan tertubuhnya sebuah Persekutuan di bawah konsep Federal isme. Majlis Raja-Raja adalah satu forum penyatuan membawa pemerintah negeri ke forum yang sama secara berkala dan telah membantu memperkukuhkan konsep Persekutuan.

Konsep Persekutuan yang dibentuk wajib difahami sedalam-dalamnya untuk memastikan berlaku keharmonian dalam hubungan Persekutuan dengan negeri. Perselisihan pemimpin akan mempengaruhi hubungan warga dan menjadi faktor penghalang kepada pencapaian perpaduan. Terkandung agihan kuasa di antara Pusat dan Negeri dan jaminan autonomi negeri secara selektif dalam bidang tertentu.

Pilihan raya kedua belas telah menukar landskap politik negara dan memerlukan tafsiran yang lebih konstruktif demi menjamin perpaduan warga tidak terjejas, demi mengelak tumbuhnya kembali sentimen kenegerian yang parokial sifatnya, yang berpotensi mencetuskan keretakan di kalangan warga.

Apa yang pada suatu ketika dahulu dianggap pada asas sebagai satu institusi Melayu kini diterima oleh semua pihak sebagai faktor penyatuan. Raja-Raja tidak sama sekali dipinggirkan malah merupakan sebahagian daripada kehidupan masyarakat umum yang ketara memberi sumbangan kepada ketenteraman negara dan perpaduan warga.

Pemerintahan beraja di Malaysia pasti berupaya memenuhi peranan proaktif dalam memupuk semangat 'satu komuniti - satu negara' yang diimpikan. Disebabkan kedudukan istimewa mereka di dalam masyarakat, Institusi Raja-Raja bertenaga memenuhi peranan secara lebih bermakna.

Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan - sumber keadilan, teras perpaduan - payung penyatuan. Dalam dinamik politik yang sedang berlaku, bertambah penting bagi Raja untuk berada di atas segala yang sedang berlaku - bersifat berkecuali supaya dalam keadaan berlakunya krisis, Institusi Raja berupaya memberikan nasihat, teguran dan pandangan yang mencerminkan keadilan tanpa memihak.

Sebagai payung negara, Institusi Raja wajib memberi naungan secara saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum atau agama seperti yang tersurat dalam salah satu dari Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu. Sebagai Ketua Agama Islam dan pelindung kepada adat Melayu, Institusi Raja bertanggung jawab memastikan kesucian Islam tidak tercemar dan identiti bangsa kekal dilindungi. Raja adalah payung kedaulatan negara.

Payung kedaulatan negara ini jangan sama sekali dirosakkan - jangan sama sekali ditiriskan, jangan hanya dicari bila panas terlalu terik atau hujan sudah pun turun. Payung negara ini adalah lambang kedaulatan warga - lambang kedaulatan negara, memberi teduh di hari panas, menangkis air di hari hujan.

Semoga Raja Kita Selamat Bertakhta.

Sumber : www.utusan.com.my

Monday, June 27, 2011

Jangan biarkan golongan kiri cabar institusi raja, Islam

‘‘Perkataan Inggeris yang sesuai ialah kingdom atau monarki,” katanya ketika muncul secara langsung dalam program Bual Bicara Assalamualaikum terbitan TV Al Hijrah pagi ini.

Menurut Prof. Khoo, fakta sejarah menyebut pegawai British, Sir Hugh Clifford sendiri dalam ucapannya pada tahun 1927 mengakui, pihaknya mengadakan rundingan dengan raja-raja Melayu dipanggil Mohamoden Mornarchy, merujuk kepada istilah Mohamaden yang digunakan untuk orang Islam pada ketika itu.

‘‘British pada masa itu mengadakan perjanjian dengan raja-raja untuk menguasai pentadbiran, bukan pemerintahan, jadi dalam soal undang-undang, kuasa raja-raja Melayu kekal sebagai kuasa tertinggi,” katanya.

Prof. Khoo menjawab ketika ditanya pengacara Assalamualaikum, Amin Idris yang juga graduan Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Turut dijemput menjadi tamu ialah Mohamad Naser Disa, Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, serta pengacara tetap program itu, Irma Hasmie.

Malah jelas Prof. Khoo, British melalui undang-undang mengiktiraf kedudukan raja-raja Melayu sebagai kuasa tertinggi.

‘‘British tidak pernah menjajah Tanah Melayu, apa yang dilakukan pada tahun 1948 ialah menggabung kuasa sembilan raja Melayu yang berdaulat untuk menjadi sebuah negara bangsa dan British menguasai pentadbiran sahaja,” jelasnya.

Justeru apa yang berlaku pada 1957, katanya, British dan raja-raja Melayu bersetuju membentuk negara bangsa dengan menyerahkan kuasa pentadbiran kepada kerajaan yang dipilih rakyat namun kuasa tertinggi mengenai Islam dan hak Melayu tetap pada raja-raja.

Mohamad Naser pula mengingatkan, adalah penting rakyat negara ini memahami mengenai kuasa prerogatif yang dimiliki raja-raja Melayu dalam isu pentadbiran agama Islam.

‘‘Walaupun raja bersetuju membentuk Majlis Agama Islam Negeri, tetapi kuasa mutlak tetap pada raja-raja dan majlis ini tidak berada di bawah kuasa kerajaan, sebaliknya melaporkan terus kepada raja-raja,” katanya.

Menurut Mohammad Naser, sejarah adalah fakta yang berlaku dan sejarah menjadi kuasa utama dalam membentuk jati diri rakyat Malaysia untuk hidup sebagai negara bangsa.

Raja-raja pada waktu itu, jelas Mohamad Naser lagi, bersetuju dalam pembentukan perlembagaan negara dengan meletakkan Islam sebagai agama negara.

‘‘Raja-raja mempunyai kuasa tertinggi berkaitan agama Islam dan hak istimewa orang Melayu, dan sekiranya perkara ini hendak diubah, ia mesti mendapat persetujuan raja-raja Melayu,” katanya lagi.

Mohamad Naser turut menjelaskan mengenai peranan ini adalah kelangsungan kuasa yang dimiliki oleh institusi raja sejak lama dahulu.

Catatan Batu Bersurat juga menyebut mengenai tatacara pemerintahan raja-raja Melayu yang tertera pada seawal tahun 1303.

“Seseorang raja hendaklah memerintah berdasarkan al-Quran dan Sunnah, rakyat yang patuh pada undang-undang boleh tinggal dalam negeri, sesiapa yang ingkar boleh tinggal dalam hutan… itu catatan sejarah,” jelasnya.

Assalamualaikum setiap Sabtu dan Ahad menyiarkan segmen Kenali Kuasa dan Peranan Institusi Raja-Raja Melayu dan Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Negara.

www.utusan.com.my

Sunday, May 1, 2011

Sistem beraja penyeri dunia

Namun begitu, bukanlah tidak ada gerakan yang mahu memansuhkan sistem beraja di negara-negara itu. Di Australia yang pernah menjalankan pungutan suara untuk menentukan sama ada mahu mengekalkan sistem itu dan ternyata lebih banyak rakyatnya yang masih mahu mengekalkan sistem beraja tetapi juga di Britain sendiri.

Kumpulan yang menentang sistem beraja di Britain bernama Republic Campaign. Menjelang majlis perkahwinan Kate dan William ini, mereka turut berkempen memperjuangkan supaya Britain dijadikan republik.

Walaupun kumpulan ini mempunyai pengikut tetapi majoriti rakyat Britain kelihatan bergembira dengan sistem beraja dan turut menyambut majlis perkahwinan diraja dengan rasa gembira dan bangga.

Perubahan

Tetapi bukan hanya mereka yang seronok mengikuti majlis perkahwinan diraja itu, tetapi juga orang ramai di seluruh dunia. Hakikatnya, sistem beraja Britain ini menjadi penyeri dunia.

Dalam sejarah manusia, sistem beraja muncul sebagai perkembangan tamadun ekoran perubahan cara hidup manusia daripada berburu kepada pertanian.

Daripada sistem beraja inilah wujudnya empayar-empayar besar. Ada masa-masa tertentu muncul juga sistem republik pada zaman Yunani dan juga Rom. Tetapi umumnya semua empayar dan kerajaan kembali kepada sistem beraja.

Ketika zaman imperialisme, Britain muncul sebagai empayar besar di bawah raja-raja mereka. Walaupun kemudian muncul kesedaran demokrasi di negara itu dengan mempelopori sistem pengehadan kuasa raja melalui Magna Carta, sistem monarki kekal di situ.

Hanya apabila wilayah-wilayahnya di Amerika Utara memberontak untuk membentuk Amerika Syarikat, maka muncullah sebuah republik yang bukan saja menolak pemerintahan Britain tetapi juga sistem beraja.

Namun begitu, sebahagian wilayah jajahan Britain di Amerika Utara iaitu Kanada tidak pula mahukan sistem republik. Walaupun kemudian menjadi sebuah negara merdeka, Kanada tetap mahukan sistem beraja dikekalkan dengan ketua negaranya adalah yang sama dengan apa yang dimiliki Britain.

Tetapi revolusi terbesar yang menumbangkan sistem beraja berlaku di Perancis, tidak lama selepas Amerika Syarikat ditubuhkan. Itupun apabila Napoleon Bonapharte muncul, Perancis kembali mengamalkan sistem beraja. Kini Perancis adalah sebuah republik.

Dari segi teorinya tentulah dalam demokrasi, iaitu pemerintahan oleh rakyat, negara seharusnya berbentuk republik. Ini kerana sesiapapun warganegara ada peluang menjadi ketua negara, dan tidak terhad kepada keluarga diraja.

Tetapi sepanjang sejarah dunia, sistem republik tidak menjamin demokrasi dan keadilan. Ada kalanya republik lebih menindas rakyat dan menafikan hak warganegara. Sebaliknya sistem beraja boleh menjadi demokratik melalui perlembagaan.

Di dunia hari ini, terdapat 38 negara, termasuk Malaysia yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Banyak negara itu pula bukan saja demokratik dan stabil tetapi maju.

Tiga negara Scandinavia iaitu Denmark, Norway dan Sweden umpamanya dikenali berada dalam rantau paling maju, demokratik dan stabil memiliki sistem raja berperlembagaan.

Mereka juga dikenali sebagai negara berkebajikan melalui pentadbiran popular yang diasaskan oleh parti-parti sosial demokrat atau sosialisme demokratik.

Inilah ironinya dengan sejarah fahaman politik. Sosialisme Demokratik ini mempunyai asal yang serupa juga dengan Komunisme. Mereka lahir daripada Revolusi Industri sebagai usaha membela pekerja-pekerja yang tertindas oleh kapitalis-kapitalis yang memiliki kilang pada kurun ke-19.

Sambutan Hari Buruh iaitu pada 1 Mei yang jatuh pada hari ini adalah manifestasi kepada perjuangan membela para pekerja yang tertindas itu. Tentulah dalam perjuangan menuntut persamaan hak dan kebajikan ini, mereka melihat bangsawan dan tentunya raka-raja sebagai penindas.

Namun gerakan sosialisme ini berpecah dua. Yang satu dinamakan komunis, manakala satu lagi dinamakan sosial demokrat.

Golongan komunis mengambil sikap menolak sistem beraja dan mengambil jalan revolusi. Maka antara hasil perjuangannya ialah Revolusi Rusia pada tahun 1917. Mereka bukan saja menggulingkan rajanya dan menubuhkan republik komunis tetapi juga membunuh semua ahli keluarganya.

Penghormatan

Tetapi ternyata sistem komunis di Rusia tumbang. Kesatuan Soviet dimansuhkan dan digantikan dengan sebuah negara demokratik . Walaupun Persekutuan Rusia sekarang merupakan sebuah republik, tetapi mereka mengambil lambang raja mereka dahulu sebagai simbol negara. Ternyata mereka memberi penghormatan kepada raja yang pernah mereka gulingkan.

Sebaliknya fahaman sosial demokratik percaya perjuangan untuk rakyat wajar melalui sistem demokrasi pilihan raya. Mereka tidak menentang sistem beraja.

Maka parti-parti sosial demokrat memerintah dari masa ke semasa di banyak negara Barat dengan mengekalkan sistem beraja, walaupun berbentuk perlembagaan.

Antara parti-parti ini termasuklah Parti Buruh di Britain, Australia, Kanada dan New Zealand yang terus mahu mengekalkan raja sebagai ketua negara mereka.

Ketika Britain menjajah banyak wilayah di dunia, mereka terus mengekalkan sistem beraja di tanah-tanah kekuasaannya termasuk India dan Tanah Melayu.

Hanya selepas Perang Dunia Kedua, Britain mahu menghapuskan sistem beraja di Tanah Melayu melalui Malayan Union. Gagasan ini mengubah kedudukan Tanah Melayu daripada wilayah naungan dengan kedaulatan pada Raja-raja Melayu kepada tanah jajahan di bawah raja Inggeris.

Andai kata orang Melayu tidak menentang Malayan Union dahulu, mungkin akhirnya Malaya merdeka juga, tetapi dalam bentuk republik. Ternyata usaha menentang Malayan Union membawa kepada pengukuhan sistem beraja di negeri-negeri Tanah Melayu hingga akhirnya mewujudkan Malaysia.

Pada zaman menentang imperialisme sekitar tahun 60-an, dapat dilihat kemunculan banyak republik baru di Afrika dan Asia.

Setelah 50 tahun berlalu, banyak republik-republik ini menjadi negara gagal di mana rakyatnya terus susah akibat kemunduran negara.

Sebaliknya Malaysia bertuah. Walaupun mengamalkan sistem beraja yang paling unik, negara ini berjaya lebih maju daripada republik-republik lain.

Tradisi Raja-raja Melayu pula mempunyai sejarah silam sejak zaman kerajaan Champa dan Sri Wjjaya. Sistem kerajaan Melayu bertebaran di seluruh Nusantara, dari Pattani hinggalah ke Manila.

Apabila masuk ke era moden, banyaklah kesultanan ini dimansuhkan, sebahagiannya oleh penjajah tetapi banyak daripada oleh gerakan nasionalis sendiri.

Di Sumatera, Raja-raja Melayu dimansuhkan semasa Revolusi Indonesia. Kini sistem beraja Melayu hanya kekal di dua negara iaitu Malaysia dan Brunei. Tetapi kedua-dua negara ini, atas banyak faktor adalah lebih makmur daripada negara-negara yang memilih sistem republik di Asia Tenggara.

Sememangnya tidak boleh dikatakan sama ada republik atau sistem beraja yang menjamin kejayaan sesebuah negara. Ini kerana terlalu banyak faktor yang perlu diambil kira.

Tetapi rekod membuktikan sesuatu kejayaan.

www.utusan.com.my

Friday, April 29, 2011

Al-Hambra lambang gemilang Dinasti Nasrid

Sultan Muhammad V dikenali sebagai seorang arkitek yang mengilhamkan seni bina yang unik dan mengagumkan yang ada pada hari ini. Kerja-kerja pembinaan yang awal dijalankan sewaktu pemerintahan Sultan Yusuf I yang memerintah sebelum Sultan Muhammad V.

Istana ini terletak di atas sebuah bukit yang diberi nama Assabika. Kompleks istana ini disiapkan oleh Sultan Muhammad V sewaktu kali kedua baginda menduduki takhta kerajaan Nasrid.

Semasa pemerintahan baginda, Granada merupakan pusat kebudayaan dan seni Islam di wilayah Eropah Barat. Ramai cendekiawan Islam dilahirkan daripada sistem pembelajaran yang diasaskan seperti dalam bidang agama, sains, sejarah, pertanian, perubatan, farmasi dan lain-lain.

Minat mendalam baginda dalam bidang seni dan kesusasteraan telah menghasilkan satu kumpulan sasterawan di dalam istana. Baginda sendiri amat meminati penulisan dan deklamasi puisi.

Salah satu gaya puisi yang digemari baginda adalah puisi tradisional Arab, tawriya. Salah seorang pemuisi Islam yang terkenal pada zaman Sultan Muhammad V ialah Ibn Zamrak.

Puisi yang dikarang oleh Ibn Zamrak dijadikan sebahagian daripada hiasan kaligrafi di dalam istana Al-Hambra.

Dipercayai terdapat lebih 10,000 hiasan kaligrafi di dalam istana Al-Hambra. Kebanyakannya adalah puisi yang diukir di atas batu dan dihiasi dengan lingkaran motif dedaun.

Motif kaligrafi diletakkan di beberapa bahagian, terutamanya di pintu gerbang dan di tiang-tiang yang menyokong seni bina Al-Hambra. Kebanyakan puisi merupakan puji-pujian kepada sultan yang memerintah kerajaan Nasrid. Antara puisi Ibn Zamrak yang terdapat di Al-Hambra ada yang menggambarkan tentang keindahan taman-taman istana ini yang bermaksud seperti berikut: "Ini adalah taman yang menyimpan khazanah yang mengagumkan, yang tiada tolok bandingnya, baginda yang menghimpunkan gambaran taman syurga di dunia, semoga Allah memberkati baginda setiap masa".

Selain puisi, Istana Al-Hambra juga terkenal dengan taman-taman botani yang terdapat di dalam kompleks istana. Taman ini dikatakan mempunyai pelbagai spesies tumbuhan yang di bawa dari kawasan luar Granada. Tumbuhan di dalam taman ini dijadikan bahan kajian para ilmuwan Islam yang bertugas di istana.

Satu lagi kawasan di dalam Istana Al-Hambra yang sering menjadi sebutan adalah Taman Singa. Nama taman ini berasal daripada rekaan air pancutan di bahagian tengah taman yang dihiasi dengan ukiran 12 singa.

Seni bina istana di sekitar kawasan taman ini mempunyai gabungan seni bina Islam dan Kristian pada waktu itu. Kawasan sekitar taman di bina dengan menggunakan 124 tiang alabaster yang menyokong ukiran gerbang yang unik, halus dan indah buatannya.

Moto yang sering digunakan oleh kerajaan Nasrid iaitu Wa la Ghalib illa Allah ('Tiada kemenangan selain Allah') diukir berulang kali sebagai hiasan di dalam Istana Al-Hambra.

Moto ini juga boleh dilihat di atas kebanyakan artifak yang dihasilkan untuk pemerintah Nasrid seperti kotak barangan simpanan, ukiran kayu dan kerusi.

Untuk mengetahui lebih lanjut sumbangan kerajaan Islam Sepanyol dalam perkembangan ilmu pengetahuan, sila lawati pameran Al-'Ilm: Sains dan Inovasi Di Dunia Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia sehingga 29 Mei 2011.

www.utusan.com.my

Tuesday, March 8, 2011

Jangan bangkit isu perkauman

"Walaupun Islam adalah agama Persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai, malah hari hari-hari perayaan agama yang mempunyai penganut teramai dijadikan hari cuti umum.

"Ini menunjukkan amalan kesederhanaan dan keterangkuman seperti dianjurkan oleh Islam telah diamalkan dengan subur di negara ini," titah Seri Paduka pada perasmian mesyuarat pertama penggal keempat Majlis Parlimen yang kedua belas di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet serta perwakilan asing.

Tuanku Mizan bertitah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diiktiraf sebagai antara elemen penting dalam pembangunan masyarakat sivil dan Seri Paduka berharap dalam melaksanakan program-program dan aktiviti, NGO hendaklah mengelak daripada menyentuh sensitiviti dan isu-isu yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan menggugat imej negara.

Berbanding dengan negara-negara tertentu, Seri Paduka bertitah, ketenteraman dan keharmonian di negara ini adalah nikmat yang perlu disyukuri dan dipelihara.

"Komitmen kerajaan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat melampaui sempadan negara terserlah melalui usaha membawa pulang pelajar-pelajar yang terhimpit dalam pergolakan di Mesir melalui Ops Piramid bulan lalu.

"Sehubungan itu, beta merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi tersebut serta negara-negara sahabat terutamanya kepada kerajaan Arab Saudi yang telah banyak membantu mempermudahkan Ops Piramid," titah Tuanku Mizan.

Tuanku Mizan dalam pada itu menyeru semua pihak mengekalkan keharmonian dan maruah negara serta menjadi warga yang baik, bertanggungjawab dan tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan tohmahan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sayugia diingatkan bahawa perbuatan fitnah memfitnah yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat adalah perbuatan yang amat tercela dan dilarang oleh semua agama. Ambillah iktibar daripada keruntuhan beberapa empayar terdahulu akibat perpecahan angkara fitnah," titah Seri Paduka.

Yang di-Pertuan Agong turut mengingatkan setiap ahli Parlimen supaya memperlihatkan tingkah laku terpuji, berbahas dengan tertib, menyumbang pemikiran yang bernas, melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dan mengutamakan kepentingan rakyat.

"Beta mengingatkan bahawa tingkah laku Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam dewan yang mulia ini (Dewan Rakyat) sentiasa diperhatikan dan menjadi teladan kepada masyarakat. Ingatlah, rakyat sentiasa menuntut perkhidmatan yang terbaik dari setiap pemimpin yang mereka pilih," titah Tuanku Mizan.

Titah SPB Yang di-Pertuan Agong

"Dalam keadaan ini, beta menyeru rakyat supaya lebih bersedia untuk menghadapi fenomena ini, jadilah pengguna yang bijak, amalkan perbelanjaan secara berhemat dan berusaha melindungi kepentingan sendiri dengan tidak terlalu bergantung kepada perlindungan kerajaan," titah Seri Paduka pada perasmian mesyuarat pertama penggal keempat Majlis Parlimen yang kedua belas untuk tahun ini di sini hari ini.

Tuanku Mizan bertitah, kerajaan begitu prihatin terhadap keresahan dan kesusahan yang dialami rakyat di mana telah menyediakan peruntukan berjumlah RM10.3 bilion dalam bentuk subsidi bagi membolehkan rakyat memperoleh barang keperluan asasi harian pada harga yang berpatutan.

Seri Paduka juga bertitah, sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka, Malaysia perlu peka terhadap faktor luaran seperti ekonomi global tidak menentu yang menjadi cabaran kepada usaha mengukuhkan ekonomi negara dan seterusnya usaha untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi pada 2020.

Thursday, February 24, 2011

Siasatan ‘Sultan Sulu' tidak libat Filipina

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Dua Hala Malaysia-Singapura membabitkan JSJ antara kedua-dua negara kali ke-123 di sini hari ini.

Turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan Pengarah JSJ Singapura, Asisten Komisioner Hoong Wee Teck.

Mesyuarat itu bertujuan membincangkan mengenai isu-isu berkaitan jenayah yang mempunyai kepentingan bersama seperti isu pemerdagangan manusia dan pertukaran maklumat perisikan serta pengurusan.

Pada 2 Februari lalu, Mohd. Akjan dilaporkan ditabalkan sebagai Sultan Sulu ke-33 selepas mengangkat sumpah kesetiaan dalam satu majlis di Kampung Likas di sini.

Dilaporkan, majlis tersebut disaksikan sekumpulan 60 orang termasuk pegawai kanan Kesultanan Sulu.

Berikutan pertabalan itu, Mohd. Akjan telah mendapat gelaran Paduka Mahasari Maulana Al-Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun atau Sultan Shariful Hashim II.

Tambah Mohd. Bakri, sehingga kini, 18 orang diambil kenyataan bagi membantu siasatan kes itu membabitkan ahli keluarga dan individu yang menghadiri majlis pertabalan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, polis belum memanggil dan mengambil kenyataan daripada Mohd. Akjan termasuk tidak membuat sebarang penahanan berhubung kes itu.

www.utusan.com.my
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Dua Hala Malaysia-Singapura membabitkan JSJ antara kedua-dua negara kali ke-123 di sini hari ini.

Turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan Pengarah JSJ Singapura, Asisten Komisioner Hoong Wee Teck.

Mesyuarat itu bertujuan membincangkan mengenai isu-isu berkaitan jenayah yang mempunyai kepentingan bersama seperti isu pemerdagangan manusia dan pertukaran maklumat perisikan serta pengurusan.

Pada 2 Februari lalu, Mohd. Akjan dilaporkan ditabalkan sebagai Sultan Sulu ke-33 selepas mengangkat sumpah kesetiaan dalam satu majlis di Kampung Likas di sini.

Dilaporkan, majlis tersebut disaksikan sekumpulan 60 orang termasuk pegawai kanan Kesultanan Sulu.

Berikutan pertabalan itu, Mohd. Akjan telah mendapat gelaran Paduka Mahasari Maulana Al-Sultan Sharif Ali Muhammad Pulalun atau Sultan Shariful Hashim II.

Tambah Mohd. Bakri, sehingga kini, 18 orang diambil kenyataan bagi membantu siasatan kes itu membabitkan ahli keluarga dan individu yang menghadiri majlis pertabalan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, polis belum memanggil dan mengambil kenyataan daripada Mohd. Akjan termasuk tidak membuat sebarang penahanan berhubung kes itu.

www.utusan.com.my

Tuesday, February 8, 2011

Sejarah Kesultanan Terengganu

Pengasas Kesultanan Terengganu sekarang ialah Sultan Zainal Abidin I. Baginda yang juga dikenali dengan panggilan "Bendahara Padang Saujana" ialah putera Tun Habib Abdul Majid. Mengikut buku Tuhfat al-Nafis, karangan Raja Haji, Tun Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Daeng Menampuk atau Raja Tua di atas pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Sumber yang lain pula dinyatakan Tun Zainal Abidin ditabalkan di atas tahta Kerajaan Negeri Terengganu oleh Phra Chau Yang, Raja Pattani.

Mengikut hikayat Johor serta Pahang, Tun Zainal Abidin datang ke Pattani setelah Paduka Raja Laksamana Wan Abdul Rahman dibunuh di Terengganu disekitar 1688. Ketika berada di Pattani, Tun Zainal Abidin dijadikan anak angkat oleh Raja Pattani, Phra Nang Chau Yang.

Tun Zainal Abidin menjadi Sultan Terengganu pada tahun 1708. Ini berdasarkan duit kupang emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin dan tahun 1120 hijrah (bersamaan tahun 1708). Sultan Zainal Abidin I tidak lama bersemanyam di Tanjung Baru, Kuala Berang, berpindah ke Kota Batang Mahang, ke Langgar dan ke Pulau Manis. Kemudian berpindah lagi ke Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan akhirnya di kawasan berhampiran Bukit Keledang (kini dipanggil Kota Lama).

Imej:Maziah.jpg Istana Maziah.Sultan Zainal Abidin I digantikan oleh putera baginda, Ku Tana Mansur dengan gelaran Sultan Mansur I pada tahun 1733, ketika berusia 7 tahun. Baginda memerintah Terengganu sehingga tahun 1794. Pada tahun 1739, Sultan Mansur Shah I berkahwin dengan Raja Bulang anak Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor Kedua. Berikutnya, baginda berkahwin pula dengan Raja Bakul, putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Ketika menduduki takhta kerajaan Terengganu, Sultan Mansur I telah menghabiskan empat belas tahun (1746?760) daripada masa pemerintahannya di Riau, terlibat dalam persaingan di antara orang Melayu dengan orang Bugis. Apabila pulang ke Terengganu pada 1760, baginda terlibat pula dalam politik Kelantan membantu Long Yunus, Putera Long Sulaiman Ibni Long Bahar, Yang DiPertuan Kelantan menduduki takhta kerajaan Kelantan pada tahun 1776.

Sultan Mansur I digantikan oleh puteranya, Sultan Zainal Abidin II (1794?808). Pada masa pemerintahan baginda, berlaku peperangan dengan Kelantan yang dipimpin oleh Long Mahammad Ibni Long Yunus, Raja Kelantan. Terengganu dikalahkan dan seterusnya Kelantan berjaya membebaskan diri daripada naungan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh beberapa sultan, termasuknya Baginda Omar.

Baginda Omar pernah menduduki takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1831 mengantikan Sultan Daud. Tetapi baginda diturunkan daripada takhta kerajaan oleh Tengku Mansur dan seterusnya sebagai Sultan Mansur II. Sultan Mansur II digantikan oleh putera baginda, Sultan Muhammad. Pada tahun 1839, Baginda Omar berjaya mengalahkan Sultan Muhammad dan seterusnya menduduki takhta kerajaan Terengganu. Ketika pemerintahan baginda, Terengganu berkembang maju.

Apabila Baginda Omar mangkat, takhta kerajaan Terengganu diduduki oleh Sultan Ahmad Shah II (1876?881). Sultan Ahmad Shah pula digantikan oleh putera baginda, Sultan Zainal Abidin III (1881?918). Ketika pemerintahan baginda, British beberapa kali cuba melibatkan diri dalam kerajaan Terengganu. Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan "Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu" yang di antara lain menyatakan Sultan Yang DiPertuan Besar Terengganu memiliki kuasa kerajaan dan jajahan serta adalah ketua tertinggi kerajaan Terengganu. Seterusnya takhta kerajaan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah II (1918?920) dan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (1920?942).

Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhun Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu ke-16 yang memerintah negeri Terengganu sekarang.Menurut "Warta Chahaya Timor No. 38" bertarikh 29 September 1942, apabila Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada 26 September 1942, Tengku Ali, yang dirujuk sebagai putera sulung baginda telah dilantik sebagai "Pemangku Sultan Sementara" oleh pihak pentadbiran Jepun pada 29 September 1942. Seterusnya Tengku Ali telah diberikan gelaran "Sultan" pada 30 September 1942 oleh Syuckokan atau Gabenor Jepun. Walau bagaimanapun perlantikan ini dinyatakan tidak menurut "Undang-Undang Diri Bagi Negeri Terengganu" 1911.

Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ismail diisytiharkan sebagai Sultan Terengganu pada Ahad, 16 Disember 1945. Baginda seterusnya ditabalkan pada tahun 1949 dengan gelaran "Sultan Ismail Nasaruddin Shah". Sultan Ismail Nasaruddin dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong ke? dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970. Dalam tempoh itu, Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahmud dilantik sebagai Pemangku Raja Terengganu. Apabila Sultan Ismail Nasaruddin Shah mangkat pada tahun 1979, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Mahmud. Baginda menduduki takhta kerajaan Terengganu dengan gelaran Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Sultan Mahmud mangkat pada 15 Mei 1998 di Singapura. Dengan itu, takhta kerajaan Terengganu digantikan oleh putera baginda, Sultan Mizan Zainal Abidin.

http://mforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=253097

Friday, January 14, 2011

743 dapat darjah Negeri Sembilan

Darjah Dato' Paduka Negeri Sembilan (DPNS) yang membawa gelaran Datuk pula dianugerahkan kepada Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Akhil Bulat; Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Rosnaini Saub; Pengarah Institut Perubatan Molekul Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr A Rahman A Jamal; Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Datuk Dr Muhamad Muda.

Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ali Hamsa; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi; Pengasas Kolej Cempaka Antarabangsa, Datin Freida Mohd Pilus; Pengarah Eksekutif M I Drilling Fluids (M) Sdn Bhd, Ahmad Nizar Othman dan Ooi Chong Beng dari Eternal Yield Sdn Bhd.

Tiga individu menerima anugerah Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DSTM) yang membawa gelaran Datuk ialah ahli perniagaan, Ahmad Fuad Abdul Rahman; Pegawai Kanan Price Waterhouse Malaysia, Anthony Geoffrey Cooper serta Pengarah Eksekutif Solution & Outcomes Sdn Bhd, Tunku Datuk Mahmood Fawzy Tunku Muhyiddin.
Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang baru diwujudkan membawa gelaran Datuk dianugerahkan kepada 25 penerima termasuk Presiden Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman; pelakon terkenal, Ahmad Tamimi Serigar Kamaruddin dan bekas Timbalan Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Nordin Ahmad.

Selain itu, turut menerima ialah Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Abd Rani Bahaman; Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Aziyah Mohamed; Pengarah Urusan Sinararia Sdn Bhd, Azmi Abas; Felo Perunding Perubatan Veteriner UPM, Prof Dr Tengku Azmi Tengku Ibrahim.

Pengarah Urusan Puncabahan Sdn Bhd, Aznan Abu Bakar; Pengerusi Persatuan Kontraktor Negeri Sembilan, Baharuddin Sariman; Pengarah Urusan Idaman Pharma Sdn Bhd, Farshila Emran; Setiausaha Majlis Gabungan Persatuan India Negeri Sembilan, R Kanagaraja; Setiausaha Kehormat St John Ambulans Malaysia, Lai See Ming.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Lim Fui Ming; Ketua Pegawai Eksekutif Azimat Bersatu Sdn Bhd, Manan Amir; Pengarah Teckor Design Sdn Bhd, Mathew Ling Lee Wee; Pengarah Urusan A S Global Resources Sdn Bhd, Dr Mohamad Akbar Sulaiman; Ketua Penerangan Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK), Dr Nordin Ahmad Selat.

Pengarah HICOM Glenmarie, Datuk Mustaffa Rahman; Pensyarah Pusat Pengajian Fizik Gunaan UKM, Prof Dr Roslan Abd Shukor; Ketua Eksekutif (CEO) Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Rosman Abdullah; CEO Nasim Sdn Bhd, Samson Anand George; Penasihat Sukan Kolej Universiti Taylor, Sarjit Singh; Panglima Markas 5 Briged, Brig Jeneral Shahbani Ali; aktivis masyarakat M Veloo dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Datin Dr Zailan Adnan.

Seramai 36 menerima Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS), Darjah Tuanku Muhriz (12), Darjah Pekerti Terpilih (30), Ahli Setia Negeri Sembilan (97), Pingat Setiawan Tuanku Muhriz (5), Pingat Keberanian Cemerlang (1), Pingat Khidmat Cemerlang (186), Pingat Jasa Kebaktian (304), Pingat Khidmat Lama (21) dan 11 penerima Bentara Tuanku Muhriz.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Istana Seri Menanti mengurangkan bilangan penerima anugerah berbanding lebih 1,000 tahun sebelumnya kerana mahu menjadikan ia sesuatu yang eksklusif.

“Tahun sebelum ini, lebih 1,000 individu menerimanya, tetapi kini Tuanku mahu mereka yang benar-benar layak saja mendapat keistimewaan itu, sekali gus menunjukkan taraf kedudukan anugerah yang diberi.

“Anugerah Jaksa Pendamai (JP) juga tidak diberi tahun ini kerana ia akan dikaji semula kesesuaiannya,” katanya.
 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez